Fazira binti Wan Chek
| Erra Fazira | |
|---|---|
Erra Fazira |
|
| Lahir | Fazira binti Wan Chek 9 Februari 1974 (39 tahun) |
| Pasangan | Yusry bin Abdul Halim (cerai) Engku Emran Engku Zainal Abidin |
Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira adalah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Pemenang dua kali anugerah aktress terbaik FFM ini menerima jolokan "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" ke atas dirinya sejak tahun 1994 hingga kini.
Isi kandungan |
[sunting] Latar belakang
[sunting] Sejarah awal
Dilahirkan di Sungai Choh, Rawang, Selangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik, Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St Johns Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra Fazira sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Erra pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie Aida di SMK Putri Melawati, Kuala Lumpur. Erra Fazira juga pernah berpacaran dengan Awie dari Kumpulan Wings.[1]
[sunting] Bergelar Ratu Cantik
Erra Fazira sememangnya mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Pada 1992, Erra menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia / World 1992. Hasilnya beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Bostwana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian sebanyak 168 sentimeter.
Bakat nyanyian Erra dikesan oleh penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di funfair sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman Polygram Records.
[sunting] Ke Layar Perak
Namun akibat populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu Cantik Malaysia, Erra terlebih dahulu menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama filem Sembilu arahan pengarah Yusof Haslam. Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai aktres paling popular sebaris dengan aktres zaman itu seperti Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.
[sunting] Menceburi seni suara
Beliau kemudiannya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Lagu Cinta Abadi menjadi salam perkenalan kepada peminat pada lewat tahun 1994.
[sunting] Kisah cinta dan perkahwinan
Erra menjalin hubungan cinta bersama aktor dan penyanyi rock, Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang dengan episod kontroversi pada hujung 1998. Awie kemudiannya berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira pada Disember 1998.
Pada tahun 1998 juga, Fazira menubuhkan syarikat sendiri, Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.
Erra terus mengukuhkan kedudukan sebagai Aktres Filem Nombor 1 Negara menerusi filem-filem box office lakonannya. Pada tahun 2001, karyawan dan seniman veteran melahirkan rasa bimbang akan pengganti kepada Erra ekoran monopoli Erra sebagai heroin paling laris hingga mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baru. Tidak sekadar itu, nama Erra juga popular di bidang muzik apabila lagu-lagu nyanyiannya mendaki anak tangga carta muzik.
Erra kemudian bertemu cinta dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry bin Abdul Halim setelah sama-sama menjalani sesi fotografi majalah pada 2001.
Erra Fazira diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Pada 16 Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.
Pada Jun 2007, Erra sekali lagi menjadi fokus episod kontroversi apabila beliau menjadi subjek cerita orang ramai apabila aktor Hans Isaac mengumumkan dia sudah tidak bercinta dengan Erra. Sebelum itu, baik Erra mahupun Hans; masing-masing menafikan mempunyai ikatan cinta. Kisah itu terus panas apabila Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Erra dan Hans.
Perkahwinan di antara Erra dan Emran pada Oktober 2007 menamatkan spekulasi media. Bekas ratu cantik sebelum itu sah menjadi tunangan Engku Emran dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Damansara Kim pada 7 Sept 2007. Setelah hampir dua tahun menjalani kehidupan tanpa suami, Erra Fazira akhirnya selamat diijab kabul dengan Emran di Restoran Puteri. Hanya senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.
[sunting] Wajah Eksklusif Astro
Pada 2008, Erra menandatangai kontrak Wajah Eksklusif Astro sekaligus menandakan Erra bersedia untuk muncul sebagai pelakon TV.
[sunting] Erra bergelar ibu
Pada Mac 2009 Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya. Pun begitu, kisah anak sulung Erra ini menjadi bualan media apabila Erra dikatakan menyorokkan anaknya daripada media selama tempoh berpantang. Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan beliau dan suami serta anak akan muncul dalam rancangan realiti Gugu Gaga Erra sekaligus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang menjalani rancangan realiti mengenai anak sulungnya.
[sunting] Keunggulan sang Primadona
Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, namun populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu. Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2009, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 76 juta.
[sunting] Bidang lakonan
Erra telahpun muncul dalam lebih 30 buah filem sepanjang 20 tahun penglibatan dalam bidang lakonan. Beliau juga muncul dalam banyak drama televisyen ketika bergelar "Wajah Eksklusif Astro" sejak 2008.
Antara Lakonan
- Sembilu (1994)
- Sembilu 2 (1995)
- Maria Mariana (1996)
- Soal Hati (2000)
- Mr. Cinderella (2002)
- Janji Diana (2003)
- Cinta Kolestrol (2003)
- Hingga Hujung Nyawa (2004)
- Persona Non Grata (2006)
- Anak (2008)
- Hidden (2011)
- Sanggul Beracun (TV, 2011)
Rujuk laman Filemografi Erra Fazira untuk lebih perincian
[sunting] Bidang muzik
Selain bergelar pelakon, Erra juga seorang penyanyi pop yang popular di Malaysia dan negara serantau. Beliau telah merakam 7 buah album studio yang mengandungi beberapa lagu hits yang menduduki carta teratas di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga banyak merakamkan lagu-lagu runut bunyi untuk filem. Erra pernah membuat dua buah konsert solo iaitu pada 1999 di Kuala Lumpur dan 2006 di Perth, Australia.
Album Studio
- Erra Fazira (EP, 1994)
- Aku dan Dia (1995)
- 2.5 Sayang (1996)
- Kini (1999)
- Sampai Bertemu (2002)
- Kini Kembali (2003)
- Ya Atau Tidak? (2006)
Lihat sini untuk Diskografi Erra Fazira dengan lebih perincian
[sunting] Anugerah & pencapaian
[sunting] Festival Filem Malaysia
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2001 | Soal Hati | Aktres Terbaik | Menang |
| 2003 | Soalnya Siapa? | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
| 2004 | Cinta Kolestrol | Anugerah Filem Box Office | Menang |
| 2005 | Hingga Hujung Nyawa | Aktres Terbaik | Menang |
| 2006 | Persona Non Grata | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
| 2008 | Anak | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Skrin
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1995 | Sembilu 2 | Aktres Pilihan | Menang |
| 2001 | Soal Hati | Aktres Terbaik | Menang |
| 2003 | Soalnya Siapa? | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
| 2005 | Hingga Hujung Nyawa | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
| 2006 | Persona Non Grata | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
| 2008 | Anak | Aktres Terbaik | Dicalonkan |
| 2011 | Sanggul Beracun | Aktres TV Terbaik | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Bintang Popular Berita Harian
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1994 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| 1995 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| 1996 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 1997/98 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2000 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2001 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2002 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2003 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| 2004 | Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |
| 2005 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2006 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2007 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2008 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1995 (ke 2) | Erra Fazira The Mini Album | Artis Baru Wanita Terbaik | Dicalonkan |
| 2000 (ke 7) | Kini | Kulit Album Terbaik | Dicalonkan |
| 2001 (ke 8) | Soal Hati (Illusif / Habsah Hassan) | Lagu Terbaik | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Juara Lagu (AJL)
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1999 (ke-14) | Jendela Hati (Fauzi Marzuki/ Habsah Hassan) | Pop Rock | Dicalonkan |
| 2000 (ke-15) | Pasrah (Saari Amri/ Yusof Kelana) | Ballad | Dicalonkan |
| 2004 (ke-19) | Hanya Di Mata (Azlan Abu Hassan/ Ucu) | Pop Rock | Dicalonkan |
Separuh akhir Muzik Muzik
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1996 (ke-11) | Yang Terindah Hanya Sementara | Ballad | Dicalonkan |
| 2000 (ke-15) | Teman Bicara | Ballad | Dicalonkan |
| 2001 (ke-16) | Soal Hati | Ballad | Dicalonkan |
Nota: Pada 1996, Erra menarik diri daripada menyertai separuh akhir Muzik Muzik, dan lagu tersebut disampaikan oleh penyanyi lain, iaitu Elji.
[sunting] Anugerah Era
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2001 | Vokal Wanita Pilihan | Dicalonkan | |
| Kerana | Lagu Pop Pilihan | Dicalonkan | |
| 2002 | Ucapkanlah (duet bersama Yusry Abdul Halim) | Duo / Band Pilihan | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Televisyen Asia
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2011 | "Sanggul Beracun" | Pelakon TV Wanita Terbaik | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Media Hiburan
| Tahun | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1996 | Artis Jelita | Menang | |
| 1997 | Artis Jelita | Dicalonkan | |
| 1998 | Artis Jelita | Dicalonkan | |
| Kulit Depan Majalah Terbaik | Menang | ||
| bersama aktor, Awie | Hero Heroin Pilihan | Menang | |
| 1999 | Artis Jelita | Dicalonkan | |
| bersama aktor, Norman Hakim | Hero Heroin Pilihan | Menang | |
| 2000 | Artis Jelita | Dicalonkan | |
| Kulit Depan Majalah Terbaik | Dicalonkan | ||
| bersama aktor, Afdlin Shauki | Hero Heroin Pilihan | Dicalonkan | |
| Artis Serba Boleh Sensasi | Dicalonkan | ||
| Artis Sensasi Tahun Ini | Menang | ||
| 2001 | Artis Jelita | Dicalonkan | |
| Aktres Filem Sensasi | Menang | ||
| Artis Serba Boleh Sensasi | Dicalonkan | ||
| 2002 | Artis Jelita | Menang | |
| Aktres Filem Sensasi | Menang | ||
| bersama aktor, Yusry Abdul Halim | Hero Heroin Pilihan | Menang | |
| Artis Serba Boleh Sensasi | Dicalonkan | ||
| 2003 | Artis Jelita | Menang | |
| Aktres Filem Sensasi | Dicalonkan | ||
| bersama aktor, Yusry Abdul Halim | Hero Heroin Pilihan | Menang | |
| Artis Serba Boleh Sensasi | Dicalonkan | ||
| sebagai penerbit | Filem Paling Sensasi Tahun Ini | Menang | |
| Artis Wanita Paling Bergaya | Dicalonkan |
[sunting] Rujukan
- ↑ Jane Ritikos. "Awie Bongkar Kisah Perceraian", Mstar Online, 19 Oktober 2006. Retrieved on 16 Februari 2013.
| Anugerah dan pencapaian | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Amy Mastura menerusi Puteri Impian |
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik 2001 menerusi Soal Hati |
Diikuti oleh: Umie Aida menerusi Embun |
| Didahului oleh Nasha Aziz menerusi Trauma |
Festival Filem Malaysia- Aktres Terbaik 2005 menerusi Hingga Hujung Nyawa |
Diikuti oleh: Sharifah Amani menerusi Gubra |
| Didahului oleh Sofia Jane |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular 1994 - 1995 |
Diikuti oleh: Ziana Zain |
| Didahului oleh Amy Mastura |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular 2000 - 2004 |
Diikuti oleh: Maya Karin |
|
||||||||