Fakhruddin al-Razi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Fakhruddin al-Razi
Gelaran:
Lahir: 1149 M / 1150 M
Wafat: 1209 M / 1210 M
Mazhab: Syafie
Etnik: Parsi
Rantau: Parsi
Bidang: Falsafah Islam, Kalam, Logik dan Tafsir
Karya: Tafsir al-Kabir
Diilhami: Ibnu Sina, Al-Ghazali


Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi[1] (Parsi: أبو عبدالله محمد بن عمر بن الحسین فخرالدین الرازي آملی) atau Fakhruddin al-Razi adalah seorang ahli falsafah dan teologi Parsi yang beragama Islam.[2][3] Beliau dilahirkan di Ray di Iran dan merupakan keturunan Khalifah Abu Bakar[perlu rujukan]. Wafat pada tahun 1209 M atau 606 H, beliau dikebumikan di Herat, Afghanistan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Rayy, sebuah daerah berdekatan dengan Teheran. Pengajian awal beliau adalah daripada ayahnya iaitu Diya'uddin atau Khatib al-Ray dan ilmu yang dipelajarinya ialah kalam, fiqh dan sains Islam. Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ash'ari. Beliau dikenali sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray. Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.

Al Razi kemudiannya mengembara ke Khorezmi di Khorasan. Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu. Malahan, belia mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui. Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar. Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hanbali (yang menetang ilmu kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.

Karya[sunting | sunting sumber]

Hasil karya al Razi yang terkenal ialah Tafsir al-Kabir, sebuah tafsir al-Quran, juga dinamakan Mafatih al-Ghaib. Karya falsafah beliau pula ialah Sharih al-Isharat, sebuah komentar mengenai karay Kitab al-Isharat wa al-Tanbihat karangan Ibnu Sina, al-Mahsul, sebuah karya fiqah dan Mahabis al-Mashriqya (Bicara Timur).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ibn Khallikan. Wafayat Al-a'yan Wa Anba' Abna' Al-zaman. Diterjemahkan oleh William MacGuckin Slane. (1961) Pakistan Historical Society. m/s 224.
  2. Richard Maxwell Eaton, The Rise of Islam and the Bengal Frontier, 1204-1760, University of California Press,1996, - m/s. 29
  3. Shaikh M. Ghazanfar, Medieval Islamic Economic Thought: Filling the Great Gap in European Economics, Routledge, 2003 [1]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]