Buli (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Buli)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk mengetahui tentang jenayah Buli, sila lihat: Buli.


Buli
Buli.jpg
Pengarah Afdlin Shauki
Penerbit Johari Amat
Lazizah Ahmad
Pengarang Afdlin Shauki (lakon layar)
Lakonan Afdlin Shauki
Hans Isaac
Patrick Teoh
Pengedar Grand Brilliance Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Filem Buli mula ditayangkan pada 11 Mac 2004.

Isi kandungan

Sinopsis [sunting]


Buli mengisahkan Nordin (lakonan Afdlin Shauki), seorang lelaki yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Dia sentiasa dibuli oleh Roy (Hans Isaac) sejak daripada sekolah rendah lagi. Apabila Nordin sudah dewasa dan sudah menjadi pereka perisian di dalam sebuah syarikat terkemuka, beliau ingatkan masalah bulinya sudah berakhir.

Dia mula mempunyai keyakinan diri sehinggalah munculnya kembali Roy, rakan sekolahnya yang tampan dan bergaya untuk berkerja di syarikat yang sama. Roy kembali menghantui kehidupan Nordin bahkan mencuri idea-idea dan hasil kerja Nordin.

Pada akhirnya Nordin berjaya mengatasi masalah bulinya dengan bantuan Dr. Ika (Nasha Aziz) dan berjaya membuktikan bahawa dia bukan seorang yang lemah.

Pelakon [sunting]

  1. Afdlin Shauki
  2. Nasha Aziz
  3. Hans Isaac
  4. Sharifah Shahira
  5. Hattan
  6. Ako Mustapha
  7. Patrick Teoh
  8. Kartina Aziz
  9. AC Mizal

Pengarah [sunting]

  1. Afdlin Shauki

Pencapaian [sunting]

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-17 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Pencalonan
Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Pencalonan
Lakon Layar Terbaik Afdlin Shauki Menang
Cerita Asal Terbaik Afdlin Shauki Menang
Pengarah Harapan Afdlin Shauki Menang
Anugerah Skrin 2005 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Pencalonan
Pengarah Terbaik Afdlin Shauki Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Afdlin Shauki Menang
Lakon Layar Terbaik Filem Afdlin Shauki Menang
9th Malaysia Video Awards, 2004 Best ASEAN Feature - Silver Awards Menang

Lihat Juga [sunting]