GK3 The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem GK3 The Movie)
GK3 The Movie
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Yusof Haslam
Dihasilkan oleh
  • Yusof Haslam
  • Ismail Mustapha
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehLotus Five Star AV
Tarikh tayangan
  • 9 Februari 2005 (2005-02-09) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.40 juta
Pecah panggungRM 1.35 juta[1]

GK3 The Movie (juga dikenali sebagai Gerak Khas The Movie III) merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2005 arahan Yusof Haslam berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan kesinambungan kepada filem Gerak Khas The Movie II dan terakhir dalam siri filem Gerak Khas. Dibintangi oleh Abby Abadi, Norman Hakim dan Sarimah Ibrahim. Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2005. Filem ini tidak lagi menampilkan AC Mizal seperti filem sebelumnya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Raymond (Faizal Hussein). Ramon merupakan adik kembar kepada Frankie (watak Faizal Hussein dalam Gerak Khas The Movie II), penjenayah yang ditumpaskan oleh Unit Gerak Khas dalam satu operasi menentang kumpulan militan dan sindiket pengedaran dadah 2 tahun yang lalu.

Inspektor Aleza (Abby Abadi), Inspektor Haris (Norman Hakim) dan Inspektor Farah (Sarimah Ibrahim) yang baru sebulan dipindahkan ke unit berkenaan ditugaskan menyiasat kes itu. Pada masa sama, adik Aleeza, Misha (Misha Omar) berpindah ke Kuala Lumpur dan memilih tinggal bersama kawannya Julia (Julia Hana). Misha terjebak cinta dengan Zack (Ezany Nizariff), seorang pemuda misteri. Hubungan mereka ditentang Aleeza. Keadaan menjadi kecoh apabila banyak kejadian tidak disangka berlaku hingga mengheret Farah, Aleeza dan Misha dalam perangkap Raymond.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Wanita Misha Omar Tercalon
Suntingan Terbaik Salehan Shamsuddin Tercalon

Lagu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu dimuatkan dalam GK3 The Movie semuanya nyanyian Misha Omar sendiri dan lagu tema GK diberi nafas baru

*Terpana

*Riwayat Cinta

*Lilitan Asmara

*Gerak Khas versi baru - Roy ft Elly Mazlein

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]