Felix Agus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Felix Agus
Nama lahirFelix bin Agus
Kelahiran (1982-04-03) 3 April 1982 (umur 41)
Kota Belud, Sabah
KediamanSabah Kota Kinabalu
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Penyampai Radio, Pengacara Majlis
Tahun aktif2005-kini
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • Balada
  • Dangdut
InstrumenVokal, Gitar
Syarikat rakaman
Maestro Records
(2005-2008)
D'Sulap Entertainment
(2009-kini)
Pengkarya berkait
Mawi
Amylea Azizan
Marsha Milan
PasanganLydia Larius Gojih
(k. 2011)
Anak-anakPrine Eli Felix
Dea Thelisha Felix

Felix Agus (lahir 3 April 1982) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penyampai radio di Kupi-Kupi FM, iaitu sebuah stesen radio tempatan di Sabah. Beliau juga adalah merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim 3 pada tahun 2005.

Beliau turut berlakon dalam filem Misi:1511 dan Gerimis Mengundang bersama pelakon utama Kamal Adli.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal dan permulaan karier[sunting | sunting sumber]

Felix Agus dilahirkan pada 3 April 1982 dan berasal dari Kampung Purak Ogis, Kota Belud, Sabah. Zaman kanak-kanak beliau seperti juga apa yang dilalui oleh kanak-kanak lain di kampung. Beliau gemar memancing ikan, bermain bolasepak dan yang paling seronok aktiviti mandi sungai. Beliau memang meminati muzik dan gemar menyanyi sejak dari bangku sekolah lagi. Sebelum menyertai AF3, pada tahun 2005, beliau telah menyertai pertandingan Sugandoi peringkat Lahad Datu dan berjaya merangkul juara. Lagu yang di bawakan pada masa itu sebuah lagu dari penyanyi tempatan Sabah Francis Landong, yang memang menjadi idola beliau. Pada tahun 2004 pula beliau bersama-sama dengan dua orang sepupunya, Joseph Timbangan dan Stanley Joe telah merakamkan album Bontugon 2004. Album Dusun tersebut memuatkan 4 buah lagu termasuklah lagu bertajuk "Nokosuai Ginawo Ku".

Akademi Fantasia 3 (2005)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, beliau telah menghadiri ujibakat Akademi Fantasia Musim 3 dan keputusannya beliau terpilih menjadi diantara 14 pelajar yang memasuki banglo AF3 ketika itu. Setelah hampir sepuluh minggu beradu suara dalam pertandingan tersebut, pada 6 Ogos 2005 beliau berjaya mara ke konsert akhir AF3 bersama dengan Mawi, Amylea dan Marsha, sekaligus beliau dinobatkan sebagai Naib Juara dalam pertandingan tersebut.
[1]

Karier selepas AF3 (2005-2008)[sunting | sunting sumber]

Selepas berakhirnya program AF3, Felix mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Maestro Records. Beliau sempat merakamkan album sulungnya bersama Maestro Records yang berjudul Aku Pencintamu pada tahun 2006. Meskipun menanti hampir setahun untuk album tersebut disiapkan dan diterbitkan namun Felix mengatakan bahawa dia tidak ingin terburu-buru dalam menerbitkan sesebuah karya. Beliau juga telah dimaklumkan bahawa kelewatan album tersebut diterbitkan kerana Maestro mempunyai artis yang ramai di bawah naungan mereka. Namun kerja-kerja promosi album tersebut kurang dilakukan oleh pihak Maestro membuatkan para peminat beliau yang berada di kawasan Semenanjung tidak mengetahui akan kewujudan album tersebut. Ini menyebabkan promosi album tersebut dilakukan di Sabah dan album itu hanya laris di pasaran negeri kelahirannya sahaja. Selepas kontraknya bersama Maestro Records berakhir pada tahun 2008, Felix kembali ke Sabah dan menyertai teman-temannya disana untuk menubuhkan syarikat rakaman mereka sendiri dan kini beliau bergerak secara bebas dalam menguruskan karier seninya.

Perkembangan karier (2009-kini)[sunting | sunting sumber]

Selepas kontrak bersama Maestro Records berakhir pada 2008, Felix masih ditawarkan beberapa tawaran kerja untuk beliau menyanyi dan berlakon daripada Astro namun kerana jarak dan komitmen kerjanya di Sabah membuatkan beliau terpaksa menolak tawaran tersebut. Apatah lagi kini beliau sibuk menguruskan kariernya di Sabah setelah membuka syarikat rakamannya sendiri iaitu, D'Sulap Entertainment. Pada 30 Mei 2009, beliau juga menerbitkan album keduanya berjudul Aku Juga Iya dibawah terbitan syarikat tersebut. Album tersebut dilancarkan di Courtyard Hotel Elusion Lounge di 1Borneo Kota Kinabalu Sabah. Album tersebut dieasmikan oleh YB Datuk Masidi Manjun, iaitu Menteri Pelancongan Kebudayaan & Alam Sekitar ketika itu. Antara lagu yang popular daripada album tersebut adalah "Aku Juga Iya", "Akulah Laki Laki", "Harapan Kosong" dan banyak lagi. Namun album keduanya kali ini hanya untuk bertujuan diterbitkan dan dipasarkan di pasaran Sabah sahaja. Pada tahun 2010, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan menjadi penyampai radio tempatan di Sabah, iaitu Kupi-Kupi FM. Sehingga kini beliau lebih selesa berkarya di negeri kelahirannya sendiri kerana jadual kerjanya yang sentiasa padat dan ingin menumpukan perhatian sepenuh kepada keluarganya di Sabah. Dalam perkembangan lain, pada tahun 2019 beliau telah menerbitkan sebuah single terbaru berjudul "Terbang".

Perkahwinan (2011)[sunting | sunting sumber]

Pada 19 September 2011, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini gadis pilihan hatinya, iaitu Lydia Larius Gojih di Penampang, Sabah. Mereka kini dikurniakan sepasang cahaya mata comel yang bernama Prine Eli Felix dan Dea Thelisha Felix.

Dangdut Star (2016)[sunting | sunting sumber]

Felix pernah membuat kemunculan semula dengan menyertai sebuah lagi program realiti TV nyanyian terbitan Astro Prima, Dangdut Star pada tahun 2016. Beliau mengatakan bahawa penyertaannya di dalam program realiti tersebut sebagai langkah permulaan beliau untuk kembali ke dalam industri muzik tanah air. Namun, rezeki tidak berpihak kepada beliau kali ini apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir sekaligus beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk merebut gelaran juara program realiti tersebut.

Akademi Fantasia 3 [sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005 Felix berjaya melepasi ujibakat AF3 dan juga berjaya melepasi konsert prelude dimana beliau dipilih diantara 14 pelajar untuk memasuki banglo AF3 ketika itu. Beliau juga antara empat finalis yang berjaya mara ke konsert akhir AF3 bersama Mawi, Amylea dan Marsha, sekaligus dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah persembahan beliau didalam Akademi Fantasia Musim 3:

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Prelude "Cinta Seorang Teman" (Bob Yusof) Terpilih
Minggu 1 "Tiada Lagi Kidungmu" (Lefthanded) Pertama
Minggu 2 "Berjuta Batu" (Alleycats) Ke-2
Minggu 3 "Memori Bahagia" (Sahri) Ke-2
Minggu 4 "Aku Semut Merah" (Meggy Z) Ke-2
Minggu 5 "Hari Ini Dan Semalam" (J. Mizan) Ke-2
Minggu 6 "Smooth" (Santana) Ke-2
Minggu 7 "Fantasia Bulan Madu" (Search) Ke-2
Minggu 8 "Hukum Karma" (Wings) Ke-2
Minggu 9 "Anak" (Carefree) Ke-2
Minggu Akhir "Kuda Ku Lari"
(Dato' Sharifah Aini)
Naib Juara
"Warkah Berlagu Pilu" (Felix) - lagu baru

Dangdut Star[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Minggu 1 "Aku Semut Merah" (Meggy Z) Selamat
Minggu 2 "Gila Judi"
(Dato' M. Daud Kilau)
Selamat
Minggu 3 "Mengapa Dikenang Mengapa Difikir" (Herman Tino) 3 tercorot
Minggu 4 "Gali Lubang Tutup Lubang" (Rhoma Irama) Selamat
Minggu 5 "Pasrah" (Muchsin Alatas) Tersingkir
"Jangan Tinggalkan Aku"
(Iwan & Lilis Karlina)
  • duet Elda

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio

  1. Aku Pencintamu (2006)
  2. Aku Juga Iya (2009)

Album Akademi Fantasia

  1. Best of Felix (2005)
  2. EVO 05 (2005)

Singles

Tahun Lagu Album
2005 "Warkah Berlagu Pilu" Best of Felix
2006 "Aku Pencintamu" Aku Pencintamu
2009 "Aku Juga Iya" Aku Juga Iya
2016 "Gadis Made in Indonesia" Single
2019 "Terbang"

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2006 Misi:1511 Jimmy Lakonan pertama Felix
2009 Aduh Saliha
2011 Kundasang Rock Rocky Distributed by Jeselton International Films
2012 Gerimis Mengundang Amry Filem arahan Ahmad Idham.

Televisyen Show[sunting | sunting sumber]

Tahun Program Peranan Saluran Nota
2005 Akademi Fantasia 3 Peserta Astro Ria Naib juara AF3
2016 Dangdut Star Astro Prima & Astro Maya HD Tersingkir dikonsert separuh akhir

Iklan TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan Peranan Catatan
2005 Maggie Mamee Slurrpp Duta/Model Iklan pertama bersama Mawi dan Amylea.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2005 Akademi Fantasia Musim 3 "Warkah Berlagu Pilu" Naib Juara
2006 Anugerah Industri Muzik ke-13 Artis Harapan Tercalon

Pautan luar[sunting | sunting sumber]