Fauziah binti Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fauziah Idris
Nama lahirFauziah binti Idris
Kelahiran1977 (umur 46–47)
Johor Bahru, Johor
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
PasanganMohd Yasir Idris
Anak-anak4

Fauziah binti Idris merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Fauziah membawa konsep irama Malaysia dalam nyanyiannya ketika menapak dalam dunia seni. Fauziah merupakan artis kelahiran Johor Bahru, Johor.

Fauziah turut menyatakan sebagai berbangga kerana memilih irama Malaysia, dan bahawa bukan mudah untuknya membawa lagu-lagu irama Malaysia.

Bakatnya dalam bidang nyanyian dikesan oleh penerbit terkenal S. Atan melalui pertandingan nyanyian. Ketika itu, Fauziah memasuki pertandingan Bintang Radio '98, dia telah memilih untuk menyanyikan lagu Damak dan Sekeping Cinta Segumpal Janji iaitu lagu irama Malaysia.[1]

Fauziah telah berjaya mencapai kejayaan besar apabila beliau muncul sebagai naib juara. Dalam pertandingan tersebut, S. Atan turut menjadi pengadil, dan bertitik dari itu, S. Atan kemudian telah menawarkan peluang untuk Fauzih membuat rakaman album.

Fauziah turut mengkagumi dendangan penyanyi irama Malaysia yang terkenal seperti Rosiah Chik, Kamariah Nor dan Aspalela Abdullah. Selain itu, dia juga mengagumi Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio
Lagu-lagu
  • Lagu Rindu Merindu[2]
  • Bertimang Kasih

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fauziah Idris mahu dikenali sebagai artis bersopan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-05. Dicapai pada 2017-08-05.
  2. ^ Fauziah Idris - Lagu Rindu Merindu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]