Faham perluasan kuasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ekspansionisme atau perluasan secara umum terdiri dari polisi-polisi perluasan pentadbiran mahupun negara. Walaupun beberapa pakar menggunakan istilah ini bagi usaha untuk mendorong pertumbuhan ekonomi (sebagai lawan dari tidak ada pertumbuhan/polisi yang berkelanjutan), istilah Ekspansionisme lebih menuju kepada doktrin suatu negara dalam memperluas wilayah kawasan (atau pengaruh ekonominya) dan biasanya dengan cara ketenteraan. Bandingkan pembangunan kerajaan dan Lebensraum).

Istilah-istilah iridentisme (Itali: irredento, belum terbebaskan), revanchisme (Perancis: revanche, pembalasan), atau Penyatuan semula kadang-kadang digunakan untuk membenarkan dan melegitimasi perluasan, tapi hanya jika tujuan eksplisitnya ialah untuk merebut kembali wilayah yang sebelumnya hilang, atau mengambil alih kembali tanah leluhur. Pertikaian wilayah yang sederhana, seperti petikaian sempadan, biasanya tidak disebut sebagai Ekspansionisme.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]