Famili Ceria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Famili Ceria (dalam Bahasa Inggeris: Family Feud) merupakan sebuah rancangan permainan yang paling berjaya, di mana dua pasukan yang berjumlah empat orang akan berlawan kepandaian dalam menjawab soalan yang di berikan dan jawapan akan di keluar daripada kotak yang di siarkan di skrin besar, Dan apabila mereka menjawab hos pasti akan menjerit "Apa kata survey!?", Rancangan ini telah di hos kan oleh Redzuawan Ismail (lebih dikenali sebagai Chef Wan) pada musim pertama (1996-2005) dan Helmi Harun pada musim yang kedua (2009).

Ia menawarkan hadiah berupa wang tunai RM 2.500 (1996-1999) dan RM 5.000 (sejak 1999).

Musim pertama[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini telah disiarkan pada hari Isnin-Ahad bermula jam 5:30 petang. Musim pertama rancangan ini pengacaranya ialah Redzuawan Ismail (Chef Wan). Pada tahun 2004, Famili Ceria musim pertama ditayangkan 3 kali sehari, iaitu pukul 10:30 pagi, 5:30 petang, dan 10:00 malam. Ketika rancangan ini mula ditayangkan di TV3 sejak Isnin, 8 November 1999 sehingga Ahad, 7 November 2004, rancangan ini membuat rekod sebagai rancangan permainan dengan episod terbanyak di Malaysia, iaitu 2500 episod. Rancangan ini ditayangkan sehingga 27 November 2005.

Musim kedua[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini telah disiarkan pada hari Isnin-Ahad bermula jam 6:30 malam. Musim kedua rancangan ini pengacaranya ialah Helmi Harun dan bermula sejak Ahad, 6 Disember 2009.