Fakulti Undang-Undang, UiTM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fakulti Undang-Undang, UiTM
Seal of Universiti Teknologi MARA
Cap Mohor Universiti Teknologi MARA
Maklumat am
Ditubuhkan 1968
Jenis Awam
Penggabungan Universiti Teknologi MARA Malaysia

Laman sesawang Laman sesawang rasmi Fakulti Undang-Undang, UiTM
Pentadbiran
Dekan Profesor Madya Saudah Sulaiman
Perangkaan
Staf pentadbiran 69
Pelajar 1144
Lokasi
Lokasi Shah Alam, Selangor
Negara Malaysia
Kampus Bandar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Fakulti Undang-Undang, UiTM merupakan salah satu fakulti graduan profesional Universiti Teknologi MARA atau UiTM dan dianggap sebagai salah satu institusi-institusi pembelajaran yang paling terkemuka di Malaysia. Bertempat di bandar Shah Alam dalam negeri Selangor ia merupakan salah satu daripada institusi pengajian undang-undang yang tertua di Malaysia. Dekan yang megetuai fakulti ini pada masa kini adalah Profesor Madya Saudah Sulaiman yang telah dilantik semenjak tahun 2007. Setiap kelas dalam program ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undangnya mempunyai kira-kira 800 pelajar. Selepas penghabisan program tiga tahun ini, para pelajar lazimnya akan menyambung dengan satu lagi program ijazah profesional yang dipanggil ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Program ini dikendalikan oleh sekumpulan pensyarah yang mempunyai pengalaman praktikal dan juga peguam-peguam yang beramal yang mempunyai gelaran tinggi dalam profesyen perundangan. Beberapa pemeriksa tempatan dan juga asing dilantik untuk memastikan bahawa piawaian antarabangsa yang tinggi terus berkekalan. Tidak seperti program-program undang-undang yang lain, para pelajar diberikan peluang untuk bekerja dalam persekitaran stimulasi pejabat undang-undang. Para pelajar dibekalkan dengan pejabat pengamal undang-undang dan dimestikan bekerja seakan-akan dalam firma guaman yang sebenar. Struktur program ini telah dibentuk untuk menyediakan para pelajar kepada cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di luar.

Antara graduan-graduan yang telah menjadi pelajar di Fakulti Undang-Undang UiTM ini adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hasbi Hassan, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Zaid Ibrahim yang telah mengasaskan firma guaman terbesar di Malaysia, bekas Senator dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Khamil B Jamil , Ketua Pengarah DRB-HICOM, pelakon terkenal Malaysia, Annahita Bakavoli dan Yunalis Zarai, penyanyi Indie Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fakulti Undang-Undang

Fakulti Undang-Undang (dahulunya Sekolah Pentadbiran dan Perundangan dan Fakulti Pentadbiran dan Perundangan) diasaskan pada tahun 1968. Ia bermula sebagai pusat yang menawarkan program-program pengajian undang-undang dari United Kingdom iaitu LL.B (London-External) dan Institusi Setiausaha Berpiagam (kini Institusi Setiausaha dan Pentadbir Berpiagam). Satu-satunya program tempatan yang ditawarkan pada masa itu hanyalah Diploma dalam Pentadbiran Am dan Kerajaan Tempatan[1].

Pada tahun 1978 program LL.B (London-External) dimansuhkan dan digantikan dengan program Diploma Undang-Undang (Diploma in Law atau DIL). Program DIL bersamaan dengan program LL.B yang ditawarkan di universiti-universti. Ia adalah program akademik tiga tahun berdasarkan struktur pengajian ijazah sarjana muda undang-undang universiti-universiti British. Namum, tidak seperti kebanyakan program universiti-universiti lainnya, program DIL dijalankan menurut sistem semester. Pada tahun 1982 Fakulti ini telah memperkenalkan program satu tahun Diploma Lanjutan (Advanced Diploma in Law (ADIL)) yang mana graduan-graduan program DIL boleh terus sambung belajar. Program ADIL merupakan program simulasi yang direka untuk memberikan latihan profesional kepada para pelajar sebagai persediaan untuk beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Tidak lama kemudian, fakulti ini menamakan semula program-programnya dan program DIL menjadi LL.B manakala ADIL menjadi LL.B (Kepujian). Program LL.B pula menjadi ilazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2002 LL.B (Hons.) yang juga dikenali sebagai Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dikenalkan dan terus menjadi program terbaik para pelajar yang hendak beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Penyampaian kurikulum program-program yang ditawarkan menggunakan kaedah dan strategi simulasi atau pendekatan pembelajaran percubaan. Pengalaman unik yang didapati hasil latihan dalam program ini menyebabkan ia terkemuka dan diterima secara menyeluruh oleh para pengamal undang-undang Malaysia. Pada tahun 1995, Fakulti ini telah memperkenalkan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Koporat (Kepujian) untuk mengajar para pelajar Bumiputera untuk menjawat sebagai Setiausaha Syarikat dan juga ijazalh Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) pada bulan Disember 2002. Para pelajar juga berpeluang menjadi pengamal Syarie dengan mengambil program Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DSLA).

Pemisahan fakulti[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Moot 1 UiTM

Semenjak 14 Januari 2004, Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang telah dibahagikan dan dipisahkan menjadi dua fakulti iaitu Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Fakulti Undang-Undang mempunyai hubungan baik dengan para pangamal undang-undang seperti Majlis Peguam Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman. Ia sentiasa membangunkan pilihan-pilihan bermutu dalam program-program ijazahnya dalam kedua-dua jurusan akademik dan profesional. Fakulti kini merangkumi 69 staf akademik. Ia mempunyai sebanyak 1144 pelajar yang mengaji program Pra-Undang-Undang, BLS (Hons), LL.B dan LL.B (Hons) dan program-program Master (Phd. dan LL.M).

Kampus[sunting | sunting sumber]

Fakulti Undang-Undang UiTM terletak dalam kawasan bandaraya Shah Alam. Bangunan utama terdapat di antara Fakulti Pengurusan Perniagaan berhampiran dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak II yang turut mempunyai perpustakaan undang-undang di Arasnya yang ke-3. Blok ini termasuk mahkamah moot (Mahkamah Moot I), bilik-bilik kuliah, pejabat-pejabat simulasi firma guaman pelajar, pejabat pentadbiran program LL.B (Hons), surau dan foyer fakulti. Pengluasan dan kemasukan pelajar baru yang mendadak memaksa fakulti untuk turut bertempat di bangunan Kolej Kediaman Pelajar Cempaka yang terletak berhampiran. Bangunan yang telah direnovasikan semula ini turut mempunyai perkakas-perkakas ICT yang terkini dan Mahkamah Moot II, mahkamah moot terbaru fakulti, pejabat layanan awam, pejabat pentadbiran, pejabat program asasi, bilik-bilik kuliah, bilik-bilik tutorial, bilik-bilik seminar, surau, kafeteria, kawasan pelajar dan auditorium yang boleh memuatkan sebanyak 200 pelajar pada masa yang sama. Pada tahun 2010, kawasan riadah baru dibuka dengan Jam Menara diletakkan di tengah-tengahnya.

Matlamat fakulti[sunting | sunting sumber]

Makan malam Law Dining and Etiquette 2010
  • Untuk menghasilkan pelajar graduan dengan CGPA yang lebih daripada 3.00 ke sebanyak 20% dalam masa tiga tahun.
  • Untuk menambahbaik peratusan tenaga pengajar yang mempunyai Ph.D atau kelayakan profesional sebanyak 30% menjelang 2008.
  • Pengenalan program-program akademik baru dalam jangka masa 3 tahun dan mengkaji semula program-program yang wujud kini.
  • Memastikan bahawa 80% projek penyelidikan yang berdaftar dengan UiTM pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa diimplementasikan menurut jadual.
  • Memastikan penglibatan staf akademik dalam penulisan akademik dicapai pada nisbah satu penerbitan satu staf setiap tahun.

Misi dan Visi Fakulti[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

Dekan dan Hakim Negara Malaysia
  • Menjalankan program untuk graduan-graduan Bumiputera profesional yang didasarkan etika profesional yang kompetatif dan boleh dijadikan contoh.

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Penubihan fakulti yang cemerlang, boleh dicontohi dan berkelas dunia dalam bidang pendidikan, latihan dan penyelidikan undang-undang.

Program-program yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Melalui pengajaran[sunting | sunting sumber]

  • LW222 - Sajarna Muda Undang-Undang (LL.B)(Kep.)
  • LW601 - Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DSLA)
  • LW775 - Master of Laws (LL.M)(Undang-undang komersial)
  • LW774 - Master of Laws (LL.M)(Undang-undang kepentingan awam)
  • LW772 - Master of Laws (LL.M)(Undang-undang korporat)
  • LW773 - Master of Laws (LL.M)(Aspek perundangan undang-undang marintim)
  • LW771 - Master of Laws (LL.M)(Harta Intelek)
  • LW770 - Master of Laws (Ll.M) (Am)

Melalui penyelidikan[sunting | sunting sumber]

  • LW 781 - Master of Laws (LL.M)
  • LW 991 - PhD dalam Undang-Undang

Pusat-pusat kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

Pusat-pusat ini mengehos konferensi, seminar, bengkel dan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang masing-masing.

  • Pusat Undang-Undang Antarabangsa
  • Pusat Undang-Undang dan Polisi Siber
  • Pusat Pengajian Keadilan Jenayah

Kelab-kelab dan persatuan-persatuan pelajar undang-undang[sunting | sunting sumber]

Fakulti Undang-Undang UiTM mempunyai beberapa persatuan dan kelab untuk membantu para pelajar menjadi lebih bebas, bertanggungjawab dan individu yang seimbang.

  • Sekreteriat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang
  • Law Society (LAWSOC)
  • Kelab Moot
  • Students' Community Law Club (SCLC)
  • Environmental Law & Awareness Club (EnLAC)
  • H-Coy Kesatria Negara
  • Majlis Presidensi

Profesor-profesor[sunting | sunting sumber]

  • Profesor Emeritus. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi
  • Profesor Dr. Rahmat Mohamed
  • Profesor Dr. Lim Heng Gee
  • Datuk Profesor Dr. Hussin @ Mohamad Ab Rahman
  • Adjunct Professor The Right Honourable Chief Justice of Malaysia, Tun Datuk Seri Zaki Tun Azmi[2]
  • Adjunct Professor Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak [3]
  • Adjunct Professor R. Rajeswaran a/l A.J Rajaratnam

Profesor-profesor Madya[sunting | sunting sumber]

  • Profesor Madya Saudah Sulaiman
  • Profesor Madya Norha Abu Hanifah
  • Profesor Madya Dr. Haidar Dziyauddin
  • Profesor Madya Ibrahim Lamat
  • Profesor Madya Ramlah Mohd Noh
  • Profesor Madya Dr. Musrifah Sapardi
  • Profesor Madya Dr.Zaiton Hamin
  • Profesor Madya Thalmalingam a/l M. Suppiah
  • Profesor Madya Datuk Abdul Halim Sidek
  • Profesor Madya Hajjah Mahanum Adam
  • Profesor Madya Dr. Md Amin Haji Abdul Rahman
  • Profesor Madya Rohani Sahak
  • Profesor Madya Sue Valquis Md Mashho,

Pensyarah-pensyarah kanan[sunting | sunting sumber]

  • Lee Chong Fook
  • Dr.Nuraisyah Chua Abdullah
  • Dr. Mohd Bahrin Othman
  • Dr. Sheela A/P Jayabala Krishnan @ Jayabalan
  • Dr. Mohammad Rizal Abidin
  • Nuraziah Abdul Jabar
  • Mohd Basir Suleiman
  • Norliza binti Abdul Hamid

Alumni[sunting | sunting sumber]

  • Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
  • HE Prof. Dr. Rahmat Mohamad, Setiausaha Agung, Asian African Legal Consultative Organization (AALCO), New Delhi, India
  • Puan Hasbi Hassan, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam
  • Datuk Zaid Ibrahim, pengasas firma undang-undang terbesar di Malaysia, bekas Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat dan kini mengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
  • Dato' Seri Mohd. Khamil B Jamil , Ketua Pengarah DRB-HICOM
  • Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, Presiden dan CEO Takaful Ikhlas Sdn Bhd
  • Major (R) Mohd Ramli bin Othman, CEO Tabung Haji Travel & Tours
  • Annahita Bakavoli, pelakon Malaysia terkenal
  • Fahrin Ahmad, pelakon Malaysia terkenal
  • Yunalis Zarai, penyanyi indie Malaysia
  • AC Mizal, pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia
  • Azah Yasmin, pengacara TV Malaysia yang terkenal

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. UiTM Law Faculty Official Website
  2. Tun Zaki dilantik Profesor Adjung UiTM, 16 March 2010, Utusan Malaysia (in Bahasa Malaysia)
  3. Ahmad Johari dilantik Profesor Adjung UiTM, 06 March 2009, Utusan Malaysia (in Bahasa Malaysia)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]