Falukah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Falukah di Uqsur ("Luxor")

Falukah (Bahasa Arab: فلوكة‎) ialah nama bot atau kapal kayu tradisional yang digunakan di perairan terlindung Laut Merah dan timur Laut Mediterranean, temasuk Malta, dan khususnya sepanjang Sungai Nil di Mesir, Sudan, dan juga Iraq. Tali-menalinya terdiri daripada satu atau dua layar layar segitiga ('lateen')[1].

Falukah lazimnya dapat membawa sepuluh penumpang dan anak kapal terdiri daripada dua atau tiga orang pelayar. Mahupun sudah digantikan bot berenjin dan feri, falukah masih digunakan sebagai alat pengangkutan di bandar-bandar berdekatan Nil seperti bandar-bandar Aswan dan Uqsur ("Luxor"). Falukah sangat popular di kalangan para pelancong.

Armada falukah San Francisco[sunting | sunting sumber]

Falukah di Fisherman's Wharf ("Jeti Nelayan"), San Francisco tahun 1891.

Pada satu ketika, sebuah armada falukah layar lateen terdapat di jeti San Francisco. Falukah-falukah ini yang ringan, kecil dan mudah dikemudi merupakan kapal utama armada perikanan di wilayah Teluk San Francisco. Dikatakan "Kapal-kapal utama ini mempunyai tiang layar yang didengetkan ke arah hadapan, dan sebuah layar tiga segi yang digantung dari yard (spar yang bahagian bawah layar)."

Mengikut sejarawan orang Itali dari Genoa, Sicily dan Teluk Naples membina kapal-kapal tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Muscat, Joseph (2003) The Gilded Felucca and Maltese Boatbuilding Techniques. Pubblikazzjonijiet Indipendenza, Malta. ISBN 99932-41-45-8

Pautan luar[sunting | sunting sumber]