Feilong (mitos)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Feilong (Cina ringkas: 飞龙Cina tradisional: 飛龍pinyin: fēilóngWade-Giles: fei lung; harf. "naga terbang") ialah seekor makhluk legenda bersayap yang terbang di kalangan awan dalam mitos Cina. Kata nama khas Feilong dipakai oleh manusia, watak cereka, tempat, jurus seni bela diri, senjata dan sejenis pterosaur.

Rujukan terawal[sunting | sunting sumber]

Naskhah-naskhah klasik Cina sering menyebut tentang feilong 飛龍 "naga terbang". Contoh-contoh berikut disusun lebih kurang secara turutan masa.

Yijing[sunting | sunting sumber]

Yijing "Buku Perubahan" (abad ke-5 hingga ke-3 SM) mula-mula menggunakan feilong untuk melambangkan daren 大人 "orang mulia". Qian 乾 "Pencipta", iaitu heksagram pertama, berkata (tr. Wilhelm 1967:9), "Sembilan lima: Naga terbang di angkasa; boleh berjumpa orang besar." Jelas "Ulasan Keputusan" (彖傳, tr. Wilhelm 1967:371), "Oleh sebab orang warak masak akan hujung dan pangkal, berkenaan cara setiap satu daripada enam tingkat itu melengkapkan diri dengan sendiri, maka ia menaiki keenam-enamnya seolah-olah menaiki enam ekor naga", manakala menurut "Ulasan Gambaran" (象傳, tr. Wilhelm 1967:371), "'Naga terbang di angkasa' menunjukkan usaha muliawan."


Hanfeizi[sunting | sunting sumber]

Naskhah Hanfeizi (abad ke-3 SM) (tr. Ames 1983:74) memetik Shen Dao yang membandingkan feilong 飛龍 dengan tengshe 螣蛇 "ular melayang" untuk menjelaskan konsep shi 勢 "kuasa politik; kelebihan strategi" dalam Legalisme:

Shen Tzu berkata: "Naga terbang menaiki awan dan ular melayang berkelana dalam kabus, tetapi setelah awan dan kabus itu lenyap, maka naga dan ular itu menjadi sama dengan cacing dan semut hitam berkepak besar kerana kehilangan tungganggan mereka. Apabila orang besar ditaklukkan oleh orang kecil, ertinya kewibawaan orang besar itu sudah berkurangan dan kedudukan mereka adalah rendah. Apabila orang kecil ditaklukkan oleh orang besar, ertinya kewibawaan orang besar itu lebih hebat dan kedudukan mereka adalah tinggi.

Zhuangzi[sunting | sunting sumber]

Dewa-dewi menunggang naga,[1]

Seorang ahli falsafah Taoisme, Zhuangzi (abad ke-3 hingga ke-2 SM) (1, Watson 1968:33) menyifatkan shenren 神人 "orang suci" yang menunggang seekor feilong:

Kisahnya bahawa terdapat seorang Suci yang tinggal di Gunung Ku-she di jauhari. Kulitnya umpama air batu atau salji, dan orangnya lemah-lembut dan pemalu umpama gadis muda. Ia tidak memakan lima bijian, sebaliknya menghisap angin, meminum embun, memanjat awan dan kabus, menunggang naga terbang, dan berkelana ke luar empat laut. Dengan menumpukan jiwanya, ia boleh melindungi segala makhluk daripada penyakit dan wabak serta memperkaya hasil tanaman.


Nama khas[sunting | sunting sumber]

Draco volans
Fail:Calderflyingdragon.jpg
Flying Dragon di Art Institute of Chicago

Feilong, Hiryū, dan Naga Terbang sering dijumpai dalam nama-nama.

Feilong dalam bahasa Cina digunakan untuk:

dsb.

Hiryū dalam bahasa Jepun:

Kegunaan lain:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Werner, E. T. C. (1922). Myths & Legends of China. New York: George G. Harrap & Co. Ltd. Dicapai pada 2007-03-14. (Project Gutenberg eText 15250)
  • Ames, Roger T. 1983. The Art of Rulership: A Study of Ancient Chinese Political Thought. University of Hawaii Press.
  • Carr, Michael. 1990. "Chinese Dragon Names",Linguistics of the Tibeto-Burman Area 13.2:87-189.
  • Eberhard, Wolfram. 1968. The Local Cultures of South and East China. E. J. Brill.
  • Hawkes, David, tr. 1985. The Songs of the South: An Anthology of Ancient Chinese Poems by Qu Yuan and Other Poets. Penguin.
  • Knoblock, John and Jeffrey Riegel, trs. 2000. The Annals of Lü Buwei: A Complete Translation and Study. Stanford: Stanford University Press.
  • Major, John S. 1993. Heaven and Earth in Early Han Thought: Chapters Three, Four, and Five of the Huainanzi. SUNY Press.
  • Schafer, Edward H. 1963. The Golden Peaches of Samarkand, a Study of T'ang Exotics. University of California Press.
  • Visser, Marinus Willern de. 1913. The Dragon in China and Japan. J. Müller.
  • Ware, James R., tr. 1981. Alchemy, Medicine and Religion in the China of A.D. 320: The Nei Pien of Ko Hung. Dover.
  • Watson, Burton, tr. 1968. The Complete Works of Chuang-Tzu. Columbia University Press.
  • Wilhelm, Richard and Cary F. Baynes. 1967. The I Ching or Book of Changes. Bollingen Series XIX, Princeton University Press.