Fatimah Tunku Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tunku Dato’ Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman lahir 20 Januari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Pilah dan Sekolah Inggeris Tuanku Mohammad, Kuala Pilah. 1943 beliau berkahwin dengan Tunku Mohamad Jamil Bin Tunku Besar Burhanuddin.

Khidmat sukarela[sunting | sunting sumber]

Antaranya beliau terlibat dalam :

  1. Ahli Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1953)
  2. Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1956 - 1958)
  3. Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Jelebu (1959)
  4. Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Jelebu
  5. Ahli Lembaga Pengurus Government English School (S.R.U. sekarang) Daerah Jelebu
  6. Menubuhkan Perkumpulan Perempuan (W.I.) Gedung Lalang (1964) o Pengerusi Perayaan Hari Pahlawan Negeri Sembilan (1968)
  7. Naib Pengerusi Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan (1970)
  8. Pengerusi F.O.S.A.H. (Friends of the Sick and Hospital) (1970)
  9. Ahli Lembaga Rumah Orang-Orang Tua dan Penasihat Kanak-Kanak Daerah Seremban (1970 – 1973)
  10. Ahli Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (1981 – 1988)
  11. Ahli Jawatankuasa Kanak-Kanak Cacat Daerah Seremban (1974 – 1988).
  12. Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sembilan (2000)

Pada tahun 1999, beliau berjaya mengadakan Charity Golf dan mengutip RM300,000 untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan menganugerahkan Pingat D.P.T.J., D.S.N., P.P.T., P.M.C. dan P.J.K. atas jasa-jasa beliau.Pingat A.M.N oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong . Tahun 1988 dianugerah “Tokoh Wanita” sempena perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-10-14.