Fetlok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sendi keting di antara tulang kering dan pastern.

Fetlok atau keting adalah nama umum bagi sendi metakarpofalanks dan metatarsofalanks (MCPJ dan MTPJ) pada haiwan-haiwan besar kuda dan sesetengah anjing. Ia terbentuk oleh persimpangan tulang metakarpus (kaki depan/lengan) atau metatarsus (kaki belakang) ketiga, iaitu tulang kering) proksimad dan falanks proksimal distad (nama am: tulang pastern). Tulang sesamoid proksimal berpasangan bersendi dengan permukaan distal palmar atau plantar pada tulang metakarpus/metatarsus ketiga dan terpasang ketat pada hujung proksimo-palmar/-plantar falanks proksimal.

Fetlok merupakan sendi engsel (ginglymus) yang membolehkan fleksi dan ekstensi, tetapi mengekang putaran, aduksi, atau abduksi.

Fetlok merupakan sendi metakarpofalanks yang bersamaan dengan buku jari manusia, ataupun sendi lesung kaki.