Fakir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seorang fakir biasanya tidak mempunyai rumah dan terpaksa tidur di mana-mana.

Fakir atau faqir berasal dari perkataan Arab فقیر (miskin). Namun orang fakir adalah lebih kekurangan dari orang miskin. Perkataan ini bermaksud individu yang tidak mampu menampung dari segi keperluan hariannya seperti membeli makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya yang melibatkan kehendak dan keperluan harian seseorang manusia. Individu terbabit juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Perkataan fakir ini juga sering digunakan dalam bahasa Urdu dan bahasa Hindi, dalam merujuk kepada individu yang mengemis atau seorang pengemis. Dalam mistik Hindu pula, ia merupakan perkataan bukan India bagi Sadhu, Guru, Swami atau Yogi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]