Raja Bersiong (filem 1968)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Raja Bersiong (1968))
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Bersiong
Raja Bersiong.jpg
Pengarah Jamil Sulong
Penerbit Runme Shaw
Pengarang Tunku Abdul Rahman (cerita dan lakon layar)
Lakonan Ahmad Mahmud
Sarimah Ahmad
Aziz Jaafar
Muzik Yusoff B
Kassim Masdor
Sinematografi A.Bakar Ali
Penyuntingan H.R. Narayana
Pengedar Malay Film Production (MFP)
Mula ditayang 1968
Negara Templat:Country data singapura
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 750000
Rujukan IMDb

Filem Raja Bersiong merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1968. Filem Raja Bersiong diterbitkan dalam bentuk filem warna (Eastman Color).

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Raja Bersiong ini telah diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1968 dan juga pernah juga oleh Ramon A. Estella pada 1963. Ia merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie. Ia merupakan kisah yang diadaptasi dari penulisan Tunku Abdul Rahman.

Pada pertengahan 1960-an, merupakan tempoh kemelut industri perfileman di Singapura. Filem Raja Bersiong yang dihasilkan oleh Malay Film Production dalam format filem warna ternyata berkos tinggi.

Ia merupakan filem termahal yang dihasilkan oleh Malay Film Production, dan tempoh rakamannya berlanjutan dari tiga kepada lima bulan. Sungguhpun ia disiapkan pada 1967, filem ini tidak dibebaskan sehingga January 1968. Pada ketika itu, Shaw Brothers telah pun menutup Malay Film Production. Cathay Keris turut mengundur diri dari bidang perfileman pada 1973.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan industri perfileman di Singapura pada akhir 1960-an termasuk saingan dari televisyen. Kenaikan kos stok dan bahan filem dan pemprosesannya turut menyumbang kepada peningkatan kos. Hal ini ditambah lagi dengan tuntutan dari para artis yang dibayar murah, dan Malay Film Production terutamanya dilumpuhkan oleh artisnya yang mogok pada 1964 selama beberapa bulan.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Raja Ong Maha Perita Deria memerintah Negeri Kalaha. Baginda yang disanjungi rakyatnya itu mula berkelakuan aneh setelah baginda didatangi Raja Gergasi yang merupakan jelmaan jin. Raja Gergasi tersebut meminta baginda agar menyembahnya sebagai tuhan agar baginda sentiasa berkuasa di dalam kerajaannya.

Oleh kerana baginda terpengaruh dengan Raja Gergasi, baginda mengubah agamanya dan memaksa rakyatnya serta seluruh isi istana agar mengikut agama yang baru . Pada suatu hari, baginda murka kerana masakan yang dihidang kepadanya tidak enak. Namun, dia akhirnya berselera semula dan bertanya kepada tukang masaknya mengenai ramuan digunakan. Tukang masak itu memberitahu darahnya masuk ke dalam makanan raja kerana tangannya terluka. Sejak hari itu, Raja Ong terus menggemari darah sehingga tumbuh siung diantara gigi manis dan baginda digelar sebagai Raja Bersiung.

Setiap hari, ada sahaja orang dibunuh untuk mendapatkan darah . Tabiat itu tidak dapat ditinggalkan oleh Raja Bersiung sehingga baginda sanggup membunuh rakyat jelata untuk memenuhi hasratnya. Menteri-menteri baginda berpakat untuk menggulingkan Raja Bersiung kerana tidak tahan dengan kezalimannya. Setelah istana raja dikepung, Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan dan tinggal di sebuah kampung. Baginda kemudiannya mengahwini gadis tempatan dan memulakan kehidupan barunya di kampung tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]