FIFA 11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
FIFA 11
Fifa11 keyart uk-492x600.jpg
Muka depan versi UK menampilkan Kaká dan Wayne Rooney
Pembangun EA Canada
Penerbit EA Sports
Pereka David Rutter (PS3 dan Xbox 360), Ian Jarvis dan Andrew (PC)
Siri FIFA
Pelantar Microsoft Windows, Apple iOS, Nintendo DS, PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation Portable, Wii, Xbox 360
Tarikh keluaran 30 September 2010
Genre Sukan
Mod Single-player, Multiplayer
Penilaian ESRB: E
PEGI: 3+
Bahantara Optical disc, semua sistem kecuali telefon bimbit (download) dan Nintendo DS (Game Card)

FIFA 11 (FIFA Soccer 11 di Amerika Utara) adalah judul ke-19 dalam siri bola sepak FIFA oleh Electronic Arts. Dibangunkan oleh EA Canada, diterbitkan oleh Electronic Arts di seluruh dunia di bawah label EA Sports. Ia dikeluarkan pada tarikh 28 September 2010 di Afrika Selatan, 30 September 2010 di Australia, dan 1 Oktober 2010 di Eropah untuk semua pelantar, kecuali Wii dan Nintendo DS. Versi Wii dikeluarkan pada tarikh 1 Oktober 2010 di Amerika Utara dan Eropah dan versi DS pada tarikh 8 Oktober 2010. Versi PC FIFA 11 akan menjadi yang pertama dalam siri untuk menggunakan mesin permainan yang sama dengan PlayStation 3 dan Xbox 360 versi.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

FIFA 11 setakat ini menerima pujian, dengan penilaian IGN UK 9.5 daripada 10 PlayStation Official PlayStation Magazine (UK) menilainya sebanyak 10/10. Eurogamer menilainya sebanyak 8 / 10 dengan memberi kesimpulan , "At its best FIFA 11 is enormous fun and brilliantly engineered, but in its battle to be more varied and realistic it has lost some of its momentum, and off the pitch returns are starting to diminish too." Ia juga diberi penilaian 9.9 daripada laman sesawang yang lain. FIFA 11 adalah pelancaran permainan sukan yang terbesar yang pernah diadakan dengan lebih daripada 2.6 juta permainan telah terjual dan lebih dari $ 150 juta yang dihasilkan dalam masa kurang daripada satu minggu permainan dilancarkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]