Felda Sungai Sayong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Sungai Sayong

Felda Sungai Sayong merupakan sebuah kampung terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan Gugusan Taib Andak. Walaupun sesetengah tempat beralamatkan Kulai, namun ia masih dibawah pentadbiran daerah Kota Tinggi dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen Tenggara dan dun Pasir Raja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Felda Sungai Sayong diperoleh daripada sebatang sungai iaitu Sungai Sayong yang terletak kira-kira 5 km daripada penempatan peneroka. Menurut sejarahnya, sungai tersebut pernah menjadi tempat laluan kapal pada zaman dahulu. Berdekatan sungai tersebut terdapat satu lokasi makam diraja iaitu Makam Tujuh.

Felda Sungai Sayong mula didiami peneroka sekitar tahun 1968 dan tanaman yang diusahakan ialah kelapa sawitnya. Dikala itu selepas subuh majoriti para peneroka bergegas ke pejabat felda untuk "rokal" dan seterusnya ke destinasi masing-masing membuat kerja-kerja yang telah diarahkan dengan dikawal selia oleh "mandor" bertugas.Tiada motorsikal sebaliknya hanya basikal digunakan dengan membawa tajak, sabit, pahat dan pongkis.

Dibahagikan kepada 4 peringkat: (A, B, C, D ) dan yang terkini peringkat E

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang terdapat di Felda Sungai Sayong termasuk perumahan kakitangan Felda, masjid, sekolah tabika, sekolah kebangsaan dan sekolah agama, klinik desa, Bank Simpanan Nasional, perpustakaan, gelanggang futsal, bola jaring, padang awam dan lain-lain.

Keunikan[sunting | sunting sumber]

Apa yang membuatkan Felda Sungai Sayong ini memberikan keunikan adalah dari segi poskod surat menyuratnya. Di mana sesetengah pihak menggunakan poskod untuk Bandar Tenggara, daerah Kulai dan daerah Kota Tinggi iaitu:

  • 81000 untuk daerah Kulai,
  • 81450 untuk Gugusan Taib Andak
  • 81390 untuk daerah Kota Tinggi.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.