Farid Kamil
| Farid Kamil | |
|---|---|
| Lahir | Farid Kamil bin Zahari 5 Mei 1981 (umur 30) |
Farid Kamil bin Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil ialah seorang peragawan yang kemudian menjadi aktor, penulis lakonlayar & pengarah filem yang sangat dikenali[perlu rujukan] di era 2000-an. Beliau dilahirkan pada 5 Mei, 1981 di Alor Star, Kedah, Malaysia dan kini mendapat jolokan sebagai Hero Pujaan Malaya.[perlu rujukan]
Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Ahadiat Akashah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.
Isi kandungan |
[sunting] 2000 - 2006: Bidang peragaan ke layar perak
Farid mula menceburi bidang peragawan di majalah-majalah fesyen serta pentas catwalk sejak 1999. Dengan ketinggian 184cm & berat 75kg; Farid menceburi bidang modeling untuk menampung pengajiannnya. Antara iklan komersil terawal beliau adalah Dunhill, Pringles & TM Net
Farid Kamil berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan daripada Universiti Teknologi MARA. Beliau dicungkil bakat oleh pengarah prolifik A Razak Mohaideen menerusi watak kecil dalam filem Mistik; sebelum filem tersebut Farid pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri TV, Fakulti arahan Razak pada tahun 2000. Farid diberi peluang memegang watak adik kepada aktres Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Farid bertuah kerana mendapat didikan seni lakon daripada pelakon ternama Ahmad Yatim sekaligus memberi sedikit impak artistik dalam hasil seni lakon beliau biarpun sering muncul dalam filem-filem komersial arahan Razak.
Pada 2004, populariti beliau melonjak naik apabila kerap muncul dalam filem lakonan Erra, serta bergandingan bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza untuk kempen iklan komersil Hotlink. Iklan komersil itu berjaya meletakkan Farid sebagai salah seorang aktor dan peragawan muda yang digemari ramai.
Farid juga lebih cenderung berlakon di bawah arahan A Razak sehinggalah beliau mencuba keluar daripada kepompong Razak melalui filem Rempit arahan Ahmad Idham. Beliau juga diberi peluang oleh penerbit terkenal, David Teo untuk menjadi penulis lakonlayar untuk filem tersebut.
Farid hanya berlakon di bawah studio Metrowealth Movies Production sehingga 2006, sebelum kini seringkali muncul dalam filem terbitan studio Tayangan Unggul. Pun begitu, Metrowealth juga memberi peluang kepada Farid untuk bergelar pengarah, serta muncul dalam filem-filem terbitan mereka. Farid hanya dua kali muncul dalam filem/ siri TV terbitan studio Grand Brilliance menerusi filem kerjasama Skop Production - Evolusi KL Drift, serta sebelum itu menerusi drama kerjasama Malaysia - Indonesia - Begitulah Cinta pada 2005.
[sunting] 2007 - kini: Hero Pujaan Malaya
Pada 2008, Farid menerima pencalonan untuk kategori Aktor Terbaik menerusi lakonan berkesannya sebagai anak jalanan dalam filem Anak Halal arahan pengarah indie, Osman Ali. Pada 18 Februari 2009, sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang lakonan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia apabila dipilih untuk menerima anugerah tertinggi Anugerah Seni Negara untuk piala Anugerah Bakat Muda Seni Lakon; Osman turut menerima piala bagi kategori Anugerah Bakat Muda Perfileman.
Pada 2009 juga, Farid bersama pasangan serasinya, Lisa Surihani diikat oleh Astro untuk menjadi Wajah Eksklusif Astro Megadrama selama setahun. Untuk tempoh itu, Farid hanya akan muncul dalam drama siaran Astro sahaja. Artis sedia ada yang telah menjadi Wajah Eksklusif Astro adalah primadona filem melayu, Erra Fazira dan aktor Singapura, Aaron Aziz.
Pada tahun 2010, filem pertama arahan Farid yang pernah disekat tayangannya, V3: Samseng Jalanan menemui penonton pada 8 Mac 2010. Filem ini mencatat kutipan box -office dan kritikan positif daripada pengkritik. Selain itu, Farid muncul dalam 2 buah filem romantik bergandingan bersama Lisa iaitu filem Semerah Cinta Stileto dan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan(LBS). Kedua-dua filem berjaya mencatat kutipan box-office, malahan filem LBS mencipta sejarah menjadi filem romantis pertama meraih kutipan RM3 juta pada minggu pertama tayangan.
Menerusi watak Kasyah Khairuddin dalam filem tersebut, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan. Sejak menceburi bidang lakonan ketika berusia 22 tahun, Farid kini telahpun menghiasi hampir 30 buah filem biarpun masih belum mencecah usia 30 tahun. Beliau kini menjadi pelakon lelaki paling disebut-sebut di Malaysia.
[sunting] Kehidupan Peribadi
Farid merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau adalah anak sulung dari 5 adik beradik juga mempunyai ijazah dalam bidang pembikinan filem oleh UiTM. [perlu rujukan]
Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Irma Hashmi. Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Aktres kontroversi Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.[perlu rujukan]
Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikaitkan mempunyai hubungan istimewa. Namun kedua-duanya menafikan. Hanya pada penghujung tahun tersebut teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama aktres jelita Diana Danielle mula menghiasi dada-dada akhbar.[perlu rujukan] Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media.[perlu rujukan] Walaubagaimanapun, mereka telah berpisah baru-baru ini pada awal tahun 2011.
[sunting] Filem
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2003 | Mistik
Metrowealth Movies Production |
Jeffrey
Watak Pembantu |
|
| Cinta Kolestrol
Metrowealth Movies Production & Erra Fazira Entertainment |
Saiful
Watak Pembantu |
||
| 2004 | Kuliah Cinta
Metrowealth Movies Production |
Amirul
Watak Pembantu |
(Pencalonan) Pelakon Harapan Lelaki |
| Hingga Hujung Nyawa
Metrowealth Movies Production |
Shawn
Watak Pembantu |
||
| Tujuh Perhentian
Metrowealth Movies Production |
Amir
Watak Utama
|
||
| Tangkai Jering
Metrowealth Movies Production |
Amirul
Watak Pembantu
|
||
| 2005 | Potret Mistik
Metrowealth Movies Production |
Zack
Watak Pembantu |
|
| Cinta Fotokopi
Metrowealth Movies Production |
Zahid
Watak Utama
|
||
| Lady Boss
Metrowealth Movies Production |
Watak Pembantu |
||
| Anak Mami Kembali
Metrowealth Movies Production |
Farid
Watak Utama
|
||
| 2006 | Main Main Cinta
Metrowealth Movies Production |
Beego
Watak Pembantu
|
|
| Remp-It
Metrowealth Movies Production |
Madi
Watak Utama
|
Lakonlayar ditulis oleh beliau sendiri | |
| 2007 | Chermin
Starry Eye Production |
Yusof
Watak Utama
|
|
| Anak Halal
Tayangan Unggul |
Indera Putra Hisham
Watak Utama
|
(Pencalonan) Aktor Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 21 (Pencalonan) Aktor Terbaik - Anugerah Skrin 2008 |
|
| 2008 | Kala Malam Bulan Mengambang
Tayangan Unggul |
Jongkidin
Watak Pembantu |
(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 21 |
| Evolusi KL Drift
Skop Production & Grand Brilliance |
Sham
Watak Utama
|
||
| Apa Kata Hati
Tayangan Unggul |
Aidil Fitri
Watak Utama
|
||
| I'm Not Single
Metrowealth Movies Production |
Adam Ghani
Watak Utama
|
||
| 2009 | Papadom
Tayangan Unggul |
Hisham Hashim
Watak Pembantu
|
|
| Lembing Awang Pulang ke Dayang
Dayang Digital Studio |
Awang
Watak Utama
|
||
| 2010 | V3 Samseng Jalanan
Metrowealth Movies Production |
Ahmad Asrudy
Watak Utama
|
(Pencalonan) Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 23 |
| Evolusi KL Drift 2
Skop Production & Grand Brilliance |
Sham
Watak Utama
|
||
| Semerah Cinta Stilleto
Metrowealth Movies Production |
Sulaiman Toyol aka Leman Toyol aka Leto
Watak Utama
|
||
| Lagenda Budak Setan
Tayangan Unggul & Tarantella Pictures |
Kasyah Khairuddin
Watak Utama
|
(Pencalonan) Aktor Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 23 | |
| Cuti-Cuti Cinta
Metrowealth Movies Production |
Omar Rudy
Watak Utama
|
||
| Estet
Tayangan Unggul |
Farid
Watak Utama
|
||
| Aku Masih Dara
Metrowealth |
Jimba
Watak Utama
|
||
| 2011 | Taiko
Montecom Studio |
Azman
Watak Utama
|
|
| Apokalips
Tayangan Unggul |
X
Watak Utama |
||
[sunting] TV
| Telefilem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2009 | Mata Di Jiwa
Popiah Pictures - ASTRO RIA |
Jeffrey
Watak Utama
|
|
| 2010 | Tujuh Lagu
Filmscape - ASTRO CITRA |
Watak Utama
|
|
| Siri TV | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2001 | Fakulti
Kirawang - RTM2 |
Unnamed
Watak Tambahan |
|
| 2004 | Begitulah Cinta
Grand Brilliance & Prima Entertainment (Indonesia) -TV3 Slot: Lestary |
Unnamed
Watak Utama |
|
| 2008 | Takdir Yang Terindah
Suhan Movies - RTM1 |
-
Watak Pembantu |
|
| Enigma
Line Clear - TV3 Slot: Samarinda |
Unnamed
Watak Utama |
||
| 2009 | Tiga Janda
Metrowealth - ASTRO PRIMA - Megadrama |
Unnamed
Watak Utama |
|
| 2010 | Cinta Tikar Sejadah
Metrowealth - ASTRO OASIS |
Hazrey Hussein
Watak Utama |
|
| Mertua vs Menantu-Musim 2
Metrowealth - ASTRO PRIMA - Megadrama |
Unnamed
Watak Pembantu |
||
| Korban 44
KL Motion Picture - ASTRO CITRA - Suatu Ketika |
Bah Raden
Watak Utama |
||
| Lu'lu
Metrowealth - ASTRO PRIMA |
Unnamed
Watak Utama |
||
| Lagenda Budak Setan - The Series
Tarantella - ASTRO CITRA - Suatu Ketika |
Kasyah
Watak Utama |
||
[sunting] Pementasan (Teater/Bangsawan/Konsert Dll)
| Pementasan | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2003 | Dimana Bulan Selalu Retak
Anjung Seri Production |
Falel
Watak Utama |
* Karya asal A Samad Said |
[sunting] Anugerah & Pencapaian
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2004 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2005 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2006 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2008 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2009 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| Festival Filem Malaysia | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2004 (FFM 17) | Kuliah Cinta | Pelakon Harapan Lelaki | Dicalonkan |
| 2008 (FFM 21) | Anak Halal | Pelakon Lelaki Terbaik | Dicalonkan |
| Kala Malam Bulan Mengambang | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Dicalonkan | |
| 2010 (FFM 23) | Lagenda Budak Setan | Pelakon Lelaki Terbaik | Dicalonkan |
| V3: Samseng Jalanan | Pengarah Harapan | Dicalonkan | |
| Pengarah Terbaik | Dicalonkan | ||
| Anugerah Seni Negara Malaysia | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2009 (ASN ke 8) | Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara | Menang
|
|
| Anugerah Shout! | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2010 | Anugerah Hot Guy | Dicalonkan | |
| Anugerah Best On Screen Couple (bersama Lisa Surihani) | Dicalonkan | ||
| Anugerah Skrin | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2008 | Anak Halal | Pelakon Lelaki Terbaik | Dicalonkan |