Fauziah Gambus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fauziah Gambus
Album Ke-2 berjudul "Hanya Satu Fauziah Suhaili Puteri Gambus"
Kelahiran
Fauziah Binti Suhaili

(1988-11-06) 6 November 1988 (umur 35)
Kg Tengah, Bongawan, Papar, Sabah
Warganegara Malaysia
Nama lainFauziah Gambus, Fa, Jiah, FG
PendidikanDiploma Seni Muzik ASWARA
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
PekerjaanPenyanyi,Pemuzik,Penggubah Lirik&Lagu,Penerbit Album
Terkenal keranaMenyanyi, Bermain Gambus
Kampung asalSabah
Laman web rasmihttp://www.fauziahgambus.com

Fauziah Binti Suhaili yang lebih di kenali sebagai Fauziah Gambus. Beliau merupakan satu-satunya wanita berkebolehan bermain gambus sambil menyanyi di Sabah, Malaysia.

PROFIL[sunting | sunting sumber]

1. PROFIL FAUZIAH GAMBUS

- Nama Penuh : Fauziah Binti Suhaili
- Nama Komersial : Fauziah Gambus
- Nama panggilan : Fa, Jiah, FG,
- Pendidikan : Diploma Seni Muzik ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
- Karier : Penyanyi, Pemuzik (Gambus), Komposer, Penulis Lirik, Penerbit, Pengarah Syarikat FAUZIAH GAMBUS ENT.
- Tarikh Lahir : 6 November 1988
- Tempat Lahir : Kg Tengah, Bongawan, Papar, Sabah.
- Anak ke : 2 daripada 5 Beradik

- Mula Menyanyi sejak dari kecil lagi dan mula bermain Gambus sejak 2002.
- Album Sulung : Fauziah Gambus (2007)
- Album Single : Gilakan Kamu (2010)
- Album EP Raya : Cahaya Lebaran (2011)

- Album Kedua : Hanya Satu Fauziah Suhaili Puteri Gambus (2015)
- FACEBOOK : https://www.facebook.com/FauziahSuhaili?ref=tn_tnmn
- TWITTER  : https://twitter.com/FauziahGambus
- INSTAGRAM : http://instagram.com/fauziahgambus

TERBARU 2014[sunting | sunting sumber]



== PENCAPAIAN FAUZIAH ==
1. Johan Bintang Kecil 2000,Kota Kinabalu (Sabah).
2. Johan Bintang Karaoke 2003 di Membakut (Sabah).
3. Johan Pertandingan Karaoke 2004 di Beufort (Sabah).
4. Naib Johan Seni Suara 2005, Kota Kinabalu (Sabah).
5. Johan Pertandingan menyanyi sambil Bermain Gambus Peringkat Kampung Tengah di Pekan Bongawan.
6. Johan Pertandingan menyanyi sambil Bermain Gambus Peringkat Daerah Papar 2006.
7. Johan Pertandingan menyanyi sambil Bermain Gambus Peringkat Negeri Sabah 2006.
8. Johan Pemain Gambus Solo 2007 di Papar, Sabah.
9. Naib Johan Karnival Budaya 2006 di Papar, Sabah.
10. Tempat Ketiga Pertandingan Cipta Lagu Patriotik 2010, anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay (Kuala Lumpur).
11. Persembahan Terbaik Pertandingan Cipta Lagu Patriotik 2010, anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay (Kuala Lumpur).
12. Anugerah Belia Berjaya Pekan Bongawan, Sabah 2008 daripada YB.Datuk Karim Hj Bujang (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah).
13. Anugerah Selebriti Gambus 2009 daripada Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS).
14. Anugerah Bintang Kinabalu 2009 daripada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
15. Mewakili Malaysia dalam menjayakan persembahan-persembahan kebudayaan di London, Singapura, Jakarta, Riau, Doha, Brunei dan Beijing.
16. Terpilih Top 5 Anugerah Industri Muzik 2014 Kategori Pop Etnik Terbaik.


== PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI SENI DAN PERSEMBAHAN ==
1. Banyak menjayakan persembahan kumpulan gambus di majlis-majlis makan malam dan majlis perkahwinan di seluruh Sabah (sebagai penyanyi & pemain gambus) 2001-2005.
2. Pesta Gambus 2002-2009 anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.
3. Mengikuti program Karnival Budaya anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKS) di Kota Kinabalu, Menggatal, Tawau, Tenom, Sandakan dan Papar sebagai Artis Budaya, 2006.
4. Menghasilkan Album Pertama bertajuk ‘’Fauziah Gambus’’ 2007.
5. Mengikuti bengkel manifestasi muzik asli, anjuran Jabatan Kebudayaan Negeri Sabah 2007.
6. Tercatat dalam sejarah Malaysia apabila telah menjayakan sebuah persembahan Okestra Gambus sebagai Pemain Gambus Wanita Utama diiringi 60 orang pemain gambus lelaki dalam Pesta Sabah 2006.
7. Mewakili Brunei sempena Konsert Orkestra Kuala Lumpur, Song of Asia di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2007.
8. Mengikuti program Lawatan Pelajar Muzik ASWARA ke Singapura 2007.
9. Artis jemputan dalam persembahan Teater Tok Perak (memegang watak sebagai pemain gambus, penyanyi dan pencerita) 2008.
10. Persembahan Rumah Terbuka TV3 di Sri Pentas, 2008.
11. Mengadakan persembahan di hadapan Sultan Brunei di Kota Kinabalu, Sabah , 2009 sempena lawatan rasmi Baginda ke Negeri Sabah.
12. Artis Jemputan, Festival Tari Kebangsaan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2007.
13. Konsert Gambus 2009 di Central Market Kuala Lumpur.
14. Berlakon dan Menyanyi dalam Teater Bangsawan berjudul “ Haris Fadilah”, 2008.
15. Pesta Keamatan Sabah, Dataran Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah 2008.
16. Persembahan Makyong “Raja Bongsu Sakti” (berlakon dan menari), 2009.
17. Sabah Fest 2009, Kota Kinabalu, Sabah.
18. Jelajah Juara Festival Tari Kebangsaan 2009 di Negeri Sembilan dan Melaka.
19. Menjayakan rakaman Program Ketupat Rendang Kopi O, TV9 pada Oktober 2010.
20. Watak Utama dalam persembahan Teater Bangsawan : Puteri Maharani (watak Puteri Gambus dan Puteri Maharani), 2010.
21. Gambus Plus, UiTM Sabah, 2010
22. Konsert Pesta Penang 2010.
23. Rakaman program Hari Raya di RTM Seremban, Negeri Sembilan, 2010
24. Artis Jemputan Program Impian Satu Malaysia, RTM 2010.
25. Menjayakan persembahan penutup sebagai artis undangan Program Pertandingan Irama Satu Malaysia, 2010.
26. Artis undangan pelancaran KL Music Festival 2011.
27. Program Bakat iSabah, RTM 2011
28. Persembahan pelancaran program khas di Muzium Marin, Sabah 2011.
29. Menjayakan program secara langsung i-Muzik Bersama Fauziah Gambus, RTM, Mei 2011.
30. Pelancaran dan Artis Jemputan Festival Antarabangsa Muzik, Seni dan Gaya 2011 (MASIF 2011) di KLCC.
31. Majlis Ulangtahun UMNO ke 65 PWTC sebagai artis jemputan.
32. Artis Undangan Malaysia dalam Festival Bokor Riveira 2011 Riau, Indonesia.
33. Artis Undangan Program Hari Raya di Selat Panjang, Kepulauan Meranti, Riau Indonesia 2011.
34. Kolaborasi bersama kumpulan Hujan dalam program VERSUS TV9.
35. Penampilan Istimewa Fauziah Gambus bersama kumpulan Meet Uncle Hussain dalam Separuh Akhir Anugerah Muzik-Muzik 2012.
36. Membuat persembahan di Istana Negara dalam Majlis Pertabalan Agong 2012.
37. Membuat persembahan di Istana Negara dalam Majlis Santapan Di Raja 2012.
38. Membuat pesembahan di Istana Negara sempena Lawatan Putera Williams dan permaisuri dari England ke Malaysia 2012.
39. Artis Undangan dalam Malaysia Week 2012 di London, England.
40. Artis Undangan Majlis Makan Malam Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2012.
41. Artis Undangan Khas dari Malaysia dalam Konsert Gema Sahara 2013 Singapura.
42. Artis Udangan Fesyen Show di Doha, Qatar 2013.
43. Terlibat dalam pelbagai acara televisyen seperti Majalah 3, Nona, Nasi Lemak Kopi O, Muzik-Muzik, Versus, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Mimpi Ke Bintang, program-program Aidilfitri dan banyak lagi sepanjang 2009 ke 2013.
44. Artis Undangan gimik acara Sabah Maju Jaya 2013 di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
45. Banyak menjayakan persembahan untuk pelbagai majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti Celcom, U Mobile, MOSTI, Karang Kraf, UMNO, dan banyak lagi.


==Pautan luar ==