Dan in Real Life

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem 'Dan in real life')
Lompat ke: pandu arah, cari
Dan in Real Life
Dan in real life.JPG
©Touchstone Pictures 2007
Pengarah Peter Hedges
Penerbit Jonathan Shestack
Pengarang Pierce Garnder
Peter Hedges
Lakonan Steve Carell
Juliette Binoche
Dane Cook
Dianne Wiest
John Mahoney
Jessica Hecht
Emily Blunt
Alison Pill
Brittany Robertson
Muzik Sondre Lerche
Pengedar Touchstone Pictures
Mula ditayang 26 Oktober 2007
Tempoh ditayang 95 minit
Negara Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $25,000,000 (anggaran)
Rujukan IMDb

Dan in Real Life merupakan satu filem drama komedi 2007 Amerika.

Plot[sunting | sunting sumber]

Memilih Rhode Island sebagai lokasi, filem ini kena dengan jalan ceritanya yang 'manis' dan memikat hati. Nilai kasih sayang dan kekeluargaan menjadi nadi utamanya, sekali gus membuatkan ia dekat dengan penonton. Fokus filem ini adalah pada Dan Burns (Steve Caret), duda yang membesarkan tiga anak perempuan selepas isterinya meninggal dunia.

Burns juga kolumnis yang disegani, malah nasihat dalam penulisannya sering menjadi rujukan mereka yang buntu, termasuk ahli keluarganya. Bagi peminat setia kolumnya, Burns lelaki sempurna dalam apa jua aspek kehidupan.

Luaran mungkin dia nampak cekal, tapi jauh di sudut hati tiada siapa mengerti kesedihan yang ditanggung. Pemergian isteri tercinta meninggalkan kesan mendalam buatnya. Meskipun sibuk menguruskan anak dan terikat dengan tanggungjawab sebagai penulis, dia sebenarnya sunyi.

Kesepian itu menemukan Burns dengan Marie di sebuah kedai buku ketika bercuti bersama keluarganya. Bagai ada tarikan, hati Burns meronta-ronta untuk mendekati wanita itu. Bermula dengan sapaan, Burns berjaya menarik perhatian Marie mendengar jenakanya, seterusnya menghabiskan masa bersama berkongsi kisah hidupnya.

Pertemuan tidak disangka itu seakan-akan memberi harapan baru kepada Burns. Ketika berita gembira itu menjadi perhatian keluarganya, dia dikejutkan dengan kemunculan Marie. Rupa-rupanya wanita idamannya adalah teman wanita adiknya, Mitch. Walaupun cuba menerima hakikat itu, dia sukar mengikis perasaannya terhadap Marie.

Bermulalah konflik dalam diri apabila kehendaknya bertentangan dengan prinsip dan kepercayaan yang dipertahankan selama ini. Rasa cemburu mengundang ketegangan hingga hampir merosakkan pertemuan keluarga besamya.

Carell berjaya memikat hati penonton melalui watak Burns. Penyampaiannya berkesan, di mana dalam satu masa dia boleh menjadi lelaki yang sangat budiman dan juga menjengkelkan apabila mendambakan cinta Marie sehingga mengecewakan banyak hati.

Keserasian Jack Mahoney dan Dianne Wiest sebagai ibu bapa yang memahami anak juga antara kekuatan fllem ini. la menyerlahkan kerukunan hubungan keluarga besar ini, malah banyak mesej positif dapat diteladani penonton.

Keseluruhannya filem ini seronok ditonton, malah komedinya bukan kosong. Jangan ketinggalan mengikuti bagaimana seorang bapa tunggal menyelesaikan masalah anak gadisnya yang meningkat dewasa, konflik diri dan keluarga.