Falsafah Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Falsafah Zaman Pertengahan di Eropah dikuasai oleh pensejarahan Kristian. Ia berlaku pada abad ke-4 hingga abad ke-17 Masihi. Telah berlaku penyusunan semula idea setelah mengalami satu revolusi daripada sejarah yang berpandukan kepada konsep Yunani (sains) kepada idea dan pemikiran agama Kristian. Revolusi ini muncul akibat berlakunya percanggahan pendapat tentang masa lalu antara orang-orang Yunani dengan orang-orang Yahudi. Yunani berpendapat bahawa peranan Tuhan semakin kecil dan tidak bermakna lagi ekoran perkembangan rasionalisme. Manakala orang-orang Yahudi berpegang teguh pada pendirian bahawa sejarah manusia merupakan satu pergerakan menuju ke puncak tindakan Tuhan. Menurut Yahudi, Tuhan dan sejarah tidak akan dapat difahami tanpa salah satu daripadanya.

Menurut Collingwood, kemasukan pemikiran agama Kristian ini telah menyebabkan tersingkirnya 2 ciri penting yang terdapat di dalam sejarah pada masa itu :

  • idea yang optimistik tentang sifat manusia
  • idea yang substantialistik tentang entiti yang abadi yang menjadi asas kepada penubuhan sejarah

Pensejarahan zaman pertengahan mempunyai intipati ketuhanan. Segala peristiwa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Manusia hanya sebagai agen yang menggerakkan kehendak Tuhan. Antara tokoh zaman pertengahan ialah Eusebius dan St. Augustine.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.