Fenologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fenologi ialah kajian peristiwa tumbuhan berkala dan kitaran hidup haiwan dan bagaimana peristiwa ini dipengaruhi oleh perubahan musim dan tahunan iklim, selain faktor habitat (seperti aras tinggi). Perkataan ini diambil daripada Greek φαίνω (phainō), "menunjukkan, memberi cahaya, memunculkan"[1] + λόγος (logos), antara lain "kajian, perbincangan, pertimbangan"[2] dan menunjukkan fenologi melibatkan terutamanya tarikh kejadian pertama peristiwa biologi dalam kitaran tahunannya. Contohnya termasuklah tarikh keluarnya daun dan bunga, penerbangan pertama kekupu dan kemunculan pertama burung berhijrah, tarikh daun bertukar warna dan gugur dalam pokok meluruh, tarikh burung dan amfibia bertelur, atau pemasaan kitaran perkembangan koloni lebah madu zon iklim sederhana. Dalam karya ilmiah mengenai ekologi, istilah ini digunakan lebih umum untuk menunjukkan jangka waktu bagi sebarang fenomena biologi bermusim, termasuklah tarikh kemunculan terakhir (e.g., fenologi bermusim durian di Malaysia mungkin dari April hingga September).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. φαίνω, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  2. λόγος, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus