Farali Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Farali Khan
Kelahiran
Norfara binti Ali Dad Khan

(1989-04-15) 15 April 1989 (umur 35)
Pekerjaan
Tahun aktif2015–kini
PasanganNazreel Shah Raikal (k. 2022)
Anak-anak1
IbuNorazlina Chow Abdullah
BapaAli Dad Khan
Saudara
Nazreel Shah 2024

Norfara Ali Dad Khan, atau lebih dikenali dengan nama komersial Farali Khan (lahir di Johor Bahru, 15 April 1989; umur 35 tahun) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon di Indonesia.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Farali Khan merupakan adik kepada pelakon Malaysia yang popular di Indonesia iaitu Miller dan Aliff Alli. Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Farali menegaskan bahawa walaupun bapanya dan bapa pelakon Sabrina Ali berkongsi nama sama, beliau tidak mempunyai ikatan keluarga dengan Yusof Haslam seperti yang disangka umum. Beliau berkata: "Lucu juga kerana kami memang tiada kaitan. Datuk Yusof bukan bapa saudara saya, manakala Syamsul dan Syafiq bukan sepupu saya. Mungkin orang menyangka kami mempunyai pertalian darah kerana persamaan nama bapa saya dan Sabrina". Beliau telah berkahwin pada 2022 dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Zaynab Ashura Khan (2023).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula membintangi sinetron pertamanya Hijab I Love You sebagai Selly dan berlakon bersama Ochi Rosdiana, Fachri Muhammad, Tengku Firmansyah pada tahun 2016. Filem pertama Farali ialah 3 Dara pada tahun 2015 yang dilakonkan beliau bersama Adipati Dolken, Tora Sudiro dan Melayu Nicole Hall. Pada tahun 2017 pula, Farali telah membintangi filem Demi Cinta yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2017. Farali berperanan sebagai Cempaka dalam film ini bersama-sama pelakon seperti Nasya Marcella, Ricky Harun, Titi Kamal dan ramai lagi.

Farali dilaporkan sudah lama berkahwin pada tahun 2022 namun merahsiakan perkahwinan mereka sehingga Farali sendiri mendedahkan di laman Instagram beliau.[3]

Perhatian Farali meningkat apabila filem Polis Evo 3 ditayangkan di pawagam dengan beliau melakonkan watak Inspektor Julie yang merupakan polis dengan skil tembakan tepat dan close combat. Ada sesetengah mendapati ia menyerupai Sofia Jane yang merupakan pelakon veteran negara dari segi rupa dan Ejen Roza dalam siri televisyen animasi Malaysia, Ejen Ali kerana mempunyai ciri-ciri perwatakan yang hampir sama. Ramai memuji lakonan beliau dalam filem ini dan menjadikan bualan orang ramai.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Negara
2015 3 Dara Lola  Indonesia
2017 Demi Cinta Cempaka
Bukan Cinta Malaikat Balqish  Malaysia
2018 Kalla: Hidup Atau Mati Uyun
2022 The Assistant Sofia
2023 VII XII Safia
Polis EVO 3 Inspektor Julie
War On Terror: KL Anarki Anis

Drama/Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan Negara
2016 Hijab I Love You Selly SCTV  Indonesia
Epen Cupen The Series Aura Global TV
2017 Black Belt Kaler Pink Timora Ali Astro Warna & Astro Mustika HD  Malaysia
2018 Sofea Afendi Sofea TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanisah Selamat (19 Oktober 2018). Farali contohi disiplin Faizal Hussein Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (28 Jun 2018). Nama kukuh di seberang Harian Metro. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  3. ^ Amin Hazlan (3 Mei 2023). "Lama simpan rahsia, akhirnya Farali Khan mengaku dah kahwin, kini sedang hamil 7 bulan". mStar Online.
  4. ^ Mya Amri (1 Jun 2023). "#PE3: "Jadi Sniper Pun Smart!" - Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang 'Bad Ass'". Gempak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]