Fatimah Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fatimah Hashim
Fatimah Hashim

Tarikh lahir 25 Disember 1924
Tempat lahir Muar, Johor
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Pasangan Tan Sri Abdul Kadir Yusof
Anak 6 orang: Datin Mariam, Mohamed Shah, Datuk Prof Dr Khalid, Datuk Ali, Abdul Karim dan Faridah.
Agama Islam

Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim (lahir 25 Disember 1924- 9 Januari 2010) ialah Menteri Kebajikan Am Malaysia antara 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973 serta wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

Suaminya Tan Sri Abdul Kadir Yusuf pernah menjadi Peguam Negara dan Menteri Kehakiman.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Fatimah Hashim mempunyai 6 orang anak, 19 cucu dan 11 orang cicit. Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir, adakah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan kini telah bersara. Anak kedua, Mohamed Shah Abdul Kadir, kini telah bersara sebagai Pengerusi McDonald Malaysia dan pengasas Kelab Amal Ronald McDonald (RMCC) Malaysia. Anak ketiga beliau, Dato 'Profesor Emeritus Dr Khalid Abdul Kadir adalah bekas pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia , Kuala Lumpur dan dan kini Ketua Sekolah Klinikal di Universiti Monash Malaysia . Anak lelaki keempat Datuk Anak Ali Abdul Kadir adalah akauntan ulung dan pernah menjadi pengerusi Ernst & Young Malaysia serta pengerusi Suruhanjaya Sekuriti , dan baru-baru ini bersara sebagai Pengerusi Dubai Investment Group bahagian Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Parit Kurma, Muar, Johor, Fatimah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar, kerana ketika itu belum ada sekolah untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan seorang guru Sekolah Convent Johor Bahru.

Tun Fatimah mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja kebajikan sejak di bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Sekolah Melayu Perempuan Mersing , Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi guru.

Politik[sunting | sunting sumber]

Fatimah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan Bendahari, serta kemudiannya Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru. Pergerakan Kaum Ibu UMNO kini dikenali dengan nama Wanita UMNO

Pada tahun 1956, setelah mengikut suaminya Abdul Kadir Yusuf (Tan Sri) bertugas dalam perkhidmatan kerajaan ke Perak. Tun Fatimah telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan dalam masa yang sama, memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh. Dalam tahun itu juga (11 September 1956 - 1972), beliau telah dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya, menggantikan tempat Khadijah Sidek. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, beliau secara automatik menjadi Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia dan menduduki kerusi di Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahli Jawatankuasa Kewangan UMNO dan Ahli Jawatankuasa Politik. Semasa memimpin Pergerakan Kaum Ibu UMNO, beliau berjaya membawa wanita-wanita muda melibatkan diri dalam bidang politik dan sekaligus menyertai UMNO.

Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Khir Johari,Sardon Jubir dan Tunku Abdul Rahman. Ketika sambutan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957, beliau dan suaminya menginap di rumah Sardon Jubir sebelum berangkat ke Stadium Merdeka.

Pada tahun 1959, Fatimah sekali lagi berpindah mengikut suaminya ke Kedah. Di sana, pada tahun yang sama, beliau telah dipilih menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap. Kemenangannya pada tahun itu diulangi sebanyak dua kali lagi menjadikan beliau ahli Parlimen bagi kawasan tersebut tiga kali berturut-turut.

Pada 20 Mei 1969, Fatimah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am, wanita Malaysia pertama menjawat jawatan menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga bersara pada bulan Februari 1973. Sebagai Menteri Kebajikan Am, beliau membuat banyak lawatan ke negara-negara berjiran.

Pada Jun 1969, selaku Menteri Kebajikan , beliau dilapor memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung Chubadak/Kampung Chempedak, Sentul yang menjadi mangsa Peristiwa 13 Mei . Lebih 1000 orang menerima bantuan makanan, pakaian dan pelbagai peralatan lain.[2]

Pada 7 Julai 1972, beliau (48 tahun) mengumumkan mahu meletak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai ahli parlimen Jitra/Padang Terap. Perkara itu diberitahu kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak selepas pembentangan bajet . Beliau ditewaskan sebagai Ketua Wanita UMNO oleh Senator Aishah Ghani dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Jun 1972. Beliau menjadi Ketua Wanita UMNO selama 15 tahun (1956-1972).[3]

Selaku pemimpin wanita Melayu pertama menjadi Menteri, Fatimah sering kali diundang memberi ucapan dan ceramah dalam seminar-seminar, forum dan persidangan-persidangan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan, baik di dalam negara mahupun di luar. Antara mesyuarat dan persidangan yang pernah dihadirinya ialah Perjumpaan Wanita Antarabangsa di Tehran pada tahun 1965.

Beliau juga merupakan tokoh dan juga pengasas Hari Wanita di Malaysia yang disambut pada 25 Ogos setiap tahun, satu perayaan yang kekal disambut sehingga sekarang.

Kegiatan sosial[sunting | sunting sumber]

Selain daripada bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial, terutamnya dalam pertubuhan wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama beberapa orang pemimpin wanita lain, beliau memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos, satu perayaan yang masih disambut pada hari ini. Selepas pelancaran Hari Wanita, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (National Council of Women’s Organisations, NCWO) ditubuhkan. NCWO merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita yang bertujuan, antara lain, untuk dijadikan urusetia perayaan Hari Wanita di samping menangani persoalan-persoalan wanita semasa. Sebagai Presiden NCWO, Fatimah telah mengikuti beberapa persidangan wanita antarabangsa. Fatimah dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal pertama (1962-1965), dan menerajui NCWO selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989.

Fatimah juga pernah menjadi:

Pada tahun 1995, Universiti Teknologi Malaysia melantik Fatimah sebagai Pro-canselor.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Buku biografi beliau '__' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Mahathir menyifatkan buku itu tentang perjuangan menuntut kemerdekaan dan berguna kepada generasi muda .

Tun Fatimah meninggal dunia pada 9 Januari 2010, jam 11.35 malam dalam usia 85 tahun kerana sakit tua. Jenazah dikebumikan di Masjid Negara di sebelah pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf iaitu bekas Peguam Negara Malaysia dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.[4] Beliau adalah wanita pertama yang dikebumikan di Makam Pahlawan.

Majlis Peringatan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Januari 2010, majlis peringatan jasa beliau diadakan di Hotel PJ Hilton di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) , Tan Sri Prof. Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan dan anak keduanya Mohamed Shah Abdul Kadir, 63. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Burning spirit in Fatimah
  2. [The Straits Times, 6 Jun 1969, Mukasurat 7; Tan Sri Fatimah memberikan bungkusan makanan untuk keluarga India yang dilanda oleh rusuhan]
  3. [The Straits Times, 7 Julai 1972, Mukasurat 6 ; Tan Sri Fatimah umum berhenti jawatan Menteri Kebajikan]
  4. Tun Fatimah Hashim Meninggal Dunia
  5. Tun Fatimah Pejuang Wanita Sejati