Facebook

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Facebook
Facebook.svg
URL facebook.com
Jenis tapak web sosial rangkaian perkhidmatan
Pendaftaran diperlukan
Bahasa yang disediakan berbilang bahasa (70)
pengguna 1 billion[1] (active October 2012)
ditulis dalam C++, bahasa D[2] dan PHP[3]
Pemilik Facebook, Inc.
Dicipta oleh
Dilancarkan 4 Februari 2004 (2004-02-04)
Keuntungan $ 3.71 billion (2011)[4]
Kedudukan dalam Alexa 2 (November 2012)[5]
Status semasa aktif
Ibu pejabat Facebook di Palo Alto, CA

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.[6] Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.[7][8] Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.[9] Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.[10][11]

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".

Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria,[12] China,[13] Vietnam,[14] dan Iran.[15] Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.[16]

Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek.[17] Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.[18]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Facemash[sunting | sunting sumber]

Mark Zuckerberg mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Harvard.

Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan bekas teman wanita yang baru meninggalkannya:[19][20][21]

I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10 p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is open on my desktop and some of these people have pretty horrendous facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10 pada malam Selasa? Apa? Facebook asrama Kirkland dibuka dalam desktop aku, ada mereka yang buruk sangat gambar facebooknya. Aku rasa nak letakkan beberapa muka-muka mereka dekat dengan gambar haiwan ladang dan jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)
—9:48 malam
Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua orang.)
—11:09 malam
Let the hacking begin.
(Penggodaman bermula.)
—12:58 tengah malam

Menurut akhbar The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari facebook atas talian dari sembilan Rumah, meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih hangat'". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit dari setiap rumah.

Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000 tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian.[22] Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai, dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk Facebook.[23]

Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu oleh pihak pentadbiran, sehingga menghadapi hukuman buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.[24]

Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah kesenian dengan memuat naik 500 imej zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen.[23] Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan.

Thefacebook[sunting | sunting sumber]

Fail:Thefacebook.png
Thefacebook pada 12 Februari 2004.

Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimson mengenai peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya."[19] On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com.[25] "Semua orang hangat memperkatakan face book kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam seminggu."[26]

Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra, menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.[27]

Mereka bertiga mengadu kepada Harvard Crimson agar melakukan siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh dua daripada mereka.[27] Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara damai.[28]

Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini.[29] Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti Stanford, Columbia, dan Yale.[30] Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat.[31] Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya.[32] Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke Palo Alto, California.[30] Perkataan The digugurkan dari namanya setelah nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.[33]

Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005, sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik seterusnya.[34] Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya.[35] Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk Apple Inc. dan Microsoft.[36] Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan alamat e-mel yang sah.[37][38]

Tapak web[sunting | sunting sumber]

Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar.[39] To allay concerns about privacy, Facebook enables users to choose their own privacy settings and choose who can see what parts of their profile.[40]

Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk.[41] Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya.[42]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Facebook, 1 billion active people fact sheet". https://s3.amazonaws.com/OneBillionFB/Facebook+1+Billion+Stats.docx. Capaian October 4, 2012. 
  2. Bridgwater, Adrian. "Facebook Adopts D Language", Dr Dobb's, 16 Oktober 2013. 
  3. Gavin, Clarke (July 2010). "Facebook re-write takes PHP to an enterprise past Remember C++? They do". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. http://archive.is/20120530/http://www.lextrait.com/Vincent/implementations.html. Capaian 2 February 2010. 
  4. "Facebook Current Report, Form 8-K, Filing Date July 26, 2012". SECDatabase.com. http://pdf.secdatabase.com/700/0001193125-12-316895.pdf. Capaian July 26, 2012. 
  5. "Facebook.com Site Info". Alexa Internet. http://www.alexa.com/topsites. Capaian 2012-11-25. 
  6. Eldon, Eric. (2008-12-18). "2008 Growth Puts Facebook In Better Position to Make Money". VentureBeat. http://venturebeat.com/2008/12/18/2008-growth-puts-facebook-in-better-position-to-make-money/. Capaian 2008-12-19. 
  7. "Help Wanted: Adults on Facebook", CNN, 2008-03-21. Dicapai pada 2010-05-02. 
  8. Facebook, Inc.. Facebook TOS as of December 21, 2009. Facebook.com. . URL:http://www.facebook.com/terms.php?ref=pf. Accessed: 2010-04-11.)
  9. Carlson, Nicholas (2010-03-05). "At Last -- The Full Story Of How Facebook Was Founded". Business Insider. http://www.businessinsider.com/how-facebook-was-founded-2010-3#we-can-talk-about-that-after-i-get-all-the-basic-functionality-up-tomorrow-night-1. 
  10. "Facebook Statistics". http://www.facebook.com/press/info.php?statistics. Capaian February 12, 2010. 
  11. Anthony Ha, VentureBeat. "Facebook has 400M users, 100M on Connect." 21 April 2010.
  12. "Red lines that cannot be crossed", The Economist, July 24, 2008. Dicapai pada August 17, 2008. 
  13. "China's Facebook Status: Blocked". ABC News. July 8, 2009. http://blogs.abcnews.com/theworldnewser/2009/07/chinas-facebook-status-blocked.html. Capaian 13 July 2009. 
  14. Ben Stocking. "Vietnam Internet users fear Facebook blackout", 2009-11-17. Dicapai pada 2009-11-17. 
  15. Shahi, Afshin. (27 Julai 2008). "Iran's Digital War"". Daily News Egypt. http://dailystaregypt.com/article.aspx?ArticleID=15313. Capaian 16 Ogos 2008. 
  16. Benzie, Robert. "Facebook banned for Ontario staffers", TheStar.com, 3 Mei 2007. Dicapai pada 16 Ogos 2008. 
  17. Stone, Brad. "Facebook to Settle Thorny Lawsuit Over Its Origins", The New York Times (blog), 7 April 2008. Dicapai pada 5 November 2009. 
  18. "Facebook frowns on buddy-buyer company". The New York Post. 4 September 2009. http://www.nypost.com/p/news/national/facebook_frowns_on_buddy_buyer_company_DixVGIpAnBGuoWCeMqt5QJ. Capaian 7 Disember 2009. 
  19. 19.0 19.1 Hoffman, Claire (2008-06-28). "The Battle for Facebook". Rolling Stone. http://www.rollingstone.com/news/story/21129674/the_battle_for_facebook/. Capaian 2009-02-05. 
  20. Schwartz, Bari. "Hot or Not? Website Briefly Judges Looks", Harvard Crimson, 2003-11-04. Dicapai pada 2009-07-26. 
  21. "Facemash Returns As (What Else?) A Facebook App Called ULiken". Tech Crunch. 2008-05-13. http://www.techcrunch.com/2008/05/13/facemash-returns-as-what-else-a-facebook-app-uliken/. Capaian 2009-02-05. 
  22. Locke, Laura. "The Future of Facebook", Time Magazine, 17 Julai 2007. Dicapai pada 13 November 2009.
  23. 23.0 23.1 McGirt, Ellen. "Facebook's Mark Zuckerberg: Hacker. Dropout. CEO. ", Fast Company, 1 Mei 2007. Dicapai pada 5 November 2009.
  24. Kaplan, Katherine (2003-11-19). "Facemash Creator Survives Ad Board". The Harvard Crimson. http://www.thecrimson.com/article.aspx?ref=350143. Capaian 2009-02-05. 
  25. Seward, Zachary M. (2007-07-25). "Judge Expresses Skepticism About Facebook Lawsuit". The Wall Street Journal. http://online.wsj.com/article/SB118539991204578084.html?mod=googlenews_wsj. Capaian 2008-04-30. 
  26. Tabak, Alan (9 Februari 2004). "Hundreds Register for New Facebook Website". Harvard Crimson. http://www.thecrimson.com/article.aspx?ref=357292. Capaian 2008-11-07. 
  27. 27.0 27.1 Carlson, Nicolas. "In 2004, Mark Zuckerberg Broke Into A Facebook User's Private Email Account", Business Insider, 2010-03-05. Dicapai pada 2010-03-05. 
  28. Brad Stone. "Judge Ends Facebook’s Feud With ConnectU", New York Times, 2008-06-28. 
  29. Phillips, Sarah. "A brief history of Facebook", The Guardian, 2007-07-25. Dicapai pada 2008-03-07. 
  30. 30.0 30.1 "Press Room". Facebook. 2007-01-01. http://www.facebook.com/press/info.php?timeline. Capaian 2008-03-05. 
  31. Rosmarin, Rachel (2006-09-11). "Open Facebook". Forbes. http://www.forbes.com/2006/09/11/facebook-opens-up-cx_rr_0911facebook.html. Capaian 2008-06-13. 
  32. Rosen, Ellen. "Student's Start-Up Draws Attention and $13 Million", The New York Times, 2005-05-26. Dicapai pada 2009-05-18. 
  33. Williams, Chris (2007-10-01). "Facebook wins Manx battle for face-book.com". The Register. http://www.theregister.co.uk/2007/10/01/facebook_domain_dispute/. Capaian 2008-06-13. |
  34. Dempsey, Laura. "Facebook is the go-to Web site for students looking to hook up", Dayton Daily News, 2006-08-03. 
  35. Lerer, Lisa (2007-01-25). "Why MySpace Doesn't Card". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. http://classic-web.archive.org/web/20080602081817/http://www.forbes.com/security/2007/01/25/myspace-security-identity-tech-security-cx_ll_0124myspaceage.html. Capaian 2008-06-13. 
  36. Lacy, Sarah (2006-09-12). "Facebook: Opening the Doors Wider". BusinessWeek. http://www.businessweek.com/technology/content/sep2006/tc20060912_682123.htm?chan=top+news_top+news+index_technology. Capaian 2008-03-09. 
  37. Abram, Carolyn. "Welcome to Facebook, everyone", Facebook, 2006-09-26. Dicapai pada 2008-03-08. 
  38. "Terms of Use". Facebook. 2007-11-15. http://www.facebook.com/terms.php. Capaian 2008-03-05. 
  39. "Edit Your Profile". Facebook. http://www.facebook.com/sitetour/profile.php. Capaian 2008-03-07. 
  40. "Search Privacy". Facebook. http://www.facebook.com/privacy/?view=search. Capaian 2009-06-13. 
  41. Barton, Zoe (2006-04-28). "Facebook goes corporate". ZDNet. http://news.zdnet.com/2100-9588_22-6066533.html. Capaian 2008-03-09. 
  42. "Facebook Principles". Facebook. http://www.facebook.com/policy.php?ref=pf. Capaian 2009-01-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]