Faizal Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faizal Ismail
Kelahiran
Mohd Faizal bin Ismail

(1976-05-19) 19 Mei 1976 (umur 47)
Nama lainFBI
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Penyampai radio
Tahun aktif1998–kini
Majikan
PasanganNor Azlina Ahmad Din
Anak-anak4
IbuBidah
BapaIsmail Ahmad

Mohd Faizal Ismail (lahir 19 Mei 1976), lebih dikenali sebagai FBI, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era (1998–2003), Hot FM (2006–2013) dan Zayan (2023-kini).

Walaupun FBI sudah meninggalkan Hot FM, beliau sering dijemput ke konti radio swasta itu sebagai penyampai radio jemputan dalam segmen Hot FM Korner.

Kerjaya

Radio Kerjaya pertamanya menjadi penyampai radio Era (stesen radio) dari 1998 hingga 2003. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Kemudian beliau menceburi radio di bawah Media Prima sebagai penyampai radio Hot FM pada tahun 2006 hingga 2013. Beliau digalaskan tugas yang agak berat iaitu sebagai penyampai radio rancangan pagi. Beliau merupakan suara pertama dalam radio Hot FM bersama Fara Fauzana dalam rancangan pagi Hot FM iaitu Hot FM AM Krew. Gandingan serasi mereka telah memberikan impak hebat di mana rancangan Hot FM AM Krew mencapai rating 3.8 juta pendengar purata mingguan sekali gus menjadikan rancangan ini sebagai rancangan terbaik radio. Kemudian mereka berdua digandingkan dengan Muhammad Azmir Selamat dan Usop Wilcha dan kemudiannya digandingkan bertiga semula, Faizal, Fara Fauzana dan AG Selamat. Pada tahun 2013, Faizal Ismail telah menamatkan kerjaya penyampai radio di Hot FM.

Sejak 2017, beliau mengendalikan rancangan radio beliau di Facebook.[2]

Muzik Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau bergandingan bersama teman seangkatannya di Era, Khairil Rashid dan menubuhkan kumpulan Khafi dan mengeluarkan album pertama yang bertajuk Satu Jengkal pada 2006, dengan lagu-lagu hits seperti "Kisah Kau dan Aku", "Tiada Yang Kedua" dan "Fantasia Cinta".

Beliau juga berkolaberasi dalam album Hangatnya Raya Hot FM dengan lagu "Salam Lebaran" bersama penyanyi tanah air tersohor dan lagu raya berjudul "Tiba" bersama Shahir dan Faizal Tahir.

Televisyen dan filem Bagi melengkapkan porrfolio kerjayanya, Faizal menceburi bidang lakonan dengan membintangi drama sitkom Pemanduku Jutawan arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3. Beliau membuat kemunculan filem pertama menerusi filem Mamak Cupcake lakonan Shaheizy Sam.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Mamak Cupcake Raja Chal Filem pertama
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Pemanduku Jutawan Mamat TV3
2012 Friday I'm In Love DJ FBI TV9 Pelakon undangan

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2007–2012 Muzik Muzik Pengacara TV3
2008 Anugerah Juara Lagu ke-22 mengacara bersama Fara Fauzana, Ally Iskandar & Cheryl Samad
2009 Anugerah Juara Lagu ke-23 mengacara bersama Cheryl Samad dan Ally Iskandar
2010 Anugerah Juara Lagu ke-24
2011 Anugerah Juara Lagu ke-25 mengacara bersama Cheryl Samad dan Ally Iskandar
2011–2012 Vokal... Bukan Sekadar Rupa
2012 Anugerah Juara Lagu ke-26 mengacara bersama Cheryl Samad
2013 Anugerah Juara Lagu ke-27
2011–2014 Apa Kata FBI TV9
2013–2018 Nasi Lemak Kopi O
2014 Fulus (Musim 2) TV AlHijrah
Akademi Fantasia (musim 11) Astro Ria mengacara bersama Zizan Razak
2015 Karok La Kau Astro Ria
Projek Komedi Warna Astro Warna
AF 2015 Astro Ria mengacara bersama Zizan Razak
Gelap Geli Tak Astro Warna
2016 Masaklah Kau Astro Prima
Pencetus Ummah (Musim 4) Astro Oasis bersama PU Azman
2017 Sembang Sahur TV3
2021 La Tahzan TV AlHijrah mengacara bersama Abby Fana
2021–2022 Hijrahkan Laguku mengacara bersama Nasrizal Ngasri
2022–kini Dakwah Live

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
1998–2003 Skuad Era Era (stesen radio)
13 Februari 2006 – 15 November 2013 Hot FM AM Krew Hot FM
16 Januari 2023 - kini Zayan Pagi Zayan (stesen radio)

Diskografi

Lagu-lagu

  • Satu Jengkal (2006) – album bersama Khafi
  • Terima Kasih Allah (2022)

Rujukan

Pautan luar