Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) ialah sebuah festival filem di Kuala Lumpur, Malaysia, pertama kali diadakan pada bulan November-December 2007. Ia mempunyai program pertandingan, di mana Anugerah Perdana diberikan dalam 5 kategori kawasan: Filem Asia Terbaik, Filem Afrika Terbaik, Filem Eropah Terbaik, Filem Amerika Utara Terbaik, dan Filem Amerika Selatan Terbaik, termasuk juga Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Animasi Terbaik.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

[sunting] Festival Filem Dunia Kuala Lumpur

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur mendapat permulaan pada bulan Februari 2003 apabila sekali-jalan, tiga hari Festival Filem Dunia Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh FINAS.

Tiga tahun kemudian, sebuah konsortium syarikat-syarikat hiburan mengadakan sebuah festival filem tahunan, Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF),yang dianjurkan oleh FINAS.

[sunting] Festival 2007

Dengan tema, "Meraikan Kepelbagaian Budaya", Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur menayangkan 50 filem dari 18 negara. Perbelanjaan festival filem ini ialah 4 juta Ringgit Malaysia.[1][2][3]

Antara peserta pertandingan ialah filem Malaysia, 1957: Hati Malaya. Penayangan perdana filem yang tidak bertanding ialah Long Road to Heaven, sebuah filem Indonesia mengenai begeboman di Bali.[4]

Festival ini diadakan dari 28 November ke 2 Disember 2007 dengan penayangan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara dan majlis Anugerah Perdana diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

[sunting] Festival 2008

Masih lagi mengekalkan tema "Meraikan Kepelbagaian Budaya", KLIFF ke-2 diadakan dari 26 November hingga 29 November 2008. Festival kali ini mendapat 191 penyertaan dari Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.[5]

Tayangan perdana telah diadakan untuk filem Amal dari Kanada dan Kinta dari Malaysia. Tayangan telah diadakan di Golden Screen Cinemas, Pavilion, Kuala Lumpur.[6][7]

[sunting] Anugerah

[sunting] 2007

Para juri pertandingan itu ialah U-Wei Haji Shaari dari Malaysia, Andrew Vial dari Australia, Jeff Bollow dari New Zealand, Sozo Teruoka dari Jepun dan Tikoy Aguiluz dari Filipina. Anugerahnya adalah seperti berikut:[8]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan Luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain