Faye Kusairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faye Kusairi
Faye ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 13 Jun 2016.
Kelahiran
Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi

(1987-06-19) 19 Jun 1987 (umur 36)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian154.5 cm (5 ka 1 in)
PasanganAzmi Hatta (k. 2017)

Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi (lahir 19 Jun 1987) atau lebih dikenali sebagai Faye Kusairi (Jawi: فاياي كوسايري) merupakan pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Miri, Sarawak Negeri Bumi Kenyalang. Beliau mula dikenali selepas membintangi Istikharah Cinta yang bersiaran di TV3 pada akhir tahun 2014, bergandingan dengan Zul Ariffin.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Faye memulakan kerjaya lakonan beliau melalui filem Cinderella arahan Ahmad Idham yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Fizo Omar pada tahun 2013 selepas Umie Aida meminta beliau menghadiri uji bakat yang diadakan oleh Idham bagi mencari barisan pelakon untuk filem tersebut. Faye mengenali Umie selepas berjumpa di sebuah gelanggang badminton di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[1]

Nama beliau juga melonjak naik selepas membintangi drama bersiri Istikharah Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Beliau memegang watak utama dan bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama tersebut. Selain itu, Faye juga telah mengeluarkan single pertama beliau iaitu "Kau Biarkan" yang dijadikan sebagai lagu tema untuk drama yang dibintangi oleh beliau iaitu Pujaan Hati Umi.[2] Pada Jun 2017, Faye muncul dalam drama bersiri bertajuk Setia Menunggumu yang bersiaran di HyppTV (kini Unifi TV) bermula 16 Jun 2017. Beliau muncul bersama Zul Ariffin dan Datuk Farid Kamil dalam filem aksi pengembaraan epik adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Faye mula berhijab sepenuhnya pada awal Februari 2016.[4][5]

Beliau telah selamat menjadi isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta (bekas suami Elly Mazlein) yang diadakan di majlis tertutup di kondominium D'Pines, Jalan Ampang yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 9 April 2017, pagi Ahad. Beliau menerima mas kahwin RM 300 dan lima dulang hantaran.[6][7][8] Faye menimang anak sulungnya, Alif Azmi yang dilahirkan pada 9 April 2018.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Cinderella Filem pertama
2017 Pencuri Hati Mr. Cinderella Maria
Tombiruo: Penunggu Rimba Salina

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Ammara Batrisya TV3
2014 Misiku Kuza 2 Amy Astro Ria Menggantikan Faralyna Idris
Aku Isterinya Nadia TV3
Istikharah Cinta Dina Alia
Tanah Kubur (Musim 13) Rohani Astro Oasis Episod: "Sihir Ayam Hitam"
2015 Kifarah Mistik TV3 Episod: "Gelandangan"
Dhia Sofea Dolly (muda)
Eksperimen Cinta Salmi
2016 Sekali Aku Jatuh Cinta Anna
Pujaan Hati Umi Rita TV9
7 Hari Mencintaiku Syakila TV3
2017 Inspirasi Ramadan Episod 1
Setia Menunggumu HyppTV
Isteri-Isteri Ayah Wana TV3
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Shahida
Cetera Hati Diya Kamelia
2020 7 Hari Mencintaiku 2 Syakila
2022 7 Hari Mencintaiku 3
Do You Love Me, Captain? Harlina
Keluarga Pasar Fazilah TV Okey
2023 Geng Daddy Daddy Zati TV3
2024 My Lovely Driver Mira
Takdir Itu Milik Aku Sakinah Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Atuk Buat PHD TV1
2022 Adik Kakak Azizah / Kakak (muda) TV3
Mr. Maid, Suami Ibu

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Pengacara TV Pendidikan Sejarah Tingkatan 5
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1 Episod 1

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2016
"Kau Biarkan"
Lagu tema drama Pujaan Hati Umi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Izwan Mohd Isa (26 Februari 2015). Umie Aida panduan Faye[pautan mati kekal] Kosmo!. Diperoleh pada 26 Februari 2015.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Februari 2016). Berhijab datang dari hati Harian Metro. Diperoleh pada 10 Februari 2016.
  3. ^ Syanty Octavia Amry (29 September 2017). "Beraksi dalam butan". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  4. ^ Kemalia Othman (10 Februari 2016). Faye Kusairi Akhirnya Bertudung Selepas Sebulan Tangguh mStar Online. Diperoleh pada 10 Februari 2016.
  5. ^ Farhana Ab Rahman (10 Februari 2016). Faye berhijab tunai impian sejak tahun lalu Berita Harian. Diperoleh pada 10 Februari 2016.
  6. ^ Kemalia Othman (9 April 2017). Faye Kusairi Nikah Dalam Majlis Tertutup mStar Online. Diperoleh pada 9 April 2017.
  7. ^ Chempaka Nur Iman (10 April 2017). Faye Kusairi Dan Azmi Hatta Akhirnya berkahwin Rojak Daily. Diperoleh pada 10 April 2017. "Sebelum ini menafikan kad undangan yang diedarkan adalah kad undangan perkahwinan.".
  8. ^ Zulhilmi Jalil (16 April 2017). Faye jelas isu nikah mengejut Kosmo!. Diperoleh pada 16 April 2017.
  9. ^ "Alif Azmi, nama anak Faye Kusairi". Sinar Harian. 12 April 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  10. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 Mei 2018). "Alif ubah hidup Faye Kusairi dan suami". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]