Fabio Cannavaro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Fabio Cannavaro
Fabio Cannavaro.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Fabio Mamerto Cannavaro
Tarikh lahir 13 September 1973 (41 tahun)
Tempat lahir Naples, Itali
Tinggi 1.76 m (5 ka 9+516 in)
Posisi permainan Pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Real Madrid
Nombor 5
Kerjaya remaja
Napoli
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1992–1995
1995–2002
2002–2004
2004–2006
2006–
Napoli
Parma
Internazionale
Juventus
Real Madrid
058 (1)
212 (4)
050 (2)
074 (17)
065 (1)
Pasukan kebangsaan
1993–1996
1997–
Itali U-21
Itali
021 (0)
116 (2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga Mei 18, 2008.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga Mei 30, 2008

Fabio Cannavaro (lahir Naples 13 September 1973) adalah seorang pemain bola sepak (pemain pertahanan pertengahan) dari Itali dan kapten pasukan kebangsaan Itali pada 2006.

Walaupun Cannavaro tidak berukuran tinggi (176cm), beliau dianggap salah satu pemain pertahanan yang terbaik pada tahun 1990an dan awal 2000an. Sepanjang kerjayanya dalam kejohanan Itali Serie A, beliau telah bermain dengan Napoli (1992-95), Parma (1995-2002), Milan (2002-04) dan Juventus (2004-kini). Pada 1998-99 beliau memenangi Piala UEFA dan Piala Itali semasa bermain dengan Parma. Di Juventus, beliau telah berganding semula dengan bekas rakan sepasukan dari Parma iaitu Lilian Thuram dan Gianluigi Buffon. Ketiga mereka menubuhkan benteng pertahanan yang terbaik dalam Serie A, dan Cannavaro memenangi scudettonya yang pertama dengan Juventus pada tahun 2005.

Dalam pasukan kebangsaan pula, Cannavaro dengan Alessandro Nesta menjadi salah satu pasangan pertahanan terbaik di dunia. Cannavaro terkenal dengan kebolehannya untuk membaca sesuatu permainan yang membolehkannya untuk selalu melakukan pemintasan yang baik.

Fabio muncul buat kali pertama dalam arena antarabangsa pada Januari 1997 dalam satu perlawanan dengan Ireland Utara. Beliau telah wmewakili negaranya dalam pertandingan Piala Dunia FIFA tahun 1998, 2002, dan 2006, dan juga di kejohanan Euro 2000 dan Euro 2004. Kejayaannya yang paling tinggi adalah memenangi Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman di malam kep yang 100. Beliau juga memenangi bola perak untuk prestasinya yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

Adik lelakinya, Paolo Cannavaro, juga seorang pemain pertahanan, kini sedang bermain dengan pasukan Napoli. Kedua adik-beradik ini telah bermain di samping satu sama lain di dalam pasukan Parma dari 2000 hingga 2002 apabila Fabio meninggalkan Parman untuk pasukan Inter.

Cannavaro mengetuai pasukan Itali di semua pertandingan mereka dalam Piala Dunia FIFA 2006 dan berjaya membawa pulang Piala Dunia itu pada pertandingan tersebut, kemenangan mereka yang pertama setelah 24 tahun.

Beliau juga dianggap sebagai simbol seks di negaranya dan dipilih "pemain paling seksi" dalam pertandingan Piala Dunia 2006. Beliau merupakan naib juara anugerah Bola Emas yang pada kejuaraan ini telah diberikan kepada pemain Perancis, Zinedine Zidane. Cannavaro adalah terpilih sebagai salah satu bintang bola sepak dunia di akhir pertandingan bersama dengan enam lagi rakan sepasukannya. sebuah dunia piala bintang-bintang terkemuka pada akhirnya perlawanan.

Cannavaro telah berkahwin dengan Daniela dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki, Christian dan Andrea (lahir 20 Oktober 2004), dan seorang anak perempunan, Martina.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]