Fauzi Shaari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Haji Fauzi Shaari (25 September 1950 – 1 Disember 2013) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2005). Beliau pernah menjadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor (2003). [1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada tahun 1950. Bapanya Shaari Musa dikatakan turut terlibat menubuhkan Persatuan Ulama Malaya pada 23 Ogos 1951 bersama Ustaz Ahmad Fuad Hassan dll.

Fauzi Shaari menyertai PDRM pada 30 April 1975 . Ketika itu , berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Sekolah Staf Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko ABRI) serta Diploma Sains Kepolisan.[2]


Kerjaya sebagai polis[sunting | sunting sumber]

Tindakan beliau sebagai Ketua Polis Dang Wangi membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur mendapat bantahan kerana boleh menjejaskan aktiviti pelancongan. Ketika itu banyak aktiviti maksiat di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ketika itu ialah Dato' Ku Chin Wah.

Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Daripada 90,000 jumlah keseluruhan anggota dalam PDRM, anggota JSJ dianggarkan 7,866 orang atau 8.7 peratus sahaja. Ketua Polis Balai Sea Park, Petaling Jaya, Cif Inspektor Hazri Mohamad ditukarkan serta-merta hari ini ekoran kegagalannya mengambil tindakan terhadap premis mesin judi haram yang beroperasi kira-kira 100 meter dari balai tersebut.[3]


Sebagai Ketua Polis Selangor pada 2005, beliau mengingatkan bahawa jenayah di Selangor adalah yang tertinggi sekali . Penduduk Selangor seramai 5.4 juta tapi dikawal oleh 7,600 anggota sahaja. Sebanyak lapan buah balai polis yang selama ini diletakkan di bawah IPD Petaling Jaya kini dipisahkan dan berada di bawah satu pentadbiran sendiri yang dikenali sebagai IPD Subang Jaya. Balai polis yang terlibat ialah Balai Polis Subang Jaya, Puchong Jaya, Seri Kembangan, Serdang, USJ 8, Sunway, Bukit Puchong dan Putra Heights.


Pada 2006, terdapat 404 orang ahli kongsi gelap membabitkan keturunan Cina dan 254 orang ahli dari keturunan India terutama di Klang dan Kapar.`Dalam tempoh dua bulan,polis Selangor akan berusaha membersihkan Klang dari kegiatan gengsterisme dan kongsi gelap. Daerah seterusnya ialah Petaling Jaya dan Kajang.[4]


Polis Bukit Aman menangkap semula jutawan `bawah tanah' Koo Tee Yam yang dipercayai memiliki aset bernilai RM1 bilion .Lelaki itu ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 walaupun dia telah dibebaskan oleh mahkamah pada 19 Oktober 2005. PDRM menahan semula Tee Yam sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar dari Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya selepas permohonan habeas corpus tertuduh didengar.Tee Yam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 telah dibawa ke Bukit Aman, Kuala Lumpur.[5]

Pada 6 April 2005, perbicaraan satu kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertukar kecoh apabila 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti kes itu hilang. Pil eramin disedari hilang pada hari kedua perbicaraan apabila seorang pegawai Jabatan Kimia, Zurina Ramli diarah membuka satu daripada tiga kotak mengandungi bahan bukti berkenaan.Pil tersebut disimpan dalam tiga kotak yang dimeterai dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.Menurut Fauzi Shaari , setakat ini belum terdapat sebarang tangkapan. [6]

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara sejak 25 September 2006. Beliau menikmati wang pencen termasuk beberapa perniagaan keluarga yang boleh memberikan pendapatan bulanan kepadanya tidak cukup menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. [7]

Menyertai PAS[sunting | sunting sumber]

Fauzi Shaari bertindak menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Lumut, Perak pada 20 Mei 2012. Beliau turut menjadi penceramah dalam satu majlis PAS di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut ,Perak. Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain .

Tindakannya dianggap bertentangan dengan kenyataan Tun Mohamed Hanif Omar yang menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'. Sementara penganjur Perhimpunan Bersih 2012 ada anasir subversif komunis. Ada usaha-usaha mahu menggugurkan istilah 'Islam' dari parti PAS.[8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Fauzi Shaari menerima anugerah 'Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)' daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail di Istana Negara. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan turut menerima anugerah yang sama.[9]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2013,Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang, Selangor. Mohd Fauzi berusia 63 tahun. Jenazah dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan Songkok 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Isterinya Datin Fauziah Ngah Nordin dan mereka mempunyai empat anak lelaki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia
  2. ^ Jenayah: Selangor kekal nombor satu
  3. ^ Premis judi: Ketua polis balai Sea Park ditukar serta-merta
  4. ^ Selangor beri tumpuan hapuskan gengsterisme
  5. ^ Jutawan ditahan untuk lindungi saksi
  6. ^ Pil hilang: 20 saksi dipanggil
  7. ^ "Datuk Fauzi ingin menyumbang dalam Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2012-05-21.
  8. ^ Ceramah Pertama Datuk Hj Fauzi Shaari di Ulu Sepetang, Batu Kurau - 20.5.12 (video)
  9. ^ Timbalan Ketua Polis Negara ketuai penerima anugerah