Fazidah Joned
| Fazidah Joned | |
|---|---|
Fazidah Joned |
|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Fadila Mohd. Jonid |
| Kelahiran | ~1944 Kampung Baru, Kuala Lumpur |
| Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kematian | Jun 2001 (berumur 56–57) Selayang, Selangor |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Instrumen | Vokal |
| Tahun aktif | 1960-an |
Fazidah Joned atau nama sebenarnya Fadila Jonid, anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar era 1960-an dan 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Isi kandungan |
Kerjaya [sunting]
Beliau mula menyanyi semenjak berusia 14 tahun lagi dengan Orkestra Sukmamurni pimpinan bapa saudaranya, Shahruddin Amin. Bersama orkestra itu, Fazidah sering diundang ke majlis-majlis perkahwinan dan pertunjukan pentas.
Pembabitannya secara serius dalam bidang nyanyian mula terserlah setelah memenangi pertandingan Bintang Radio pada tahun 1962.
Bintangnya semakin bersinar sebagai penyanyi setelah mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI selama tiga tahun. Dalam masa tiga tahun itu, Fazidah telah melahirkan sembilan EP dan sebuah LP berjudul Tiga Bidara.
Popularitinya ketika itu setanding dengan artis-artis popular seperti SM Salim, Kamariah Noor, Saloma, P. Ramlee dan Julie Sudiro. Bagaimanapun, di tengah-tengah popularitinya, dia menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Wan Abdul Aziz Mohd. Ali[1]
Kehidupan Peribadi [sunting]
Fazidah berkongsi hidup dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Wan Abdul Aziz Mohd. Ali dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Norafiza dan Wan Azri.
Meninggal Dunia [sunting]
Fazidah menghembus nafas terakhirnya pada Jun 2001 kerana penyakit septicaemia iaitu ketumbuhan usus di Hospital Selayang, Selangor.
Diskografi [sunting]
Album studio [sunting]
| Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
EP [sunting]
- Selamat Hari Raya (1965)
Lagu-lagu [sunting]
- "Laksana Nilam"
- ""Kaseh Sa-panjang Masa"
- "Tua Keladi"
- "Aku Tetap Riang"
- "Siapa Dia"
- "Selamat hari Raya"
- "Irama Cinta"
- "Apa khabar"
- "Lenggok Ria"
- "Siapa Dia"
Rujukan [sunting]
- ↑ Perginya suara emas lagu Selamat Hari Raya Utusan Malaysia Online