Fatimah Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Datuk Hajah

Fatimah Abdul Majid

PJN, AMN, PPM
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Semerah, Batu Pahat, Johor
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehShariffah Dora Syed Mohammed
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Pahat Dalam
Dalam jawatan
1971–1974
Didahului olehSyed Esa Alwee
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Johore Bahru Timor
Dalam jawatan
1964–1969
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Plentong
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehMohamad Noah Omar
Digantikan olehHasnah Ahmad
Butiran peribadi
Lahir1919
Muar, Johor
Meninggal dunia12 April 2013(2013-04-12) (umur 94)
Institut Jantung Negara
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Parti politik UMNO
PasanganDato' Sheikh Abu Bakar
Anak-anak8

Datuk Hajah Fatimah Haji Abdul Majid merupakan salah seorang pengasas penubuhan dan perjuangan UMNO sejak 1946 lagi. Beliau dan ahli-ahli yang lain mengadakan kempen siang dan malam di kawasan pedalaman dengan menaiki basikal, perahu dan berjalan kaki berjumpa rakyat untuk mencari sokongan dan pengaruh.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 beliau menang dan terpilih sebagai wanita pertama menjadi Ahli Dewan Negeri Johor. Pilihan raya umum Malaysia 1964 beliau menang dan menjadi wanita pertama dari kawasan Parlimen di negeri Johor terpilih menjadi Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Seterusnya beliau menang sehingga pilihan raya umum Malaysia 1974.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Beliau mengasas dan menubuhkan pasukan tentera Wataniah Wanita pada tahun 1964. Ketika itu Negara sedang berhadapan senario getir berikutan konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Beliau membangkitkan isu harta sepencarian yang telah banyak membantu wanita-wanita Islam apabila berlaku perceraian rumahtangga sehingga hari ini.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sebuah biografi bertajuk 'Fatimah - Gadis Desa Serikandi Bangsa' ditulis oleh Fauziah Fadzil. Dalam rancangan bual-bicara 'Apa Kata Wanita' kendalian Datin Zamzarina Zambri menemubual Datuk Fatimah Abdul Majid (90 tahun) di TV1, jam 10 pagi, 30 Ogos 2009. Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 27 November 2008 beliau dianugerah Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 12 April 2013 di Institut Jantung Negara (IJN) kerana sakit tua. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]