Felda Air Tawar 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Felda Air Tawar 1 adalah rancangan sawit yang pertama dibangunkan diantara 5 rancangan dalam gugusan Air Tawar. Nama Air Tawar diambil dari nama kawasan tadahan air tawar di Sungai Seluyut. Sempena dengan itu rancangan ini telah dinamakan Felda Air Tawar 1.

Felda Air Tawar 1 mulak diterokai pada awal tahun 1969 dan mula menerima para peneroka mulai tahun 1970 sehingga 1972. Jumlah rumah peneroka yang dibina sebanyak 670 buah. Keluasan tanah, tanaman kelapa sawit 2535.49 hektar. Keluasan perkampungan 138.80 hektar. Jumlah keseluruhan penduduk di Felda Air Tawar 1 ialah seramai 4,200 orang. Penduduknya terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Punca pendapatan penduduknya, dari hasil ladang kelapa sawit, kilang dan juga berniaga. Felda Air Tawar 1 terletak dalam mukim Johor Lama, di daerah Kota Tinggi, Johor. Jarak ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 25 km. Jarak ke Balai Polis Air Tawar 2 lebih kurang 6 km. Sempadan Utara Felda Air Tawar 1 ialah Felda Air Tawar 2, dibahagian Barat pula bersempadan dengan Ladang Nanyo, arah Selatan bersempadan dengan Teluk Sengat dan disebelah Timur pula bersempadan dengan Felda Air Tawar 4 & Lok Heng.

Felda Air Tawar 1 ini termasuk didalam kawaasan pentadbiran FELDA wilayah Johor Bahru. Persempadan kawasan pilihan raya meletakan Felda Air Tawar 1 didalam kawasan undangan negeri N29 iaitu Dun Johor Lama yang kini diwakili Yang Berhormat Puan Asiah Binti Md Arif. Manakala kawasan parlimennya ialah P139 iaitu parlimen Panti yang diwakili oleh yang Berhormat Dato Seri Syed Hamid Bin Dato Syed Jaffar Albar. Terdapat dua parti Politik yang aktif di kawasan ini iaitu Parti UMNO dan Parti Pas.