Faqrul Azim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Faqrullah Azim atau lebih dikenali sebagai Kapten Faqrul merupakan DJ Radio keturunan Iban/Bidayuh yang mencipta nama sebagai DJ Radio pertama memenangi Anugerah Penyampai Radio Terbaik (Keterampilan Berbahasa) dalam Anugerah Citra Wangsa 2005 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005.

Memulakan kerjaya sebagai DJ Radio bermula tahun 1996 sebagai DJ Radio selama 3 tahun. Selepas itu, Faqrul berhenti berehat selama beberapa tahun sehingga tahun 2005 apabila beliau menjadi DJ Radio/Produser di stesen Radio 1 (Nasional FM) menerusi slot Prisma 12-3. Selepas setahun bersiaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Thailand, Singapura dan sebahagian Kepulauan Sumatera, dan ke seluruh dunia menerusi laman web * www.radio1.com.my, Faqrul berhijrah ke stesen swasta terbaru di bawah naungan The Star Publications iaitu radio Suria FM. Mengendalikan segmen Two-Dia selama 5 bulan, selepas itu segmen malam iaitu Suria Airlines sehingga Disember 2006. Faqrul lebih sinonim dengan panggilan Kapten Faqrul apabila ke udara. Pada hujung minggu, Faqrul bergandingan dengan DJ Junn menerusi Carta Suria (Anugerah Suara Inspirasi Anda - Asia 2006).

Anugerah Yang Pernah Dimenangi[sunting | sunting sumber]

  • Penyampai Radio Terbaik - Anugerah Citra Wangsa 2005
  • Calon Top 5 - Rancangan Remaja (Radio) ABU Prizes 2005
  • Calon Top 25 Penyampai Radio Lelaki Popular - Anugerah Bintang Popular 2006

Segmen Yang Pernah Dikendalikan[sunting | sunting sumber]

  • 1997 - Remaja Bersama Cats (RBC bersam DJ Hani) - CatsFM
  • 1997 - The Midnight Shift (bersama DJ Faye) - CatsFM
  • 1996 - 1998 McD Express (Mc Donald's outlet in Kuching
  • 1995 - 1999 A.M. Radio - Radio Ibukota/International Radio Communications (RICA)/City Radio (Best 103.9FM)
  • 2005 - Prisma 12-3 - Radio 1/Nasional FM
  • 2005 - Remaja AKTIF POSITIF - Radio 1/Nasional FM
  • 2005 - Polis Dan Anda - Radio 1/Nasional FM
  • 2005 - Satu DOT kom - Radio 1/Nasional FM
  • 2006 - Two Dia - Suria FM
  • 2006 - Suria Airlines - Suria FM
  • 2006 - Carta Suria (Anugerah Suara Inspirasi Anda - ASIA 2006) - Suria FM

Filem/Drama Yang Pernah Berlakon[sunting | sunting sumber]

  • 2004 - Telenovela Ika - Astro Ria

Rancangan TV Realiti[sunting | sunting sumber]

  • 1997 - Sinaran Passport Kegemilangan - TV3
  • 2005 - audiHos Carta Hitz 1 - RTM1

Pautan luar[sunting | sunting sumber]