Felda Kemahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Kemahang merupakan tanah rancangan yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Tanah Merah,Kelantan . Seramai 354 peneroka diberi tanah rancangan dengan tanaman kelapa sawit sejak 1970-an. Felda Kemahang terbagi kepada 4 iaitu :

  1. Felda Kemahang 1
  2. Felda Kemahang 2
  3. Felda Kemahang 3
  4. Felda Kemahang 4

Tuntutan RM7.8 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 2002, 354 peneroka Felda Kemahang menyaman Felda dan menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 sebagai ganti rugi am berhubung penmbayaran bagi buah kelapa sawit yang didakwa peneroka berkenaan telah dibayar pada harga kualiti lebih rendah oleh agensi itu dari 1996 hingga 2002, mengakibatkan mereka menanggung kerugian. Nilai ganti ruggi meningkat kepada RM 11 juta.

Pada 19 Februari 2010, di Mahkamah Tinggi Kota Baharu , Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Seri Gopal Sri Ram memerintahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka tersebut.

Perbicaraan tersebut amat istimewa kerana peguam Felda dan peguam cara tidak hadir. Perkara itu dikaji mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan. Hanya keterangan saksi peneroka diterima. Perbicaraan diadakan pada 19 Januari 2010 dan laporan penghakiman itu bertarikh 22 Januari 2010.[1]

Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram mengingatkan para hakim dan peguam tidak wajar menangguh-nangguhkan penghakiman demi keadilan semua. Sesuatu kes tidak wajar ditangguhkan sehingga bertahun-tahun.Para peguam kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]