Felda Sungai Buaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Sungai Buaya terletak di daerah Hulu Selangor, negeri Selangor. Nama Felda ini popular kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib menjanjikan peneroka menjadi jutawan menerusi tukar hak milik tanah pertanian kepada pembangunan bandar dan universiti.

Pada 1994, seramai 363 peneroka keluar daripada tanah rancangan itu bagi memberi laluan kepada pembangunan setelah dijanjikan pampasan tanah RM1 juta termasuk rumah oleh pemaju terbabit. Akibat krisis ekonomi 1997, projek perumahan itu terbengkalai dan sebuah universiti belum dapat dibangunkan. Sehingga kini peneroka hanya mendapat wang tunai tidak lebih RM250,000 secara ansuran atau rumah.

Persimpangan bertingkat[sunting | sunting sumber]

Persimpangan bertingkat Sungai Buaya dijangka meningkatkan nilai hartanah di situ. Ia akan dibina oleh syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LKLM)) dengan kos RM85 juta yang ditanggung PLUS.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor menyatakan persimpangan bertingkat itu akan memberi kemudahan akses kepada lebih 100,000 pengguna di Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan Rawang.

Pampasan RM5 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2010, sempena kempen Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010, Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan pampasan pendahuluan RM50,000 kepada 100 bekas peneroka di situ. Mereka telah menunggu selama 15 tahun untuk mendapat pampasan tanah tertunggak berjumlah RM5 juta. Bayaran itu dalam bentuk RM1000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf .

Kerajaan Barisan Nasional setuju bayar RM160,000 seekar (0.4 hektar) kepada peneroka Felda Sungai Buaya dengan syarat Selangor kembali kepada BN. Generasi peneroka Felda dilindungi insurans Islam sehingga RM10,000 jika berlaku kematian. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]