Fathul Bari Mat Jahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fathul Bahri Mat Jahaya)
Lompat ke: pandu arah, cari
Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.jpg
Kelahiran Fathul Bari bin Mat Jahya
4 November 1980 (33 tahun)
Kepala Batas, Kedah, Malaysia
Warganegara Malaysia
Etnik Melayu
Pendidikan B.A. (2004), M.A. (2006), Ph.D. (2013)
Pusat pendidikan Universiti Islam Madinah (B.A)
Universiti Yarmouk, Jordan (M.A)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ph.D.)
Pekerjaan Exco Pemuda UMNO
Agama Islam
Ibu bapa Mat Jahya Hussin

Dr. Fathul Bari Mat Jahya ialah seorang pendakwah Islam[1] dan Exco Pemuda UMNO yang aktif mengajar di majlis-majlis pengajian ilmu di dalam dan luar negara. Beliau lahir di Kepala Batas, Kedah pada 4 November 1980.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (1993-1995)
  • Maahad Tahfidz al-Qur'an, Negeri Terengganu (1996-1999)
  • Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)
  • Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)
Guru-guru di Kota Madinah

Ketika menuntut di Madinah, beliau berguru dengan banyak ulama' Ahlus Sunnah yang terkemuka pada zaman ini. Antaranya adalah Muhaddis (pakar hadis) Kota Madinah iaitu Syeikh Abdul Muhsin bin Hammad al-'Abbad. Syeikh Abdul Muhsin merupakan antara ulama' hadis agung setelah Syeikh al-Albani. Selain itu beliau juga berguru kepada Syaikh Professor Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan Syaikh Dr. Abdullah Al Bukhari.

Guru-guru di Jordan

Semasa berada di Jordan beliau sempat bermulazamah (melazimi) dan bertalaqqi bersama beberapa masyaikh yang pernah berguru langsung dengan Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah, seorang pakar hadis terulung abad ini. Antara guru beliau termasuklah Syaikh Ali Hasan al-Halabi, Syaikh Abu Usamah Salim bin Eid al-Hilaly as-Salafy al-Atsary, Shaikh Muhammad Musa Nasr dalam bidang hadis, Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan bin Mahmud bin Salman dalam bidang fiqh. Malah beliau juga telah mendalami kitab tafsir al-Kashshaf (الكشاف) yang ditulis oleh az-Zamakhsyari, seorang ilmuan atau 'aalim firqah Mu'tazilah. Hal ini dilakukan setelah beliau mendapat kebenaran daripada guru-guru beliau.

Portfolio[sunting | sunting sumber]

Pernah mengisi jawatan Penasihat Agama di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU).[2]

Selain dijemput menyampaikan syarahan da membentangkan kertas kerja beliau juga merupakan salah seorang moderator rancangan televisyen Hello Malaysia, Bernama TV.

Beliau beberapa kali dijemput menyampaikan syarahan di luar negara seperti Brunei, Indonesia, Qatar dan Australia.

Selain itu beliau juga telibat sebagai salah seorang Sukarelawan dan Perunding Korporat bagi Pusat Perunding YaPEIM (PPY).

Seminar/ Kembara Ilmu[sunting | sunting sumber]

Dalam Negara

  1. Wacana Perdana : PRU 13 Masa Depan Islam, Kelantan (2012)
  2. Seminar Gerakan Terorisma, Takfir & Jihad, Memorial Tun Hussein On, Kuala Lumpur (2011)
  3. Dauroh Kutub Sittah (kitab hadis yang enam), Perlis (2010)
  4. Jalinkan Hubungan Leraikan Pertelingkahan, Seminar Siapakah Ahlu Al-Sunnah wa Al-Jamaah (ASWJ)… Antara Gelaran dan Realiti, Perlis (2009)

Luar Negara

  1. Syarahan "Prinsip Akidah Ahlus Sunnah & Kekeluargaan Islam" di Darul Iffah, Brunei Darussalam (Oktober 2012)[1]
  2. Siri Jelajah Australia (Jun 2012)
  3. Siri Jelajah Qatar & Oman, Memahami Al-Manhaj Al-Islami Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah (Mac 2012)
  4. Dauroh Islam Ilmiyyah, Auditorium Hang Islamic Centre Batam (Dis 2011)

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Selain menyampaikan syarahan, beliau juga aktif menulis. Kolum beliau boleh dibaca pada setiap Ahad akhbar Sinar Harian (an-Nasihah) dan Harian Metro (Minda) edisi hari Jumaat. Himpunan tulisan beliau boleh dibaca melalui blog peribadi beliau [3] dan laman web rasmi iLMU. [4]

Kenyataan dalam media arus perdana[sunting | sunting sumber]

Dr. Fathul Bari adalah sangat kritis dalam mengulas isu Ulama 'dalam parti pemerintah UMNO. Dia juga berkata bahawa ulama 'tidak perlu jawatan untuk bersuara kerana mereka menegakkan kebenaran dan hendaklah bertindak di atas prinsip agama. [5].

Dr. Fathul Bari juga membidas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menghasut bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Beliau juga menyatakan bahawa Lim Guan Eng tidak perlu mengambil isu ini sebagai senjata politik kerana ia akan mengganggu keseluruhan majoriti Islam di negara ini.[6]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]