Dendang Perantau (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Dendang Perantau)
Dendang Perantau
PengarahJamil Sulong
Dihasilkan olehDato Mustafa Ton
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Varia Film Productions
Tarikh tayangan
1979
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Dendang Perantau merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1979. Filem Dendang Perantau diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Dendang Perantau mula ditayangkan pada 1979 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latif Ibrahim, Uji Rashid, Hail Amir, Teh Faridah dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Dendang Perantau diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1979.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Des Iskandar yang berasal dari Indonesia sedang menuntut di sebuah universiti di Malaysia. Dia berkenalan dengan Faridah setelah menyelamatkannya dari mati lemas. Iskandar menceritakan kisah cinta lamanya dengan Emilia. Des dan Emilia belajar di kampus yang sama. Hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Emilia kerana mementingkan kekayaan. Datuk Ariff iaitu ayah Emilia bercadang menjodohkan Emilia dengan Wan Farid- anak Wan Kamarul yang merupakan rakan kongsi perniagaannya. Emilia meminta diputuskan pertunangannya dengan Wan Farid kerana dia seorang kaki samseng dan memukul Des. Pada suatu hari ayah Des datang ke Malaysia untuk membuat perbincangan perniagaan dengan Datuk Ariff. Barulah Datuk Ariff tahu yang Des juga datang dari keluarga yang kaya dan dia mula menyukainya. Ayah Des (Pak Hasbullah) juga berkenan untuk bermenantukan Emilia. Namun sewaktu Des pulang ke Medan untuk bercuti semester, tanpa diduga Emilia telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Asia Pasifik ke 22 (Pusan):-

 Filem Tragedi Terbaik- menang
 Rakaman Terbaik (Peter Lim/ 
 Zulkifli Salleh)- menang
 

Festival Filem Malaysia Pertama (1980):-

Pelakon Wanita Terbaik (Uji Rashid)- calon unggulan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hail Amir)- calon unggulan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]