Felda Bukit Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Bukit Permai merupakan sebuah kampung terletak di daerah Kulaijaya, Johor. Ianya mula diteroka sekitar tahun 1963. Nama asal Felda Bukit Permai ialah LKTP Teck Wah Heng iaitu mengambil sempena nama seorang pemilik tanah Cina yang mempunyai tanah di sana. Nama Teck Wah Heng ini masih digunakan untuk sebatang jalan di pekan Layang-layang yang menuju ke Felda ini.

Felda ini terdiri dari 271 peneroka dan dibahagikan kepada 8 blok. Uniknya nama-nama blok yang terdapat didalam Felda ini menggunakan panggilan kampung iaitu Kampung Gajah 1, Kampung Gajah 2, Kampung Balairaya, Kampung Tengah 1, Kampung Tengah 2, Kampung Agas, Kampung Baru 1 dan Kampung Baru 2. Setelah peneroka memperolehi geran, mereka telah memilih untuk mentadbir sendiri rancangan dengan menukar JKKR kepada JKKK dan kini ianya dikenali sebagai Kampung (F) Bukit Permai dan diletakkan dibawah pengawasan Penghulu Mukim Sedenak.

Tanaman asal Felda ini merupakan getah dan telah ditebang pada tahun 1986. Semasa tanaman semula sebahagian peneroka telah memilih untuk kekal dengan tanaman getah manakala sebahagian lagi memilih untuk menanam pokok kelapa sawit.

Industri kecil yang popular dan paling dikenali adalah perusahaan membuat kerepek ubi.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.