Isi Neraka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Isi Neraka)
Isi Neraka
PengarahJamil Sulong
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Disunting oleh
  • H. R. Narayana
  • Hayat Harris
Muzik olehOsman Ahmad
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1960
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Isi Neraka merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang sebahagian dari Malaya pada tahun 1960. Filem Isi Neraka diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Isi Neraka diarahkan oleh pengarah Jamil Sulong pada 1960.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan penerimaan penduduk setempat. Filem ini dimulakan dengan babak pengislaman Sultan Melaka dan para pembesarnya di istana oleh Makhdum Syed Abdul Aziz. Selepas itu, babak bersambung di sebuah perkampungan Melayu yang penduduknya masih belum memeluk Islam tetapi mendengar perkhabaran tentang Islam di Melaka. Penduduk kampung terutama Tok Sidang meminati untuk mengetahui tentang Islam dan peraturan yang dibawanya memandangkan kampung mereka tiada peraturan khusus manakala golongan muda yang diketuai oleh Wira (lakonan Salleh Kamil) tidak menginginkannya terutamanya dalam pengharaman pemakanan babi, kera dan tuak.

Pak Karma (Mustarjo), Kesuma (Saadiah) dan Mak Uteh (Habsah Buang) merupakan orang yang paling mula-mula memasuki Islam apabila mereka pergi ke Melaka untuk berdagang. Sementara pemergian mereka, Wira, yang merupakan anak kepada Pak Karma dan Mak Uteh serta abang Kesuma melakukan huru-hara di kampung sambil dibantu oleh Adi (Ahmad Mahmud) dan rakan-rakannya dengan merampas harta benda, merompak, membunuh dan melayani anak-anak gadis kampung.

Kepulangan Kesuma dan Mak Uteh dari Melaka tanpa Pak Karma yang sudah meninggal dunia ketika bermusafir dikhabarkan kepada penduduk kampung. Penduduk kampung mengetahui akan pengislaman mereka dan diberitahu akan kehadiran tuan guru yang akan tiba untuk mengajarkan tentang Islam tidak lama lagi. Pada masa yang sama, penduduk kampung mengadu dan mahukan pembelaan atas kezaliman yang dilakukan Wira. Mak Uteh yang rasa bersalah dengan kelakuan anaknya, menggantikan barangan yang dirampas oleh Wira dengan memberikan semua barangan yang di rumahnya sehingga tiada makanan yang bersisa.

Kesuma yang kemudian mencari ubi kayu liar di hutan diculik oleh Golok (S. Kadarisman) dan mengugut kepada Mak Uteh untuk menyerahkan Wira agar dapat dibalas semula pembunuhan kedua anaknya atau Kesuma yang dibunuh. Mak Uteh menyeru kepada Wira untuk menebus kesalahannya kepada Golok tetapi Wira bertindak dengan mengugut untuk membakar rumah Golok. Mak Uteh melawan Wira tetapi Wira tetap berdegil dan membakar rumah Golok. Golok yang melihat usaha Mak Uteh melawan anak sendiri lalu terbuka hati untuk mengetahui tentang Islam. Akhirnya, Kesuma dibebaskan dan Golok tinggal bersama sementara dengan Mak Uteh.

Kehadiran Tuan Guru (Haji Mahadi) ke kampung tersebut menyebarkan Islam dengan lebih meluas. Hampir keseluruhan penduduk kampung memasuki Islam kecuali Wira yang berdegil. Ketika Mak Uteh dalam keadaan nazak (akibat didera oleh Wira), dia ingin melihat anaknya itu sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Adi mengajar Wira secara paksa untuk melihat ibunya itu. Kemunculan Wira di hadapan rumah ibunya disambut ibunya yang lemah di tangga yang menyerunya memeluk Islam tetapi Wira enggan sambil menghina agama tersebut. Akhirnya, ketika Mak Uteh menghembuskan nafas yang terakhir, bumi terbelah dan menelan Wira sambil disaksikan semua yang yang hadir di situ. Wira akhirnya mati ditelan bumi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Cerita Di Sebalik Tabir[sunting | sunting sumber]

Salah satu dialog yang dilafaskan oleh (Salleh Kamil) di dalam filem Isi Neraka arahan Jamil Sulong pada tahun 1960 menjadi ingatan penggiat seni. Selapas melafaskan dialog itu Salleh Kamil dikatakan menggigil seluruh badan sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan pelakon dan juga krew. Seniman (Haji Mahadi) telah membaca doa dan membuat air penawar untuk diberikan kepada Salleh Kamil bagi memulihkan semula semangatnya.

Salleh Kamil beranggapan dialog itu itu bagaikan bencana kepada dirinya. Tetapi setelah dinasihatkan oleh Haji Mahadi sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya, Salleh Kamil kembali tenteram. Haji Mahadi mengatakan jika niat kita hanya untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat yang menonton ianya tidak menjadi kesalahan besar. Yang penting niatkanlah apa yang kita lakukan semua kerana Allah tidak kepada yang lain. Haji Mahadi adalah salah seorang yang dirujuk oleh Jamil Sulong dalam kelansungan pembikinan filem Isi Neraka ini.

Sebelum menerima watak Wira di dalam filem ini, Salleh Kamil telah beberapa kali telah menolak tawaran dari Jamil Sulong. Kata Salleh, “Takutlah sebab ini soal agama, soal Tuhan, aku tak berani.” Tetapi akhirnya Salleh Kamil mengalah apabila dipujuk oleh Jamil Sulong dan diyakinkan oleh Haji Mahadi.

Filem Isi Neraka turut menampilkan (Ahmad Mahmud) bergandingan dengan (Saadiah) sebagai pelakon utama. Boleh dikatakan hampir kesemua pelakon yang bekerja di MFP terlibat di dalam filem ini. Filem ini juga telah dikatakan mendapat sambutan baik apabila ditayangkan. Ianya sedikit sebanyak telah berjaya mengangkat reputasi (Jamil Sulong) sebagai pengarah. Isi Neraka merupakan filem keempat arahan Jamil Sulong dalam tempoh 2 tahun sejak dilantik menjadi pangarah pada penghujung tahun 1958 dengan mengarahkan filem pertamanya Batu Belah Batu Bertangkup.

Lagu[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]