Felda Tenggaroh Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Felda Tenggaroh Selatan satu merupakan salah sebuah tanah rancangan FELDA yang terletak bersebelahan dengan perkampungan nelayan Sedili Besar, Johor. Felda Tenggaroh Selatan satu ini merupakan juga salah sebuah tanah rancangan yang terletak di dalam gugusan Felda Tenggaroh tetapi satu-satunya rancangan di dalam gugusan Tenggaroh yang tidak berada di dalam daerah Mersing sebaliknya daerah Kota Tinggi. Selain daripada Felda Tenggaroh Selatan satu, Felda Tenggaroh Selatan Dua juga berada di dalam daerah Kota Tinggi. Begitupun, Felda Tenggaroh Selatan Dua adalah projek Felda Plantation yang berada didalam naungan Felda Holdings dan tidak mempunyai peneroka sebaliknya adalah pekerja.

Felda Tenggaroh Selatan satu pada asalnya bernama Felda Kambau 1, mula dibuka pada penghujung tahun 1984 dengan Pengurus pertamanya ialah En. Hashim. Ia kemudiannya ditukar nama kepada Felda Tenggaroh Selatan satu kerana kesesuaian nama di dalam gugusan Tenggaroh. Rancangan ini bermula dengan pejabat sementara di Felda Pasir Logok dan hanya dapat diakses daripada simpang Estet Tunjuk Laut di kawasan Batu 18, jalan Kota Tinggi - Mersing. ketika itu, kerja-kerja membuka rancangan ini dengan bermula daripada penebangan hutan diserta oleh seorang penyelia kanan En. Zulkifli Aziz, seorang penyelia En. Ithnin, seorang kerani En. Razali Kochet, seorang pemandu land rover En. Shukor dan seorang pemandu traktor En. Alias.

Ia kemudian diterajui pula En. Omar Sahat sebagai pengurus (telah bersara, rancangan terakhir di Felda Ulu Belitong), diikuti En. Zulkifli Aziz (bersara pilihan, kini bertugas sebagai Eksekutif di Felda Technoplants Wilayah Kuantan), En. Jamil Mohd Yassin, En. Ramli dan kini Abdul Rahim Bin Abdul Wahab.