Di-Belakang Tabir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Di Belakang Tabir)
Di Belakang Tabir
PengarahJins Shamsuddin
Lakon layarJins Shamsuddin
Dibintangi
SinematografiSiew Chan Wa
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1970
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Di-Belakang Tabir (kini dieja sebagai Di Belakang Tabir) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Di Belakang Tabir diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan satu satu nya filem P. Ramlee memegang watak polis. Filem ini juga merupakan filem Noor Azizah memegang dua watak sebagai saudara kembar filem sebelum nya adalah 6 Jahanam.

Filem Di Belakang Tabir diarah oleh pengarah Jins Shamsuddin pada 1970.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Osman dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun atas kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya. Dua orang pemuda, Ali dan Hassan telah menangkap Osman setelah dia keluar dari penjara dan dibawa bertemu dengan ketua mereka, Karim yang juga abang kepada Osman. Osman dibelasah sehingga pengsan dan dicampakkan ke dalam sungai. ASP Azman ditugaskan menyiasat perkara tersebut. Faridah, isteri ASP Azman, terjumpa Osman ketika dia ke klinik yang kebetulan merawat Osman yang cedera. Osman mengesyaki bahawa Faridah sebenarnya adalah Hamidah, teman wanitanya sebelum dipenjarakan dahulu. Osman cuba membuktikan bahawa Hamidah sedang menyamar sebagai Faridah, dan semua yang terjadi ada kaitannya dengan kumpulan mafia yang diketuai oleh Karim. ASP Azman turut mengesyaki isterinya yang berkelakuan seperti menyembunyikan sesuatu setelah kehadiran Osman.

Cerita ini mengisahkan konflik pembunuhan yang dirancang untuk membolot harta peninggalan. Cerita ini sarat dengan mesej-mesej yang berat seperti tentang korupsi orang atasan, tentang agama, politik dan kehancuran rumah tangga kerana seks. Cerita ini sangat jarang ditayangkan mungkin kerana filem ini terlalu radikal kerana menyentuh politik dan seks.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Hussein Abu Hassan sebagai Hussin
  • Ali Rahman sebagai Doktor Rashid
  • Tony Azman sebagai Tony Azman
  • Monica Jones (pelakon baru) sebagai Inspektor Helen (yang menyamar sebagai kekasih Osman)
  • Karim Siraj sebagai Ali
  • Ismail Mahmud
  • Hussein Jantan
  • Sanidy Ismail sebagai Bujang

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Zainah Zaman sebagai penyanyi undangan
  • Azean Irdawaty sebagai penyanyi undangan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]