Jangan Tegur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Jangan Tegur)
Jangan Tegur
Poster Filem Jangan Tegur
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Lakon layarPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Muzik olehBrian Ng
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 9 April 2009 (2009-04-09)
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.72 juta
Pecah panggungRM 3.42 juta

Jangan Tegur ialah sebuah filem seram Malaysia 2009 arahan Pierre Andre yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 April 2009. Filem yang dibintangi oleh Julia Ziegler, Nadia Mustafar dan Pierre Andre ini merupakan filem seram pertama arahan Pierre Andre yang merangkap sebagai penulis skrip filem ini.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Jangan tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nazia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura.

Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya. Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya.

Penyiasatan Baizura berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk.

Apakah Natasya mampu mengatasinya dan apakah punca kematian Baizura?.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Skrip Ciplak[sunting | sunting sumber]

Filem ini mencetuskan kontroversi apabila seorang pelajar ASWARA, Mohd Fairuz Padoli menyatakan bahawa skrip filem ini datang dari beliau sendiri[3]. Beliau menyatakan bahawa skrip filem ini datangnya dari beliau sendiri apabila ianya hasil pengumpulan novel bersiri yang ditulisnya sejak mengikuti pengajian peringkat diploma di Aswara.

Walau bagaimanapun, pihak Pierre Andre dan Ahmad Idham menyatakan bahawa skrip filem ini datangnya daripada Pierre Andre sendiri.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia Ke-22, 2 pencalonan

  • Pengarah Terbaik - Pierre Andre
  • Pelakon Wanita Terbaik - Nadia Mustafa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-26. Dicapai pada 2009-11-16.
  2. ^ http://jangantegurthemovie.blogspot.com/
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-25. Dicapai pada 2011-05-30.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]