Fate/stay night

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fate/Stay Night)
Fate/stay night
Logo Curtain Raiser DVD anime Fate/stay night.
GenreAksi
Drama
Fantasi
Romantik
Fiksyen Sains
Seinen
Permainan
PembangunType-Moon
PengeluarType-Moon
PerekaTakashi Takeuchi
GenreEroge, Novel visual
PelantarPC - Enjin KiriKiri
Manga
PengarangNishiwaki Datto (seni)
PenerbitKadokawa Shoten
Anime
PengarahYuji Yamaguchi
StudioJepun Studio Deen
Dilesenkan olehAmerika Syarikat Geneon
Penyiaran AsalJepun Saitama TV, Chiba TV
Singapura Filipina Korea Selatan Malaysia Singapura Hong Kong Animax
Malaysia Ntv7
Dikeluarkan pada6 Januari 200616 Jun 2006
Portal Anime dan Manga

Fate/stay night (Jepun: フェイト/ステイナイト, Hepburn: Feito/sutei naito) merupakan permainan video novel visual eroge Jepun ciptaan Type-Moon, dikeluarkan pada 30 Januari 2004. Sebuah siri anime oleh Studio Deen telah disiarkan daripada 6 Januari 2006 sehingga 16 Jun 2006. Pengumuman rasmi dan treler rasmi mula-mula disiarkan di pesta Rondo Robe 2005 "-Gate to Date-" di Jepun pada 26 Jun 2005 dan acara pembukaan (Curtain Raiser) DVD siri itu dikeluarkan di Jepun dalam bulan November 2005. Sebuah versi "umum" berdasarkan siri Fate/stay night, berjudul Fate/stay night Realta Nua telah dikeluarkan untuk platfom PlayStation 2 pada 19 April 2007, mempamerkan seiyu daripada siri anime televisyennya. Sebuah siri manga berdasarkan siri Fate/stay night juga telah mula diterbitkan dalam majalah Shōnen Ace.

Plot[sunting | sunting sumber]

Fate/stay night menceritakan kisah kehidupan Shirō Emiya, seorang pelajar dan mekanik kecil-kecilan di sekolah Homurabara Gakuen di Fuyuki City. Sepuluh tahun sebelum kisahnya bermula, Shirō terperangkap dalam sebuah kebakaran besar yang telah mengorbankan ibu bapanya dan merosakkan sebahagian besar bandaraya tersebut. Seorang lelaki penuh misteri telah membantu Shirō yang sedang meronta-ronta di tengah-tengah kebakaran itu. Lelaki misteri ini, bernama Kiritsugu Emiya, telah membuat keputusan untuk mengambil Shirō sebagai anak angkatnya, walaupun mereka tidak hidup begitu rapat akibat keberangkatan ayah daripada masa ke masa. Pada suatu malam, Kiritsugu dan Shirō sedang berbincang di luar rumah mereka, dan Shirō mendapat tahu sesuatu tentang ayahnya yang dirahsiakan daripadanya sebelum ini.

Saya mempunyai satu rahsia yang belum pernah saya beritahu kamu--- Saya seorang Magi.

Menerusi perbincangan mereka, Shirō mendapat tahu tentang kegagalan ayah angkatnya untuk menjadi seorang "Wira Keadilan" (Jepun: 正義の味方, Hepburn: Seigi no Mikata), seorang penjaga manusia yang mempu melindungi mereka yang lemah dan tidak bersalah. Shirō tersentuh mendengar penjelasan Kiritsugu, lalu berjanji bahawa dia akan mengangkat tinggi ideal itu dalam kehidupannya. Untuk mencapai niatnya ini, Shirō meminta Kiritsugu untuk mengajarnya sihir (Jepun: 魔術, Hepburn: Majutsu); tetapi Shirō terbukti kurang berkemahiran menguasai ilmu-ilmu asas sihir.

Kiritsugu telah memberi amaran kepada Shirō bahawa kehidupan seorang ahli sihir merupakan jalan ke arah kemusnahan, namun jika dia bersungguh-sungguh ingin membantu orang lain, maka dia hendaklah menggunakan ilmunya dalam rahsia dan tidak diketahui orang lain. Selepas kematian Kiritsugu, Shirō berasa kecewa atas pencapaiannya kerasa dia menyangka bahawa pahala yang dilakukannya tidak mencukupi dan dia kurang pasti bagaimana hendak meluruskan masa depannya untuk lebih membantu.

Tanpa disedari Shirō, Fuyuki City sebenarnya merupakan sebuah tempat pertarungan rahsia dan ganas di antara magi (ahli sihir). Seja dua dekad yang lalu, tujuh ahli sihir telah berkumpul dan bertarung dalam seuatu peperangan berbentuk Battle Royale, setiap daripada mereka bertaruhkan nyawa mereka untuk medapatkan Holy Grail, sebuah piala legenda yang berupaya untuk memakbulkan kemahuan manusia. Empat perang Holy Grail yang lalu telah berlaku setiap enam tahun, di mana perang yang keempat berlaku sedekad yang lalu, tetapi perang yang kelima ini telah bermula terlalu awal daripada biasa.

Ahli-ahli sihir tersebut (dikenali sebagai Master atau "Tuan") dibantu roh-roh pahlawan dari masa lampau yang digelar Servant (Pembantu). Pahlawan-pahlawan Roh-roh Epik (Jepun: 英霊, Hepburn: Eirei) ini mempunyai kuasa-kuasa luar biasa dan mempunyai artifak atau kebolehan tersendiri yang digelar Khayalan Mulia (Jepun: 宝具, Hepburn: Hōgu) (Noble Phantasms). Kebolehan-kebolehan tersembunyi Noble Phantasm ini boleh digunakan dengan melisankan nama sebenarnya, namun penggunanya harus berhati-hati kerana penggunaan Noble Phantasm yang simbolik dengan melulu akan mendedahkan identiti Servant tersebut, sekaligus mencacatkan kelebihan dalam satu-satu persaingan itu. Pahlawan-pahlawan legenda tertentu boleh diseru dengan bantuan pemangkin, seperti artifak-artifak, idea atau pengalaman yang bermakna atau hampir sama dengan Servant yang diseru itu. Hanya seorang Servant yang boleh diseru dalam setiap peperangan daripada tujuh kelas-kelas yang berlainan seperti berikut: Saber, Archer, Lancer, Berserker, Rider, Assassin dan Caster.

Piala Holy Grail yang menjadi rebutan calon-calon peperangan ini adalah jelmaan semata-mata, maka hanya makhluk-makhluk jelmaan, seperti golongan Servant, yang mampu berinteraksi/menyentuhnya. Penyekatan peraturan ini telah mengakibatkan para Master dan Servant mereka untuk berkerjasama untuk bersaing dengan yang lain, walaupun jika keadaan memaksa mereka berlawan sehingga mati. Para Master mengawal Servant mereka menggunakan tiga Mantra Perintah (Jepun: 令呪, Hepburn: Reiju) (bahasa Inggeris: Command Mantra), sebuah simbol yang terukir di tangan para Master yang diakui piala Holy Grail. Dengan menggunakan Reiju ini, para Master boleh mengarahkan Servant mereka untuk mencapai dan melaksanakan sesuatu tugasan atau arahan yang mutlak dan muktamad. Dalam ketiadaan atau kematian Master mereka, para Servant boleh memilih untuk menjadi pembantu Master yang lain; sebaliknya, jika Servant seorang Master dibunuh, dia boleh memilih untuk sama ada bersekutu dengan Servant lain yang bebas, ataupun mendapatkan perlindungan dengan penyelia Peperangan Holy Grail ini, di mana mengikut tradisinya, adalah wakil Gereja Katolik Rom.

Pada suatu malam, selepas membersihkan dojo kelab kyudo sekolahnya, Shirō terserempak dua Servant, Archer dan Lancer yang sedang bertarung antara satu sama lain di halaman sekolahnya. Lancer khuatir Shirō yang telah menyaksikan kewujudan mereka, akan mendedahkan rahsia peperangan ini. Dengan itu, dia membuat keputusan untuk meninggalkan Archer yang sedang ditentanginya dan terus mengejar dan membunuh Shirō. Tanpa sebarang sebab munasabah, rakan sekelas Shirō, Rin Tōsaka telah memulihkan tubuh badannya menggunakan sejenis permata warisan yang dipenuhi Mana (Jepun: 魔力, Hepburn: Maryoku) (Pati Kesaktian).[1]Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, Shirō dengan pantas pulang ke rumahnya, malangnya diserang kali kedua oleh Lancer. Shirō menahan serangan-serangan yang dilemparkan Lancer ke arahnya sambil melepaskan diri, malangnya dia tidak mampu mengalahkan Servant tersebut dan jatuh ke tingkat bawah tanah rumahnya. Shirō menerima ajalnya di tangan Lancer, namun sebelum Lancer sempat melontarkan serangan mautnya, seorang perempuan berpakaian biru dengan perisai alabaster muncul di hadapan mereka. Selepas Lancer dihalau perempuan itu, dia memperkenalkan dirinya kepada Shirō sebagai Saber, dan menegurnya dengan kata-kata berikut:

Patik memohon, adakah tuan 'Master' saya?

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah watak-watak utama, sokongan dan kecil dalam siri Fate/stay night. Hampir setiap daripada watak utama siri ini mempunyai kebolehan atau keupayaan istimewa yang tersendiri.

Shirō Emiya dan Saber
Shirō Emiya (Jepun: 衛宮 士郎, Hepburn: Emiya Shirō)
Shirō merupakan protagonis dan watak utama kisah Fate/stay night. Sebagai seorang remaja, Shirō suka mambantu, bersifat amanah dan rajin berkerja. Apabila dia mempunyai masa untuk diluangkan, dia gemar membaiki benda-benda rosak, memasak dan membersihkan persekitaran. Walaupun kurang menerima galakkan ayah angkatnya untuk meningkatkan prestasi diri, Shirō masih mempunyai bakat dalam hal-ehwal sihir dan mampu melakukan satu atau dua sihir asas. Dari permulaan perang Holy Grail, Shirō telah cuba untuk melindungi orang lain dan membahayakan dirinya sendiri, termasuklah daripada Servant yang diserunya, Saber.
Saber (Jepun: セイバー, Hepburn: Seibā)
Saber merupakan Servant yang diseru Shirō dalam episod 2. Tanpa disedari Masternya, Saber sebenarnya merupakan pahlawan yang tangkas, kuat, setia dan berdikari. Saber sering memendamkan emosi dan perasaannya daripada orang lain (termasuk Masternya) untuk menumpukan perhatian kepada objektifnya. Kelas Saber dianggap yang "Paling Cemerlang" dan mempunyai penarafan yang tidak boleh ditandingi Servant lain dalam setiap kategori. Shirō yang tidak mampu menggantikan Mana Saber telah memaksa Servantnya untuk berhati-hati menggunakannya. Saber berasa kesal atas perlakuan Shirō yang selalu sahaja ingin melindungi dirinya dan melarangnya untuk bertarung, dan dia percaya bahawa kelakuannya itu akan menggagalkan peluang mereka untuk memenangi perang Holy Grail itu.


Rin Tōsaka dan Archer
Rin Tōsaka (Jepun: 遠坂 凛, Hepburn: Tōsaka Rin)
Rin Tōsaka merupakan pelajar di sekolah Shirō yang model dan idola murid-murid di situ. Secara rahsianya dia telah mengamalkan seni sihir dan telah menyeru seorang Servant untuk mengambil bahagian dalam peperangan Holy Grail. Seorang profesional dalam bidang sihir, Rin tidak mempelajari seni sihir secara formal meskipun berketurunan ahli sihir. Ayahnya terbunuh dalam peperangan Holy Grail yang keempat. Sejak kejadian itu Rin telah berkerja keras untuk menggantikan ayahnya. Rin bersifat cekap, pintar dan penuh hasrat kompetitif. Rin telah bertekad ingin menyeru Saber, namun akibat kecuaiannya dia telah menyeru Archer. Dari awal siri ini, Rin kurang suka akan Archer, namun mereka lebih berkerjasama selang beberapa episod.
Archer (Jepun: アーチャー, Hepburn: Āchā)
Seorang Servant kepada Rin Tōsaka, Archer gemar bersikap sinis di hadapan Masternya, namun dia sebenarnya mempunyai sejarah yang gelap yang penuh komplikasi. Akibat seruan yang kurang lengkap, Archer kehilangan memori tentang diri dan kehidupannya sebelum diseru. Kelasnya iaitu Archer tidak melarang dirinya daripada menggunakan pedang kembar yang sering digunakannya dalam pertarungan. Archer kurang menyukai idealisme Shirō untuk "menyelamatkan semua orang" dan menganggapnya sebagai suatu kepercayaan yang lemah dan penuh fantasi, dan sukar dan hampir mustahil untuk dilakukannya.
Illyasviel von Einzbern dan Berserker
Illyasviel von Einzbern (Jepun: イリヤスフィール・フォン・アインツベルン, Hepburn: Iriyasufīru fon Aintsuberun)
Seorang bangsawan Teutonik, dia telah mengembara ke Jepun untuk mengambil bahagian dalam peperangan Holy Grail sebagai seorang Master. Illyasviel mempunyai rupa yang sungguh suci dan comel, namun masih mempunyai tahap kuasa magik yang tinggi. Dia tinggal bersama-sama Servantnya dan dua orang gajinya di sebuah istana di luar kawasan Fuyuki City. Illyasviel menyuruh mereka yang mengenalinya untuk memanggilnya hanya sebagai "Ilya".
Berserker (Jepun: バーサーカー, Hepburn: Bāsākā)
Seorang gergasi yang juga merupakan Servant Illyasviel. Dengan kulitnya sekuat besi dan ototnya yang cukup kasar, Berserker menggunakan sejenis kapak besar sebagai senjatanya, membolehkanny melakukan kemusnahan maksimum dengan satu hayunan pedangnya sahaja. Sebagai seorang Servant, Berserker telah hilang siuman dan bersikap ganas dan berupa binatang. Kelas "Berserker" dipercayai mempunyai pahlawan yang paling hebat dari segi kekuatan, meskipun mereka selalu belot terhadap Master mereka dan sukar untuk dikawal. Namun begitu, Ilya tidak mempunyai sebarang masalah mengawal Berserkernya.
Sakura Matō (Jepun: 間桐 桜, Hepburn: Matō Sakura)
Seorang pelajar sekolah menengah tahun satu, Sakura merupakan adik kepada Shinji Matō. Selepas kematian ayah Shirō, Sakura sering menziarahi Shirō di rumahnya untuk membantu mengemas rumah, memasak dan kerja-kerja harian Shirō yang lain. Meskipun Shinji berasal daripada keturunan ahli sihir, dia menyatakan bahawa adiknya tidak mempunyais sebarang pengetahuan tentang magik atau keturunan asal mereka. Sakura bersifat pemalu dan segan, namun cekal di hati. Selain kejujurannya menolong Shirō, Sakura sebenarnya menyukainya dari awal kisah ini.
Shinji Matō dan Rider
Shinji Matō (Jepun: 間桐 慎二, Hepburn: Matō Shinji)
Abang kepada Sakura Matō dan rakan lama Shirō, Shinji memegang jawatan sebagai naib presiden dalam dojo kelab memanah dan merupakan pelajar yang popular di sekolahnya. Sepert Rin Tōsaka, Shinji berasal daripada keturunan ahli sihir, namun keluarga Matō kekurangan ajaran sihir dari generasi yang sebelumnya. Shinji kurang menyukai sikap adiknya yang selalu menziarahi rumah Shirō dan secara terbukanya mengaku menyukai Rin, walaupun tidak dilayan perempuan yang diminatinya itu.
Rider (Jepun: ライダー, Hepburn: Raidā)
Rider merupakan Servant Shinji. Dia bersifat senyap, lengai tetapi cukup berwaspada akan persekitarannya daripada musuh. Disebabkan Masternya yang tidak mempu menyumbangkan Mana untuk kegunaannya dalam pertarungan, Rider dipaksa mencari jalan alternatif untuk menggantikan Mana yang digunakan, termasuklah menyerap roh-roh tenaga manusia. Senjata kegemarannya ialah sejenis rantai yang terdiri daripada beberapa paku-paku besi panjang yang dilekatkan di kedua-dua bahagian akhir rantai tersebut yang digunakannya untuk serangan jarak jauh.

Media[sunting | sunting sumber]

Populariti novel visual Fate/stay night adalah lebih daripada sekadar permainan video sahaja; antara perkembangan media judul ini termasuklah siri anime, juga sebuah siri manga yang ditaja secara rasmi. Beberapa dōjin, termasuklah sebuah permainan video ciptaan peminat-peminat (digelar Fatal/Fake) telah menjadi terkemuka di kalangan peminat. Secara tidak langsung ini telah menggalakkan perkembangan manga amatur, iaitu sebuah dedikasi kepada watak-watak atau tema-tema dalam Fate/stay night.

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Kulit hadapan kepada versi PS2, berjudul Fate/stay night Realta Nua

Francais permainan komputer Fate/stay night bermula sebagai sebuah genre novel visual ciptaan Type-Moon yang berlangsung di Jepun pada 30 Januari 2004.[2]Judul ini merupakan projek komersil Type-Moon yang pertama. Sebuah versi umum Fate/stay night, berjudul Fate/stay night Realta Nua telah dikeluarkan untuk PlayStation 2 dan PlayStation Portable[3] pada 19 April 2007.[4]

Pada 28 Oktober 2005, Type-Moon telah mengeluarkan sebuah permainan video yang menyambung kisah Fate/stay night, berjudul Fate/hollow ataraxia.[5]Dianggap lebih sebagai edisi peminat dan sebuah plot sokongan berbanding sebagai sambungan sebenar, ceritanya mengambil masa lebih kurang enam bulan selepas kejadian dalam Fate/stay night dan mempamerkan watak-watak baru seperti Avenger, Bazett Fraga McRemitz, dan Caren Ortensia berserta watak-watak lama seperti Shirō Emiya and Rin Tōsaka.[6]

Di pertunjukkan AOU di Jepun pada tahun 2008, Capcom dengab kerjasama Cavia dan Eighting yelah memperkenal sebuah judul berlawan dalam francais ini yang berjudul Fate: Unlimited Codes.

Novel ringan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2006, Type-Moon telah mengumumkan judul baru dalam francais Fate/stay night, berjudul Fate/Zero. Fate/Zero adalah sebuah imbasan kembali kepada kejadian dalam judul Fate/stay night, menceritakan kembali kejadian yang berlaku semasa perang Holy Grail keempat dan bagaimana perang itu memberi kesan terhadap perang seterusnya. Berlawanan dengan Fate/stay night, Fate/Zero adalah sebuah siri novel ringan berbanding novel visual, dan akan diceritakan dalam pihak ketiga yang mengikuti kisah beberapa watak. Jilid pertama telah dikeluarkan pada 12 Disember 2006 dan merupakan sebuah kerjasama di antara Type-Moon dan penerbit Nitroplus.[7] Jilid kedua dikeluarkan pada 31 Mac, 2007. Jilid ketiga dikeluarkan pada 27 Julai 2007. Jilid keempat dan yang terakhir dikeluarkan pada 29 Disember 2007, bersama-sama Fate/Zero Original Image Soundtrack "Return to Zero".

Manga[sunting | sunting sumber]

Manga siri Fate/stay night (ilustrasi oleh Nishiwaki Datto) mula disirkan dalam majalah manga Shōnen Ace, dicetak oleh Kadokawa Shoten pada 26 Disember 2005. Manganya adalah adaptasi novel visual Fate/stay night yang asal dan bukan siri animenya. Bertentangan dengan siri animenya, siri manga judul ini menumpukan lebih perhatian terhadap senario Unlimited Blade Works dan tidak mengambil sebarang elemen daripada kisah yang lain, seperti Fate/hollow ataraxia or Fate/Zero. Pada waktu ini, enam buah jilid berkumpul telah dikeluarkan.

Anime[sunting | sunting sumber]


Siri anime Fate/stay night mula disiarkan dari 6 Januari 2006 hingga 16 Jun 2006, terdiri daripada 24 episod secara keseluruhannya. Studio animasi yang bertanggungjawab terhadap siri ini adalh Studio Deen dan dihasilkan oleh Fate Project, yang terdiri daripada Geneon Entertainment, TBS, CREi, Type-Moon dan Frontier Works Inc. Siri ini kemudiannya disiarkan Animax dalam tahun 2007, dan kemudian dialihkan untuk siaran di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia, dari bulan Jun 2007, termasuklah rangkaiannya di negara-negara lain seperti Korea Selatan, Hong Kong dan kawasan-kawasan lain.[8] Geneon juga telah melesenkan siri ini untuk pengedaran seberang Amerika Utara; setelah Geneon USA ditutup pada tahun 2007, lesen pihak Amerika Utara kepada siri anime Fate/stay night, termasuklah beberapa judul Geneon yang lain dialihkan kepada Funimation Entertainment pada tahun 2008.[9] Siri ini merupakan adaptasi novel visual Fate/stay night, mempamerkan kandungan daripada setiap senario dalam keluaran permainan videonya yang asal. Plot animenya meminjam kejadian-kejadian dalam senario Fate, termasuk juga beberapa kejadian dalam senario Unlimited Blade Works, manakala hanya sedikit elemen sahaja yang dipinjam daripada senario Heaven's Feel. Elemen-elemen daripada Fate/hollow ataraxia yang tidak memberi kesan terhadap plot siri itu secara langsung juga dipinjam, namun terhad. Kenji Kawai adalah penggubah lagu bagi muzik asal siri ini, juga mencampurkan tiga tema simfoni daripada novel visual Fate/stay night untuk kegunaan siri anime judul ini, iaitu "Yakusoku Sareta Shouri No Tsurugi", "Emiya", dan "This Illusion" (diubah tajuknya sebagai "disillusion" dalam siri anime).

Muzik[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah soundtrack tersusun daripada muzik permainan video Fate/stay night, berjudul Avalon - Fate/Stay Night. Susunan dilakukan oleh WAVE dan K. JUNO serta mempamerkan dua buah gubahan versi Bahasa Inggeris kepada lagu This Illusion yang diubah sebagai Illusion/vision dan Illusion/Fate. Soundtrack asli siri animenya disusun dan digubah oleh Kenji Kawai.

Lagu-lagu tema permainan video
Tajuk Susunan dan Gubahan Lirik Artis Jenis
"THIS ILLUSION" NUMBER201 Haga Keita M.H. Tema pembuka
"days" NUMBER201 Haga Keita CHINO Tema penutup
"Ougon no Kagayaki" NUMBER201 Haga Keita MAKI Tema pembuka (Réalta Nua)
Lagu-lagu tema anime
Tajuk Gubahan Susunan Lirik Artis Tarikh Keluaran Single Jenis
"disillusion"
(episod 1-14)[10]
NUMBER201 Kenji Kawai Haga Keita Sachi Tainaka 22 Februari 2006 Tema pembuka
"Kirameku Namida wa Hoshi ni" (Jepun: きらめく涙は星に,
secara literal bermaksud Air Mata Bersinaran Berubah Menjadi Bintang)
(episod 15-23)[11]
KATE Sogawa Tomoji, NUMBER201 Haga Keita Sachi Tainaka 31 Mei 2006 Tema pembuka
"Anata ga Ita Mori" (Jepun: あなたがいた森,
secara literal bermaksud Hutan yang Pernah Didiami Olehmu)
(episod 1-13,15-23)[12]
Jyukai 15 Mac 2006 Tema penutup
"Hikari" (Jepun: ヒカリ, secara literal bermaksud Cahaya) (episod 14) Jyukai Tema penutup
"Kimi to no Ashita" (Jepun: 君との明日, secara literal bermaksud Esok Bersamamu) (episod 24)[13] Sachi Tainaka Kaneko Takahiro Sachi Tainaka Sachi Tainaka 7 Februari 2007 Tema penutup

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Fate/stay night telah menjadi salah satu judul dalam siri novel visual yang paling popular sejak dikeluarkan pada 30 Januari 2004, dan judul yang mendapat jumlah jualan yang tertinggi dalam tahun 2004. Sambungan kepada siri ini berfomat fan disk, berjudul Fate/hollow ataraxia, juga telah dikeluarkan pada 28 Oktober 2005 yang telah menjadi salah satu judul novel visual dengan jumlah jualan tertinggi dalam tahunnya. Akibat populariti novel visualnya, kerjasama di antara Geneon Japan dan Studio Deen telah mencipta "Fate Porject", yang terdiri daripada 24 episod anime berdasarkan cerita asalnya dalam tahun 2006. Dalam tahun yang sama, sebuah permainan video untuk PlayStation 2 berjudul Fate/stay night Realta Nua telah dijadualkan untuk keluaran pada tahun tersebut, tetapi ditangguhkan ke tahun berikutnya, 2007. Sebuah lagi permainan video novel visual berjudul Fate/Zero dihasilkan melalui kerjasama sebuah syarikat novel visual iaitu Notroplus. Pada awal tahun 2007, populariti Fate/stay night dan seiyu anime siri itu telah menghasilkan Fate/stay tune, sebuah drama radio internet, dengan latar suara daripada Kana Ueda and Ayako Kawasumi. Tiada penterjemahan rasmi yang dibuat untuk novel visual siri ini, namun beberapa golongan peminat telah menterjemahkan seluruh bahagian permainan videonya ke bahasa Inggeris.

Buat Semula[sunting | sunting sumber]

Pada 29 April 2021, kempen Change.org untuk membuat semula Fate/stay night, bertajuk Fate/Stay Night, Fate Route Remake oleh Ufotable telah dilancarkan. Pada masa ini petisyen itu mempunyai 1,790 tandatangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bahagian Penterjemahan Inggeris ke Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-08. Dicapai pada 2007-07-08.
  2. ^ "Laman rasmi maklumat produk Type-Moon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-28. Dicapai pada 2007-07-16.
  3. ^ Laman rasmi Fate/stay night Realta Nua edisi tambahan の特典として付属
  4. ^ Laman rasmi Fate/stay night Realta Nua oleh Type-Moon
  5. ^ "Laman rasmi Fate/hollow ataraxia Type-Moon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-19. Dicapai pada 2007-07-16.
  6. ^ "laman rasmi Fate/hollow ataraxia oleh Type-Moon" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-19. Dicapai pada 2007-07-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Laman rasmi Fate/Zero Type-Moon
  8. ^ Jadual siaran di laman Animax East Asia
  9. ^ "FUNimation Entertainment dan Geneon Entertainment Menandatangani Perjanjian Hak Pengedaran untuk Kawasan Amerika Utara". Funimation Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-07. Dicapai pada 2008-07-11.
  10. ^ "Halaman produk single kepada disillusion di Amazon.co.jp" (dalam bahasa Bahasa Jepun).CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Halaman produk single kepada "Kirameku Namida wa Hoshi ni" di Amazon.co.jp" (dalam bahasa Bahasa Jepun).CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Halaman produk single kepada "Anata ga Ita Mori" di Amazon.co.jp" (dalam bahasa Bahasa Jepun).CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Halaman produk single kepada "Kimi to no Ashita" di Amazon.co.jp" (dalam bahasa Bahasa Jepun).CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]