Felda Bukit Aping Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Welcomeaping.jpg
Tugu Selamat Datang
Map

Felda Bukit Aping Barat adalah sebuah penempatan Persekutuan yang terletak di antara Felda Bukit Aping Timur dan kampung Mawai Baru di daerah Kota Tinggi, Johor. Terletak 25 kilometer dari pusat bandar Kota Tinggi, Felda Bukit Aping Barat mempunyai seramai 870 orang penduduk yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Menjadi petempatan peneroka felda sejak 1977.

Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi di kawasan penempatan ini lebih tertumpu kepada sektor perladangan iaitu kelapa sawit dan juga getah. Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat menjalankan aktiviti ekonomi termasuklah ;

  • Kedai Runcit
  • Penternakan haiwan termasuk lembu, kambing, ikan, arnab dan lain-lain.
  • Pertanian kontan termasuk pisang, sayur, ubi, herba dan lain-lain.
  • Pertukangan batu dan kayu.
  • Kimpalan besi.
  • Pembinaan.
  • Kedai makan, warung dan katering majlis perkahwinan.
  • Bengkel kenderaan motorsikal dan kereta.
  • Kontraktor am dan ladang sawit.
  • Homestay dan inap desa.
  • Tanaman buah-buahan tropika.
  • Perusahaan makanan tradisional, makanan moden dan sejuk beku.
  • Perkhidmatan Pengangkutan awam termasuk bas sekolah dan teksi.
  • Gunting rambut.
  • Jahitan pakaian.
  • Perkhidmatan komunikasi telefon dan internet.
  • Pembaikan barangan eletrik.


Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara fasiliti yang menjadi kemudahan Warga Felda Bukit Aping Barat:

  • Masjid Jamek
  • Klinik Desa
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Sekolah Agama Rakyat
  • Tadika KEMAS
  • Kedai Runcit
  • Pusat Jalur Lebar Komuniti
  • Taman Permainan Kanak-Kanak
  • Pejabat FELDA dan Pejabat JKKR
  • Padang Bolasepak, Gelanggang Futsal, Sepaktakraw, Badminton dan Bola Baling
  • Dewan Orang Ramai