Felda Bukit Aping Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Bukit Aping Timur terletak di antara Felda Bukit Aping Barat dan Gugusan Waha di Kota Tinggi, Johor.

Rancangan Felda ini mula diduduki pada tahun 1972 dan menoreh getah adalah pekerjaan utama dan sekarang penduduk semakin bertambah dari sehari ke sehari. Pada permulaan Felda mempunyai 25 buah blok sahaja tetapi pada tahun 1990 kerajaan telah membina 2 lagi blok baru dan kelapa sawit sebagai mata pencarian. Kini Felda ini mempunyai 27 blok yang puratanya setiap blok mempunyai 20 orang peneroka.

Felda ini mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Mahkota, sebuah sekolah agama, sebuah tadika kemas, masjid jamik, balai raya, pusat gerakan wanita (GPW), pejabat pentadbiran felda, sebuah balai polis dan dewan. Sebuah taman kanak-kanak yang dipanggil Taman Selesa juga terdapat di Felda ini.

tanaman getah majoritinya telah diganti dengan penanaman semula tanaman kelapa sawit. majoriti peneroka yang telah berusia telah memajakkan kembali ladang mereka kepada pihak pengurusan felda untuk diusahakan. sebagai ganti mereka menerima hasil pajakan seperti pencen bulanan sebagai satu bentuk sara hidup yang terjamin.