Fairly OddBaby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fairly OddBaby adalah filem yang dibuat pada tahun 2008 dan permulaan musim 6 siri The Fairly OddParents yang pertama disiarkan di TV pada 18 Februari 2008 selepas siri Jimmy Neutron dan The Fairly Oddparents Jimmy/Timmy Power Hour 3 tamat. Episod ini adalah episod pertama yang diudarakan selepas setahun ianya ditamatkan. Cerita ini mengisahkan tentang kelahiran Poof, iaitu anak pari-pari Cosmo dan Wanda yang juga merupakan ibu bapa penjaga pari-pari Timmy Turner.

Semasa disiarkan, episod ini mempunyai 8.81 juta penonton dan menjadikannya sebagai pertunjukan kabel kadar tertinggi untuk minggu 18-24 Februari 2008. Penyaiaran semula filem ini pada hari berikutnya mempunyai 4.82 juta penonton.

Plot[sunting | sunting sumber]

Apabila Timmy mendapati Cosmo dan Wanda ingin mendapatkan anak, dia membuat hajat agar ibu bapa penjaga pari-parinya mempunyai anak. Bayi itu menjadi bayi pari-pari yang pertama dilahirkan dalam masa seribu tahun. Keadaan ini menyebabkan pixies dan anti pari-pari mahu menculik bayi tersebut. Timmy, Cosmo, Wanda dan Jorgen Von Strangle berusaha untuk melindungi bayi itu dan kemudiannya menjadi anak lelaki. Timmy menamakannya sebagai Poof selepas bayi itu menyebut "Poof" buat pertama kalinya.

Pelakon Suara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:The Fairly OddParents