FV Cornelia Marie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Ensign Amerika Syarikat
Nama: Cornelia Marie
Pemilik:
  • F/V Cornelia Marie, LLC
  • Phil Harris
Pengguna:
  • Josh Harris
  • Derrick Ray
  • Phil Harris
Pendaftaran pelabuhan: Kodiak, Alaska, Amerika Syarikat
Pembina: Horton Boats, Bayou La Batre, Alabama
Nombor limbungan: 255
Disiapkan: 1989
Status: In service
Ciri-ciri umum
Berat (tan):
Panjang: 128 kaki (39 m)
Lunas: 28 kaki (8.5 m)
Draft: 11.70 kaki (3.57 m)
Jana kuasa: 2x Mitsubishi Diesel, dua aci

F/V Cornelia Marie adalah salah sebuah bot nelayan menangkap ketam komersil yang dipaparkan dalam siri Deadliest Catch di saluran Discovery Channel. Bot ini dimiliki oleh Cornelia Marie Devlin dan Phil Harris (yang bekerja sebagai kapten). Dua orang anak lelaki Phil, Jake dan Josh Harris, juga bekerja di atas bot ini. Pelabuhan asal kapal ini adalah di Kodiak, Alaska.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cornelia Marie telah dibina pada tahun 1989 di Alabama oleh pemilik asalnya, Ralph Collins; ia merupakan salah satu dari bot-bot terakhir yang dibina oleh Horton Boats. Dinamakan bersempena isteri Ralph, pemilik bersama Cornelia Marie Collins, kapal ini memiliki panjang 128 kaki (39 m), 28 kaki (8.5 m) lebar, dan membawa 28,500 U.S. gallon (23,700 imp gal; 108,000 L) bahan api dan 3,000 U.S. gallon (2,500 imp gal; 11,000 L) air tawar.[1][2] Cornelia Marie digunakan untuk menangkap ketam Raja, Tanner, dan Opilio, dan juga ikan Salmon dan Herring.

Apabila Ralph dan Cornelia Marie bercerai, Cornelia Marie mengambil alih pemilikan ke atas bot ini. Beliau akhirnya menjual sebahagian saham kepada Kapten Phil Harris.

Kapal ini telah dipaprkan (tetapi tidak dinamakan) di belakang dua jurupandu dalam siri Discovery Channel, Deadliest Catch. Ia telah dipilih untuk krew kamera bagi musim ketam Opilio pertama, pada tahun 2004, sebagai kapal pengiring kepada Maverick. Kapal ini mengambil bahagian dalam usaha menyelamat ke atas kapal Big Valley, yang mana karam pada hari pertama pada musim ketam opilio di luar pantai Pulau Saint Paul. Kesemua krew kapal ini meninggal dunia. Cornelia Marie mula dipaprkan pada awal musim kedua, menyertai Maverick, Northwestern dan Time Bandit, dan kemudian Wizard.

Kapten Phil Harris[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Februari, 2010, pengumuman dibuat bahawa Kapten Phil Harris telah meninggal dunia pada hari sebelumnya. Beliau mengalami serangan strok pada 29 Januari, 2010, semasa memunggah hasil tangkapan di Pulau Saint Paul di Alaska[3] dan kemudian meninggal dunia pada 9 Februari, 2010.[4]

Penulis lagu yang berasal dari Alaska, Britt Arnesen telah menulis sebuah lagu untuk Kapt. Harris, dan disiarkan di tapak sesawang Cornelia Marie.[5]

Masa depan selepas Phil Harris[sunting | sunting sumber]

Jim Wilson telah mengambil alih tugas sebagai kapten Cornelia Marie bagi kontrak tender untuk musim luruh dan musim panas 2010. Beliau adalah antara nama yang dipertimbangkan bagi mengemudi bot ini bagi musim ketam opolio untuk tahun 2010 yang masih tinggal sebelum pemilihan Derrick Ray.[6]

FV Cornelia Marie menyertai musim ketam raja 2010 dengan anak kapal yang sama seperti bahagian terakhir musim ketam opolio. Di awal musim ini, abu Kapt. Phil Harris ditaburkan di Laut Bering. Kapal ini kemudian menangkap ketam opolio bagi musim 2011 sebelum memasuki dok kering bagi tujuan penyelenggaraan. Tony Lara menjadi kapten Cornelia Marie bagi musim ketam opolio 2011 menggantikan Derrick Ray.[7]

Cornelia Marie kembali untuk musim ke-7 Deadliest Catch, namun tidak musim ke-8. Bagaimanapun Josh Harris akan kembali sebagai anak kapal FV Time Bandit manakala Jake Harris sebagai anak kapal FV Northwestern.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "F/V Cornelia Marie - Crab Fishing Vessel featured on Discovery Channel's Deadliest Catch". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-17. Dicapai pada 2007-06-12.
  2. ^ "stats". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2007-06-12.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-13. Dicapai pada 2010-02-13.
  4. ^ 'Deadliest Catch' captain Phil Harris dies at age 53
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-16. Dicapai pada 2010-11-07.
  6. ^ Fishermen’s Festival honors Capt. Phil Diarkibkan 2010-07-26 di Wayback Machine CorneliaMarie
  7. ^ Crew Changes on the Cornelia Marie Diarkibkan 2011-01-09 di Wayback Machine CorneliaMarie

Pautan luar[sunting | sunting sumber]