Federalisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Federalisme membawa maksud fahaman dan pandangan yang menjurus kepada kesatuan dibawah satu kerajaan persekutuan. Manakala federalis ialah golongan yang berfahaman federalisme dan menyokong penubuhan kerajaan persekutuan. Sebuah negara persekutuan merujuk kepada negara yang terdiri dari beberapa negeri self-governing atau berautonomi yang bersatu dibawah sebuah kerajaan pusat. Hak untuk mentadbir negeri adalah termaktub di dalam perlembagaan negeri masing-masing dan tidak boleh dipinda oleh kerajaan pusat secara unilateral.