Famke Janssen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Famke Janssen
Kelahiran
Famke Beumer Janssen[1]

(1965-11-05) 5 November 1965 (umur 58)[1]
Tahun aktif1992–kini
Ketinggian5 kaki 11.5 inci (1.86 m)
PasanganKip Williams (k. 1995–2000)

Famke Beumer Janssen (lahir 15 November 1964 di Amstelveen) seorang aktres dan juga bekas model fesyen berdarah Belanda. Beliau lebih dikenali untuk watak yang dipegangnya dalam Goldeneye, Nip/Tuck, dan siri filem X-Men.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Belanda, merupakan satu-satunya ahli keluarga yang berambut perang gelap (brunette) dari famili yang seluruh ahlinya berambut kuning keemasan (blonde).


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Janssen telah berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1984 dan memulakan karier profesionalnya sebagai model fesyen. Beliau telah menandatangani kontrak bersama Elite Model Management, dan juga telah bekerja untuk Yves Saint Launrent, Chanel dan Victoria’s Secret. Beliau kemudiannya merasakan tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupannya sebagai model yang beliau anggap sebagai kehidupan yang tidak bermakna lalu bersara untuk melanjutkan pelajaran beliau di Columbia University dalam bidang penulisan dan sastera. Semasa beliau masih lagi menuntut ilmu di sana, beliau membuat keputusan untuk mencuba nasib beliau dalam lakonan, dan beliau kemudiannya telah menghadiri kelas lakonan bersama Harold Guskin. Setelah beliau tamat pelajaran beliau, beliau berpindah ke Los Angeles untuk memulakan karier lakonan beliau.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Janssen pada masa ini sedang menetap di Greenwich Village, di bandar New York. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau mempunyai seorang kakak, Antoinette Beumer (pengarah) dan seorang adik perempuan Marjolein Beumer (aktres). Kedua-duanya bergiat aktif di dalam industri perfileman Belanda. Janssen pernah membuat kenyataan bahawa beliau berasa berbeza apabila dibesarkan dengan kakak dan adik perempuannya kedua-duanya berambut perang keemasan dan bermata biru manakala beliau seorang yang berambut perang gelap and bermata coklat di dalam satu interview majalah People Weekly pada tahun 2000. ("I felt different born into a family with two sisters who are blonde and blue-eyed, with me being the only brunette"). Selain fasih dalam bahasa ibundanya bahasa Belanda, beliau juga fasih berbahasa Inggeris, Jerman, and Perancis. Beliau pernah berkahwin dengan penulis/pengarah Tod Culpan Williams, anak kepada arkitek Tod Williams dari tahun 1995 hingga 2000. Janssen mempunyai seekor anjing terier Boston bernama Licorice, yang selalunya dibawa bersama beliau ketika bergerak.

Karier Lakonan[sunting | sunting sumber]

Semasa berpindah ke Los Angeles, Janssen telah memperoleh peluang pertamanya untuk berlakon, iaitu sebagai tetamu undangan untuk siri-siri television seperti Star Trek: The Next Generation dan Melrose Place. Watak dalam filem pertama diterima oleh beliau bersama Jeff Goldblum dalam Fathers & Sons (1992). Kemudian, pada tahun 1995 beliau muncul dalam filem pertama Pierce Brosnan sebagai James Bond iaitu Goldeneye, sebagai perempuan penggoda (femme fatale) bernama Xenia Onatopp. Kejayaan filem tersebut telah meningkatkan nama Janssen yang telah menjadi satu fenomena pada masa itu. Media telah menggelar beliau ‘Famke fatale’ di atas kejayaannya melakonkan watak perempuan penggoda dalam filem tersebut. Walaupun filem itu telah berjaya, dan peranan gadis Bond itu kemudiannya jatuh ke tangan aktres seperti Michelle Yeoh dan Denise Richards, Janssen bimbang sekiranya beliau hanya akan ditawarkan watak sebagai perempuan penggoda.Ini telah menyebabkan beliau kemudiannya membuat keputusan untuk lebih cenderung untuk membintangi filem-filem bebas (independent) daripada filem-filem biasa. Tahun-tahun berikutnya Janssen telah membintangi filem-filem bebas seperti Dead Girl, City of Industry, Monument Ave, Rounders dan filem arahan pengarah filem bebas terkenal, Woody Allen iaitu Celebrity, dibintangi beliau bersama ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Leonardo DiCaprio, Charlize Theron, dan Winona Ryder. Pada tahun 1998, beliau telah membintangi sebanyak lapan filem. Janssen telah memegang watak superheroin Dr. Jean Grey/Phoenix di dalam X-Men, X2: X-Men United, dan X-Men: The Last Stand. Janssen juga membintangi filem-filem seperti Lord of Illusions, The Faculty, House on Haunted Hill, I Spy, Deep Rising dan Hide and Seek. Selain itu, Janssen mempunyai watak yang berkesan di dalam siri TV popular Nip/Tuck musim kedua sebagai penasihat yang menggoda dan manipulatif, Ava Moore. Janssen telah menandatangani untuk drama polis baru yang akan muncul dalam siaran NBC. Drama itu akan dihasilkan oleh David Shore, yang juga merupakan penghasil dan produser eksekutif untuk siri House. Penulis siri House - Peter Blake juga akan membantu dalam projek drama bersiri tersebut. Siri tersebut adalah sebuah drama ringan yang mengisahkan tentang perjalanan kehidupan seorang polis wanita (Janssen).

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Tinggi: 5' 11".
  • Ukuran: 36-24-36.
  • Nama pertama di sebut sebagai "Faam-kuh" ('fam' disebut seperti perkataan 'farm'). Nama tersebut bermaksud gadis kecil dalam bahasa Frisia, bahasa tempatan bagi penduduk di selat Belanda, Friesland.
  • Merupakan satu-satunya saudara perempuan dari adik-beradiknya yang menggunakan nama keluarga bapanya, Janssen sebagai nama akhir. Adik beradik beliau yang lain, Marjolein dan Antoinette memilih untuk menggunakan nama akhir ibu mereka, Beumer, setelah ibu bapa mereka bercerai.
  • Memberi khidmat sebagai pengalih bahasa Belanda untuk Studio Tram Tour di semua taman tema Disney.
  • The Bronte sisters, Vladimir Nabokov, dan Jean Rhys adalah penulis-penulis kegemaran beliau.
  • Beliau pernah mendapat perhatian media kerana saiz tapak kakinya yang panjang (saiz 11 US, saiz 44 Eu), kerana kasut beliau di dalam Goldeneye, filem dimana beliau memperoleh watak major pertama beliau, terpaksa direka khas supaya berpadanan dengan tapak kaki beliau. Trivia ini kemudiannya dimasukkan di dalam babak beliau dalam filem Love & Sex pada tahun 2000, dimana karakter lakonan Jon Favreau mengusik beliau mengenai saiz tapak kakinya.


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1992 Fathers & Sons Kyle Christian
1994 Relentless IV: Ashes to Ashes Dr. Sara Lee Jaffee
1995 GoldenEye Xenia Onatopp
Lord of Illusions Dorothea Swann
1996 Dead Girl Treasure
1997 City of Industry Rachel Montana
1998 The Faculty Miss Elizabeth Burke
The Adventures of Sebastian Cole Fiona
Celebrity Bonnie
Rounders Petra
RPM Claudia Haggs
Deep Rising Trillian St. James
The Gingerbread Man Leeanne Magruder
Monument Ave. Katy
1999 House on Haunted Hill Evelyn Stockard-Price
2000 X-Men Jean Grey
Circus Lily
Love & Sex Kate Welles
2001 Don't Say a Word Aggie Conrad
Made Jessica
2002 I Spy Special Agent Rachel Wright
2003 X2 Jean Grey
2004 Nip/Tuck (TV) Ava Moore
Eulogy Judy Arnolds
2005 Hide and Seek Katherine
2006 X-Men: The Last Stand Jean Grey/Phoenix
The Treatment Allegra Marshall
2007 The Ten Gretchen Reigert
Turn the River Kailey dalam pembikinan
100 Feet Marnie Wilson dalam pembikinan
2008 Taken


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

List 0f Famous Tall Women

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Famke Janssen- Biography". Yahoo! Movies. Dicapai pada 23 Disember 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]